Friday, December 25, 2009

Kenduri Kahwin

Boleh dikatakan bulan 12 ni bulan kenduri kahwin. Setiap minggu ada jemputan kenduri. Kenduri kahwin telah mengganggu aktiviti kayuh. Aku tak dapat ikut Monsoon ride pun kerana kenduri kahwin. Sedih...Apa nak buat tanggungjawab dan hak keluarga dan jiran perlu diutamakan. Tahun ini 2 anak saudaraku telah melangsungkan perkahwinan, iaitu anak sulung abang sulung dan anak adik perempuan. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik dan aman. Dan kebanyakan majlisnya dalam hujan lebat.
Anak angah
Anak along

5 comments:

Anonymous said...

salam Dr...

mmg sibuk tuh...

mudah-mudahan dapat memeriksa kertas level 2 kami tuh nanti...

abuomar said...

Salam Hafiz,
Sebahagian dah siap. Pemeriksa bercuti, insyaAllah awal tahun depan baru siap. Lepas tu kena bawa ke mesyuarat panel barulah keputusan dapat dikleuarkan oleh JPK. Harap bersabar.

Anonymous said...

salam DR....

isyaallah....moga2 rakan2 yg mengikuti kursus ini lulus...

Beskal Chap Ayam-CUBE said...

salam doc...

Teringat 10 tahun yg lalu kawin di pikul mcm ni ......

abuomar said...

Salam,
Ikut cara orang Tampin, N9. 27 tahun dulu saya kahwin tak bersanding pun. Tak ada duit. Belanja kahwin dan beli perabut rumah pun hutang.