Sunday, May 3, 2009

Sg Pening 2

Cuti Hari Pekerja dihabiskan dengan aktiviti renang dan kayuh. Zaman telah berubah, dulu aku banyak jalan-jalan ke komplek beli belah atau berkunjung ke rumah saudara mara atau balik kampung. Bila dah berumur, anak dah besar panjang, masing-masing dengan hal masing-masing, maka kita yang dah tua ni mencari aktiviti sendiri dengan bermain basikal, masuk hutan dsbnya. Bagaimanapun hari ini ada jemputan kahwin, kena balik awal.

Pada hari pekerja (Jumaat) aku berkayuh sekitar rumah dan berenang, Sabtu kayuh basikal jalan (80km) dan Ahad berkayuh basikal gunung (29km).

Hari ini sekali lagi aku berkayuh ke Sg Pening bersama Ameer dan Rebeca (kawan ameer). Agak mencabar kali ini 2 bukit perlu didaki, laluan tunggal dan laluan lebar. Menurun melalui laluan tunggal cukup menyeronokkan, mengawal brek dan keseimbangan. Dua bukit berjaya ditawan. Jarak kayuhan ialah 29km untuk tempoh kira-kira 4jam. Di awal pagi agak lembap dan seekor pacat sempat menikmati darahku sebagai sarapan paginya. Dalam perjalanan pulang, agak terkejut juga aku terserempak dengan seekur burung Merak. Ekor tak berapa panjang, mungkin Merak jantan. Tak sempat nak ambil gambar, walaupun tak boleh terbang, laju juga ia menyelinap masuk semak.

Garis kuning ialah kayuhan hari ini. Laluan basikal Sg Pening ni memang cukup panjang. Tepuk dada tanya selera, pilih saja mana laluan nak diikut. Nak kayuh sampai petang pun boleh kalau larat.
Pandangan menarik dari bukit ke 2. Kumpulan motosikal scrambler pun bermain di laluan lebar ini. Bimbang juga kami bila mereka lalu, mana tau kot terbebas, naya kita.
Rebeca masih boleh tersenyum menolak basikal ketika pendakian. Kata Ameer dia ni kuat berlari, walaupun kurang cekap berbasikal.
MTB = Mari Tolak Basikal.
Comel Rebeca ni, masih belum kahwin tapi sudah ada 'boyfriend'. Tak leh kacau.

Sabtu sempat berkayuh basikal jalan dengan Ibrahim, Dr K dan Folizan. Ibrahim dan Folizan buat kayuhan persediaan untuk berkayuh ke Krabi, Thailand minggu depan bersama kumpulan Malakoff.
Folizan mencucuk angin belakang Dr K. Ibrahim jauh di depan meninggalkan kami. Masih mantap kayuhan Pak Brahim. Dr. K cukup bertenaga di bukit yang tidak disukai Folizan.
Lepas berkayuh sempat ambil gambar kumbang menikmati madu bunga pokok Inai tepi rumah.
Pandangan sebelah malam di pusat rekreasi sukan air Presint 6. Sebelum renang amik gambar dulu.

8 comments:

Perlis Power said...

Salam...join Malakoff Charity Ride next week?? Kami dari Perlis Power 6 riders akan ikut serta..naik mtb saja..slmt dtg ke Perlis

abuomar said...

Waalaikum mussalam Ari,
Terima kasih atas jemputan. Teringin jugak tu, tapi apakan daya bulan ni poket dah kosong. Sebulan gaji bayar cukai. Kawan saya Ibrahim dan Folizan ikut Malakoff. Mereka mula kayuh dari Gurun.

Unknown said...

ala doc g sg pening x roger saya ler...

abuomar said...

Minta maaf Matta, saya pun Ameer jiran sebelah yang kebetulan bercuti ajak kayuh. InsyaAllah kalau berkelapangan saya cadang nak kayuh lagi ke Sg Pening minggu depan, itupun kalau ada teman. Nak buat laluan sebelah Sg Batangsi pula.

Wan A. Hadi (one.D) said...

ASM G,
Pastinya tuan bersemangat bergatih di Sg. Pening. Mudah2an tidak pening2 la disitu....

Bila Pula aksi Sungai Pening 3? rasa2 nya nak ikut kalau ada kelapangan. IsyaAllah

abuomar said...

D,
insyaAllah ahad ni 10/5/09 nak kayuh lagi ke Sg Pening. to confirm pls call 0133809631.

Wan A. Hadi (one.D) said...

Ahad ni 'family day'. Insyaallah saya akan ikut gi bergatih dilain hari - G akan gi bergatih di Sungai Pening lagi kan? Profile dua pucak bukit yg didaki tu pun sungguh menawan dan menarik sekali... he heee.. gurau2 saja.

abuomar said...

D,
Saya ubah fikiran, hari ni saya ikut MKA, Zul dan Khairil berkayuh di Kg Kapal, Broga. InsyaAllah minggu depan kalau Uncle D nak kita boleh kayuh ke Sg Pening. Dua bukit tu agak mencabar, mungkin kita cuba satu bukit saja.