Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Salam,
Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan bathin kepada semua yang mengenali saya. Setelah 29 hari berpuasa maka hari ini kita menyambut 1 syawwal 1430 dengan ucapan takbir dan rasa syukur. Allahu akbarul Allahu akbar. Lailaha illahu wallahu akbar. Allahu akbaru walillahil hamdu. Allah maha besar, Allah maha besar. Tiada Tuhan melainkan Allah dan dia maha besar. Allah maha besar dan segala puji bagiNya. Sedih meninggalkan ramadhan yang penuh dengan keberkatan. Semuga Allah mengampuni kita semua dan memberi hidayat agar kita terus kekal melakukan amal kebaikan dan meninggalkan kemungkaran. Sembahyang sunat hari raya sangat digalakkan bukan saja kepada lelaki malah kepada kaum wanita (gambar ikhsan OMP).
Para makmum bertakbir sebelum menunaikan sembahyang sunat aidifitri di Masjid Putra, Kangar (gambar ikhsan OMP production).
Amalan kunjung mengunjung di hari raya merupakan amalan tradisi yang baik bagi mengeratkan hubungan silaturrahim.
Antara rumah kayu lama yang masih cantik di Kangar.
Bermain bunga api menjadi kesukaan kanak-kanak.
Melompat kegembiraan menyambut kedatangan 1 syawwal (gambar ikhsan OMP production).

Berikut ialah suasana pasar ramadhan terakhir di Stadium Kangar.
Nira nipah agak masyhur di Perlis dan Kedah. Nira kelapa pula masyhur di Kelantan.
Somtam ialah sejenis kerabu buah-buahan dan ulam dimakan bersama nasi atau dimakan begitu saja. Kali pertama jumpa makanan ini. Melihat pada namanya mungkin berasal dari Siam.
Ramai jugalah orang, tapi Kangar ni agak lapang sedikit. Jalan raya pun taklah sesak macam pekan-pekan lain walaupun di musim perayaan.
Duit raya bagi warga emas. Semuga raya juga dapat menggembirakan orang susah.

7 comments:

Hapi said...

hello... hapi blogging... have a nice day! just visiting here....

Benbaz said...

Selamat hari raya. Lepas raya ni kita stat balik training. Berat badan pun dah naik mendadak ni...
nice blog..doc

abuomar said...

Selamat hari raya Bazli. InsyaAllah, bila nak pi Blue lagoon? Syawwal ni agak sibuk dengan jemputan raya, belum sempat nak berenang lagi. Cantik blog awak!!

Benbaz said...

blue lagoon yg doc cadangkan tu memang sesuai buat latihan renang open water (thank you for the info). ingat nak wat latihan kat sana 3 bulan sekali.
nanti bleh kita gi sama2 lain kali ek!

hanif said...

slm doc abuomar & semua. sy renang di blue lagoon sabtu lepas. lewat ptg selama 1/2 jam. air dah keruh mcm blumpur je. tk jernih lg mcm 1st time sy ke sana dulu sebelum puasa. sedih kalau2 lagun yg kurang berombak ini juga akhirnya akan jadi mcm pantai2 lain di PD; keruh. boleh ke sy masuk kelas cikgu bazli utk belajar cara teai. btw jika doc, cikgu & pengunjung2 blog ni nk pergi renang di blue lagoon, jgn lupa brth. sy nk join sama insyaallah. tq

abuomar said...

Benbaz,
Bila nak ke Blue Lagoon? Nanti bagi tau lah, kalau lapang saya ikut.
Hanif,
waalaikum mussalam, pantai cermin sebelah blue lagoon tu macam mana? InsyaAllah bila lapang saya akan ke sana. jom ikut renang kat presint 6. semalam saya dah mula renang kat presint 6.

Benbaz said...

Salam Doc, buat masa terdekat ni belum cadang nak gi blue lagoon lagi. Semalam test berenang lepas cuti panjang. Rasa macam flow tak smooth la. Dah ok nanti, kita pergi sama2. Ajak kengkawan sekali.
Hanif, saya pun start kenal total immersion ni dari Doc. Doc lagi steady bab renang ni..datang presint 6. Boleh berguru ngan beliau.