Sunday, April 17, 2011

Karnival MTB 1 Batang Kali

Pada awalnya tidak ingin menyertai karnival batang kali kerana baru minggu lepas menyertai GUMQ di Skudai dan minggu depan Selangor MTB di Kuang. Cadang nak berehatlah. Tapi terasa juga nak merasa jejak di Sg Buaya lalu malam tadi mengambil keputusan untuk turut serta juga melalui walk-in registration.
Jam 0445 telah bangun. 15 min mandi dan bersiap dengan pakaian basikal dan letak basikal atas kereta. Jam 0500 bertolak dari Bangi ke Sg Buaya. Jam 0605 tiba di Bandar Sg Buaya. Solat subuh di surau al-Ansar, sarapan, buang air, turunkan basikal. 0645 beratur untuk pendaftaran. No plet sudah habis, jadi masuk saja sebagai pemerhati.Jam 0745 peserta dilepaskan
Semua berebut untuk ke depan. Lebih 1000 mendaftar untuk kayuhan jambori ini.
Tiba di sini, peserta dimaklumkan tersilap laluan. Jadi kena berpatah balik. Penganjuran agak bercelaru, peserta lebih dulu tiba di simpang. Tiada pengawasan menyebabkan peserta terus ke CP3 sedang CP2 belum dilalui. Selepas 20km kayuh penganjur memaklumkan jambori dibatalkan. Sempat jugalah mendaki dan menuruni beberapa bukit. Laluannya cantik dan menyeronokkan walaupun berlumpur.
Beginilah comoknya basikal. Rantai dipenuhi pasir dan sedikit berbunyi bila kayuh.


5 comments:

mat nisfu said...

Semestinye menjadi Hari Ini Dalam Sejarah . Jamboree Batang Kali kena sabotaj oleh Marshall Team sendiri. Sangat memalukan pihak tuan rumah.

Kesian utk riders yg bersusah payah.

Tidak dinafikan treknya memang menarik dan very challenging

abuomar said...

apa nak buat dah takdir. kesian juga kepada penganjur, kena pulang semula duit penyertaan. kalau tahun2 lepas kebanyakan jambori bukan pertandingan tapi sekadar kayuh beramai-ramai. kemudian di penghujungnya ada cabutan bertuah. tapi mulai tahun ini nampaknya kebanyakan penganjur menawarkan hadiah. jadi bila terjadi begini, penganjur juga yang susah. harap tiada penganjur yang serik dengan tragedi ini.

Anonymous said...

setuju ngan abg nisfu.... nmpak benor mcm ada unsur sabotaj.... dengar cerita trek marshall adalah dari Sentosa Cycling Team (SCT)... ada yg kata pihak SCT sengaja menukar trek last minute dengan alasan tidak mahu team sg buaya mendapat kelebihan kerana ride di tempat sendiri... yg nyata, xde signboard @ marshall di persimpangan... kenapala pegi buat laluan mula akan melalui laluan seterusnya? kesian riders coz we just follow the arrow... trek sg buaya mmg mantap....tp kini nama sg buaya telah dicalit dgn arang angkara mereka2 yg xbertanggungjawab....

azmi said...

Nasib baik kita orang tak pergi Dr.kalau tak sia-sia aje memerah keringat

abuomar said...

rugi tu tak ada lah sangat. mmg sy masuk utk kenal trail sg buaya. sy tak bayar apa2 pun, malah dapat sebiji pisang dan cendul percuma. cuma tol dan minyak kereta je lah.