Sunday, April 5, 2009

Cabaran M2M

Jumaat - Aku telah mendaftar dengan Persatuan Kembara Negara, Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi untuk ikut serta cabaran M2M, Nuang, Ahad nanti. Bayar RM30 dan dapat satu kemeja T. Harap-harap kali ini boleh sampai ke puncak. Cabaran kali ini terbuka lelaki dan wanita, tiada kategori umur. Sebelum ini kategori veteran hanya sampai ke Kem Pacat sahaja.

Nampaknya cabaran renang Kapas-Marang 12 April nanti tak dapat aku ikuti kerana ada tugas resmi di Jakarta dari 11-17 April 2009. Sebenarnya aku takut naik kapal terbang ni sejak kena vertigo tempoh hari.

Sabtu - Pergi beli kasut kat One-utama. Beli kasut 'off-road' jenis New Balance dengan harga RM330 saiz 7US, 6.5UK dan 'extra wide 4E'.

Ahad - Cabaran M2M Nuang bermula. Aku, Faizal, Cik gu Ramly, Cikgu X dan lain-lain sudah bersedia untuk cabaran ini. Tepat 0815 peserta lelaki terbuka dilepaskan oleh Dato' Khalid Yunus. Yang muda-muda semuanya berlari, aku dan yang tua-tua berjalan. Walaupun berjalan telinga ku asyik berdengung dengan degupan jantung maksimum, tapi masih boleh berkata-kata. Bila lama berdengung perlahankan rentak dan lajukan semula bila stabil. Setelah aku melepasi kem Lolo peserta pertama sudah menurun. Rasanya no. 1 dan 2 dimenangi oleh Negro. No. 3 mungkin Melayu. Ada seorang orang putih, mungkin dia bawah 10.

Faizal pun agak laju bila aku tiba di Pengasih ia sedang menurun. Katanya dia tiba di garisan penamat jam 1200. Masa ni aku baru tiba di puncak. Aku tiba tepat 1153 di puncak. Jam 1200 ialah 'cut-off time'. Urusetia yang menunggu di puncak akan mula turun jam 1200. Jadi aku masih layak, alhamdulillah. Aku tiba di kaki gunung jam 1515, dengan basah kuyup selepas mengharungi 1 jam hujan lebat, dapat sijil sehelai dengan 1 botol air mineral dan 1 tin 100+.

Cabaran sebenar ialah antara Kem Pacat dan Pengasih. Sewaktu mendaki ada orang beri amaran bahaya, laluan licin dan tegak. Khabarnya ramai juga yang mengalah dan tak yakin boleh sampai puncak sebelum 1200. Dengan bantuan tongkat aku gunakan untuk cangkutkan pada akar.

Kali ini program pemakanan aku ikut saranan 'Power Product'. Aku sarapan dengan sekeping 'Power bar'. Selama 7 jam berjalan, aku habiskan 3 'Power gel', sekeping bar tenaga jenama 'Nature Valley', 2 liter air kosong, 1 tin 100+. Di garisan penamat aku habiskan lagi 1 tin 100+ dan 'Power recovery' + 500ml air mineral. Alhamdulillah kasut New Balance yang baru dibeli sesuai dengan kakiku, tiada lagi kecederaan jari kaki seperti sebelum ini. Kaki aku lebar macam kaki itek, jadi kasut jenis 'extra wide 4E' memang ngam.
Banyak-banyak gambar yang aku ambil dengan PDA HTC, hanya satu ni yang lekat. Yang lain semua hilang, entah kenapa. Hantu Nuang ambil balik kot atau mungkin selepas terkena hujan semua gambar hilang.
Puncak tertinggi Nuang ialah 1500m dari aras laut. Perjalanan 20km pergi-balik. Kelajuanku hanya 3km/jam. Puncak Nuang rupanya dalam Negeri Pahang. Hanya Kem Pacat masih berada dalam Negeri Selangor, itupun sudah hampir dengan sempadan 3 negeri- N9, Selangor dan Pahang. Di puncak Nuang ada jejak lain menghala ke Janda Baik, tapi katanya jarang digunakan orang.

6 comments:

Unknown said...

syabas DOC,sy pas smp kat bwh terus jer blk,kaki melecet teruk smp jalan pun terhenjut2..hehehe,pasne kita g gng besar hantu plak...

abuomar said...

syabas faizal. engkau pada kasut getah tanpa stokin untuk berlari memang tak kena sangat. eluk pakai kasut yang betul. kasut aku tu memang ngam. tumit pun tak sakit macam sebelum ni.
rasanya kena tidur semalam di lata kijang sebelum mendaki gunung besar hantu, sebab dari chenah ke lata kijang, kenderaan 4wd atau motor je boleh masuk. ajak pak brahim bagus jugak nanti kita share minyak. mungkin satu hari kita recce dengan mtb dari chenah ke lata kijang. ada satu jambatan tu macam tak yakin je kereta boleh lalu.

Unknown said...

yup,mmg kena g awal tido kat lata kijang...wah kita wat route maps guna mtb plak ker sana,so kena tg omar setle exam kita stat ride mtb

abuomar said...

Omar habis exam bulan mei. Lepas tu kot kita pergi. Nanti saya bagi tau bila nak pi. Lama dah tak ke Kg Chenah. Kalau dulu saya biasa juga berkayuh dari bt18 ke Kg Chenah.

Che said...

salam doc,

rasenya doc yg saya 'pintas' on the way turun dari puncak.. tak ramai yg sampai dekat2 pukul 12 sblm cut-off time tu.. saya salah sorang darinya.. yg dari putrajaya tu..
salam perkenalan. :)

che @ putrajaya

abuomar said...

waalaikum mussalam che,
salam perkenalan. saya masih ingat sdra. kita mendaki bersama, tetapi semasa menurun sdra meninggalkan saya jauh di hadapan. hari ini masih terasa sakit paha dan betis.

saya sering bermain di putrajaya terutama presint 6 untuk renang dan presint 5 untuk berbasikal.