Tuesday, January 20, 2009

Basikal Baru

Setelah lama impikan basikal gunung dengan penyerap hentak depan dan belakang, maka tercapai jugalah hasratku hari ini 23 Muharam 1430, dapat beli Trek Fuel EX5.5. Setelah mencuba 1 jam di ladang kelapa sawit belakang UKM, terasa seronok juga walaupun basikal agak berat berbanding dengan jenis ekor keras Trek 4500 yang aku beli 15 tahun lalu. Kelebihannya ialah semasa menuruni cerun - terasa lebih menyakinkan. Walaupun sedikit berat semasa mendaki tetapi dengan menggunakan 'gear' paling ringan, kayuhan menjadi lebih selesa.

9 comments:

Perlis Power said...

Salam..nampak baguih full sus. bike tu..spec ok? Rega brapa tu? Cecah RM 5K?

Reme Bin Gimen said...

Salam....tahniah kerana dah tercapai cita-cita, semuga lebih mantapppp...

Dari: Reme

abuomar said...

salam,
terima kasih atas semangat/sokongan yang diberikan. berbaloi jugalah RM5K tu. Hari ni dah kayuh ke ofis. ada orang komen kalau untuk lumba hardtail lebih baik kerana ringan. tapi saya tak pernah impikan kemenangan kalaupun masuk lumba. kira tamat cabran pun dah cukup. dah tua-tua ni nakkan selesa.

Wan A. Hadi (one.D) said...

asm,
Saya percaya Putrajaya Trail akan lebih meriah lagi di hujung minggu ni...

Tahniah G!

abuomar said...

wsm uncle D,
jom lah ikut kayuh kat taman basikal putrajaya (presint 5). hujung minggu memang meriah dan sejak 3 minggu lepas ada saja orang jatuh basikal. pada yang baru hati-hatilah. trail nya menarik walaupun pendek (~12km), ada XC, downhill dan roller coaster. boleh buat 2 atau 3 round untuk endurance.

Mr. T said...

Salam.....
cantik basikal baru.... berapa harga.... kekawan nak tau juga.

abuomar said...

Mr T,
spt yg diteka kawan dari perlis atas tu, regenya RM5K++. Itu rege termurah full sus. Aku suka design cannondale, santa cruz dan trek. dan didapati trek yg termurah. barang kira OK lah depan sus rock shox dan belakang fox, hydraulic brake shimano. cuma tayar/rim jenis murah2.

Ain said...

Salam...tahniah..kerana berjaya memiliki basikal fullsas...senang ble layari blog kami..http://hawkrider15.blogspot.com/

abuomar said...

salam,
terima kasih