Sunday, May 8, 2011

Bikezooka Endurance Race

Keputusan perlumbaan Bikezooka siri 2


Pagi ini bersama Zamani menyertai lumba ini di RRI. Zamani bawa basikal barunya Scott ekur keras 899 (899 gram berat kerangkanya). Tapi agak kecewa dia kerana selepas 2 pusingan tempat duduk longgar disebabkan retakan pada pengikat tempat duduk. Memang ringan basikalnya. Lebih ringan lagi dari basikal jalan ku. Katanya tiada masaalah semasa pendakian jejak RRI.
Taklimat sebelum perlumbaan
Gambar disalin dari "Cycling Malaysia". Terima kasih Cycling Malaysia.

Tempuh kayuhan 4 jam diberikan. Bilangan pusingan yang dibuat menentukan mata yang boleh dikutip. Aku buat 5 pusingan dalam masa 3 jam 58 min. Sepatutnya boleh teruskan buat lagi satu pusingan, tapi rasa malas sudah. Perit dengan kepanasan tengahari ini.


No comments: