Saturday, July 11, 2009

Cyberjaya

Sabtu 18 Rajab - Berkayuh ke Taman Tasik Cyberjaya (30km). Berjalan-jalan bersama keluarga di sini sambil mengambil gambar dan menikmati keindahan taman ini, kemudian berenang (30 min) di Universiti Multi-media (MMU). Awal-awal pagi dah kemalangan (Cyberjaya). Kesihan!!.
Taman Tasik Cyberjaya sesuai untuk berjoging.
Kolam Teratai Bunga teratai berbagai warna di tasik ini.
Jadual penggunaan kolam MMU. Tak ramai yang berenang di sini. Mungkin ramai belum tahu. Kebanyakan gambar diambil oleh Omar

13 comments:

won said...

doc, good to know that you cycle to Taman Tasik Cyberjaya. how do you like the routes there? Yes, i am cycling there most of the weekday nights around 8:30-10:30pm. i am doing a loop on the main road to the park entrance, in front of MMU, turn into the road in front of 7-eleven and back to the main road again. one loop is about 5km. usually i will cycle between 4-10 loops depending on my available time. if any of you like this route, you are welcome to join me.

abuomar said...

Won, sabtu lepas sy kayuh dari rumah ke MMU. jalan agak sunyi sebelah pagi. cumanya kalau hanya berkayuh di sekitar MMU, laluan agak pendek untuk basikal jalan. Macam manapun jika sekiranya saya kebetulan ke sana saya akan telefon awak. Anak saya dapat tinggal di kediaman MMU. Mungkin bila saya melawatnya boleh kita kayuh sama. Tapi kolam MMU memang tak ramai orang guna seronok renang kat situ. Ahad ni jadi ke ke Kelawang?.

won said...

doc, saya minat berkayuh ke Kelawang ahad ini. how about we meet in Unikeb at 7:30am? can you also help to invite our other riding friends? thanks

abuomar said...

Ok won, we will meet at Unikeb 0730. I will promote on the blog. However, if no one appear we will still continue with the plan, insyaAllah.

johar said...

Tn
nak tanya laluan dari BBB ke MMU tu lalu jalan mana.Biasa saya kayuh dari BBB lalu Bakar Baginda masuk gate 1 terus ke masjid putrajaya terus ke picc dan pulang ke bbb
Anak yg mana studi di MMU

abuomar said...

johar,
sy ikut teras jernang, sg merab, pinggiran putra.
anak sulung saya baru dapat kerja kat MMU.

johar said...

Tn
Skrg masih kayuh ke pi kejer di MINT tu.Lama tak jumpa tn kayuh pagi2.Sya masuk kejer 7.30 am di UKM.Dulu (tahunlalu) selalu nampak tn di trapik lite depan UKM

abuomar said...

sdr johar,
memang dah lama tak kayuh ke ofis. kebetulan ada banyak mesyuarat kat luar kena bawa kereta. awal tahun hari itu saya kena gesel ngan kereta. terkejut juga jadi sebulan tak kayuh ke ofis. masa tu banyak main MTB kat hutan saja. awak kayuh mtb ke road? kalau jumpa kat jalan tu tegur2 je lah.

johar said...

Saya kayuh MTB aje pada sabtu dan ahad .Hari2 lain petang kayuh keliling taman sekitar jalan 6a,6b dan kilang hitachi
RB belum ada lagi

hanif said...

salam tn abuomar, sy minat berenang. di mana ya kolam saiz olimpik di presint 6? sy pergi survey, tp cuma jumpa kolam kelab pullman. sy bercita2 nak masuk mana2 pertandingan renang endurance or open water 1 hr nanti insyaallah

019-276-5277 said...

bini sy tinggal di titi, mengajar di kuala klawang. sy tinggal di putrajaya. btw weekend sy mmg ke sana. jln ke sana mencabar. sama ada ikut genting peras atau ikut bukit tangga. nak naik motor fxr150 pun sy fikir byk kali. ride safely

abuomar said...

wassalam hanif,
kolam presint 6 ialah sebelah pullman, juga bersebelahan tasik tempat orang main luncur air. kolam ini memang saiz olimpik dan kolam awam. semua orang boleh masuk dengan bayaran cuma RM2. untuk latihan di laut terbuka, blue lagoon, PD adalah tempat sesuai untuk latihan. ombak kecil dan cukup selamat.

abuomar said...

tuan 019...,
ahad lepas saya berkayuh dengan anak dari sg tekala mendaki bukit ke bt 14, ke batu 18, mendaki lagi hingga ke Genting Peras dan balik menyusuri empangan semenyih. dalam perjalanan turun dari genting peras kami jumpa mat motor kemalangan. kemudian ambulan datang ambil. memang bukit ini merbahaya, terutama semasa menurun. setakat ini dah 2 kali saya jumpa mat motor kemalangan.