Monday, September 1, 2008

Tangki Air Bocor

1 Ramadhan - Sempena cuti hari kebangsaan yang diganti kepada hari Isnin, aku mengambil peluang untuk membaiki tangki air yang bocor. Ini kali kedua tangki air yang berumur lebih 21 tahun ini bocor. Tanda kebocoron kelihatan pada siling. Peringkat awal hanya lembap tapi hari ini air sudah menitis sedikit demi sedikit.Kesan berair pada bawah tangki menunjukkan kedudukan retakan.

Setelah tangki air dikosongkan dan dibersihkan, retakan boleh kelihatan dari dalam tangki di tempat dimana air menitis. Kali ini retakan agak panjang. Beberapa lubang sepanjang retakan ditebuk dengan gerudi terlebih dahulu bagi tujuan mematikan tegasan pada retakan agak ianya tidak terus memanjang.Bitumen (tar) disapu pada sepanjang retakan.Akhir sekali 'flexible water proof sealer' disapukan pada bahagian dalam tangki. Bahan ini ialah seperti simen berwarna kelabu (water based) disapu seperti menyapu cat. Oleh kerana ianya water-based maka kenalah tunggu sampai kering. Mungkin 24 jam diperlukan. InsyaAllah besuk bila air diisi ianya tidak bocor lagi. Nak menukar tangki kosnya tentu agak mahal sebab bumbung terpaksa dibuka untuk mengeluar tangki lama dan memasukkan tangki baru.

Setelah air diisi semula, masih terdapat kebocoran, nampaknya 'flexible water proof sealer' dahlah mahal (RM25) tidak langsung membantu menutup kebocoran. Bitumen lebih praktikal, murah (RM5 setin) dan senang digunakan, boleh dilekapkan ke tempat bocor walaupun tangki dipenuhi air.

4 comments:

Anonymous said...

berpengalaman sebagai tukang paip semenjak 1994 .

tangkia air sekiranya bocor atau merekah tidak boleh ditampal kerana ianya adalah kerja sia - sia .
ianya pasti akan bocor semula.

saranan lebih baik ditutup sahaja tangki tersebut dan hanya mengunakan paip terus tanpa tangki .

tetapi dengan syarat kelajuan meter haruslah dikawal bagi mengelak paip didalam didinding bocor kerana paip didalam dinding tersebut hanya mengunakan pvc pipe dan gam ianya hanya boleh menahan kekuatan air dari tangki sahaja bergantung juga pada jenis gam yang digunakan.

sejarah pernah seseorang menampal tangki air yang bocor minggu ke minggu ianya bertahan dan akhirnya sewaktu ianya keluar bekerja tangki air tersebut pecah dan meruntuhkan siling dengan limpahan air yang banyak .

kerosakan yang dialami lebih besar dari menukar seunit tangki air .

dan dari segi keselamatan risiko terlalu tinggi dari segi runtuhan dan arus elektrik boleh membahayakan sesiapa yang ada dirumah ketika itu .

sekian

abuomar said...

Bulan lepas saya telah tukar tangki baru. Kira Ok jugaklah 3 tahun dapat bertahan dengan bitumen.

dino said...

bitument boleh pakai kt tangki plastik selain tangki fiber?

Unknown said...

Thank u