Sunday, October 11, 2009

Syawwal 1430 yang berkat

Syawwal tahun ini merupakan syawwal yang paling sibuk buat diriku. Sibuk dengan urusan keluarga dan kerja. Dalam kesibukan begitu masih sempat juga berkayuh, joging dan berenang tapi dengan intensiti yang cukup rendah. Antara cabaran bulan ini ialah joging dari Colmar ke Taman Jepun di Bukit Tinggi dan berkayuh dari Colmar ke bawah dan naik semula.
Bulan ini genap umurku 53 tahun 7 bulan mengikut tahun hijrah (kiraan masa edaran bulan)
dan 52 tahun mengikut masehi (kiraan masa edaran matahari).

Hari ini 22 Syawwal 1430 ialah saat yang gembira buat kami kerana anak kedua selamat digraduankan di UIAM, Gombak. Tahniah Syazana.
Kami mengambil cuti sempena penganugerahan ijazah anak di Colmar, Bukit Tinggi. Tempatnya sejuk macam Genting Highland.Sekadar tengok je lah kereta-kereta sport ni yang membuat perlumbaan di Bukit Tinggi pada sabtu lepas. Sampai mati tak terbeli aku.

Saat gembira kami juga pada 14 Syawwal, anak pertama telah selamat ditunangkan dengan jejaka pilihannya. InsyaAllah tahun depan kahwin.

Tahniah Sakinah
Rundingan merisik dan pertunangan diadakan.
Hadiah-hadiah ringkas dari pihak lelaki.

12 comments:

maTTa said...

salam,doc minggu ni apa kata kita layan mtb wat distance ckit

johar said...

Tn,Selamat Hariraya
Tahniah diucapkan, kerna anak dah graduan dan akan dapat menantu tahun depan,berikutnya tentu dapat menimang cucu...ha.ha.ha

Pabila ada cucu nanti masih aktif kayuh ke tak.

abuomar said...

Matta,
Hujung minggu ni masih sibuk. Sabtu gotong royong bersih kawasan jiran depan rumah nak kenduri kahwin. Ahad ada majlis kenduri kat putrajaya. Cadang nak kayuh kat presint 20 saja. Belum boleh buat jauh2. Kena balik awal. Boleh Okt nampaknya kurang kayuh.
Johar,
Terima kasih. Skrg 2 anak dah kerja, tahun depan dapat menantu, tahun depan lagi dapat title datuk, insyaAllah. Terasa sudah semakin tua dan semakin kurang bermaya utk renang, kayuh dan lari.

Benbaz said...

ikut buku Dara Torres, "age is just a number". betul ke?

abuomar said...

Benbaz,
Betullah no. tapi lepas 50 terasa perubahan yang besar. Ingatan, pandangan, emosi dll. Sabtu lepas saya berjalan dan berkayuh sekitar Bukit Tinggi, terasa sangat keletihan. Renangan pun terasa berat dan malas. Semacam jemu tapi kalau ditinggalkan terasa macam tak kena pula.

benbaz said...

saya pun begitu jugak la rasenya. setuju ngan Doc - bila kita berhenti dari melakukannya rase tak sedap plak badan ni..

Anonymous said...

Salam Doc, tetap bersemangat ya.. Sedih juga saya baca "..lepas 50thn terasa perubahan yg besar..". Insya Allah org yg aktif bersukan kesihatannya 10thn lbh muda dari umurnya yg sebenar dibandingkan yg jarang bersukan. Terima kasih atas jemputan ahad lepas. (ridwan, AX-1)

abuomar said...

Waalaikum mussalam Ridwan,
Bila dah berumur ni pun mudah mengantuk. Kena banyak bergerak bagi menghilangkan ngantuk. Saranan Dr. Mahathir semalam dalam kempen "Walk a mile" cukup baik. Beliau dapat mengekalkan berat badannya kurang 60kg.

Anonymous said...

Salam,

saya cukup minat membaca blog doc. boleh saya tahu macam mana nak buat profail gunung seperti dalam post doc?

apa web nya? atau pun guna software?

abuomar said...

Waalaikum mussalam,
Profail tu guna GPS. Saya pakai Garmin 60CSx. Kat Low Yat ada jual.

uncle.D [AHW] said...

Tahniah G.
Tuan masih gah diusia 50'an.
Tahun depan akan dapat menantu?
Nampaknya kita sama2 le...anak lelaki sulung saya pun bertunang lepas raya baru2ni gok.

InsyaAllah saya pun nak mula bergatih semula kerana 'kontrak' test keto dah tamat...

abuomar said...

Uncle D,
Tahniah utk demo juga. InsyaAllah sebelum pencen boleh dapat datok. Kawe mula aktif semula. 8 Nov ni cadang nak masuk lumba panjat Gunung Bujang Melaka di Kampar, Perak. Petang ni ingat nak gi daftar kat Tasik Cempaka. Bayar RM30 sahaja. Hutan dan bukit mula menjadi kegemaran ambo.