Friday, September 12, 2008

Kayuhan bulan ramadhan

Kayuhan dikurangkan di bulan ramadhan. Setakat ini aku hanya berkayuh pergi-balik pejabat dan bersiar-siar sebelah petang sambil melihat pasar ramadhan. Setelah 12 hari puasa mungkin hanya 4 jam sahaja aku berkayuh. Tiada langsung aktiviti renangan dan larian.

Pada awal ramadhan aku hampir tidak berkayuh, dan aku dapati badan ku sangat letih dan mengantuk, lalu kemudiannya aku mula berkayuh pergi-balik pejabat. Rupa-rupanya bila melahu (idle), degup jantung terlalu perlahan mungkin bawah 60 denyut/minit menyebabkan kita rasa malas olehkerana aliran darah yang perlahan. Jadi kayuhan dan joging perlu diteruskan walaupun berpuasa.

17 ramadan ialah cuti Nuzul Qur'an (diturunkan al-Qur'an) bagi Selangor dan beberapa negeri lain. Awal pagi berkayuh tepi Sungai Langat, depan UKM. Suasana pagi agak nyaman. Jumpa lembu dan kerbau baru bangun tidur. Terdapat juga perumahan kongsi pendatang Indonesia. Yang agak sedih tebing sungai dijadikan tempat pembuangan sampah.

Air sungai Langat yang keruh macam teh tarik akibat pencemaran oleh aktiviti manusia. Bunga matahari yang dibeli di Nursery Sg. Buluh.Pokok periok kera juga dibeli di Sg Buloh. Khabarnya ia suka makan nyamuk.

19 Ramadan: 11 mlm kayuh basikal bersama kumpulan dari kedai basikal Bike Xtrem ( N2 58.412 E101 46.283). Bazli yang menjemput aku kayuh sama setelah beliau membeli basikal dari kedai tersebut. Inilah kali pertama aku kayuh pada sebelah malam di bulan puasa. Mulanya agak berat nak ikut sebab aku tak biasa tidur lewat malam. Jam 1 pagi baru dapat tidur, nyenyak tidur kul 530 pagi bangun sahur, sempat makan sebiji kurma dan 2 cawan air kosong sahaja.

Kayuhan bermula dan berakhir di Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8. Awal-awal lagi mereka dah pecut, maklumlah orang muda. Aku cuma mengikut dari belakang saja, seronok juga. Walaupun sebulan tak buat henjutan ke degupan jantung maksimum tapi rasa masih selesa dan badan pun terasa ringan, mungkin kesan dari sebab berpuasa. Lebih 1 jam juga kami berkayuh untuk jarak 20km. Sejak itu hampir setiap hari aku kekal berkayuh pergi-balik ke pejabat. Pemandangan menarik matahari naik jam 0720 dari puncak bukit kat pejabat.
Ini ialah 5 jenis kurma Madinah yang dijual di depan pasaraya Bintang (dulunya Warta). Paling kiri ialah kurma termahal Ajwa (RM150/kg), kedua RM100/kg, ketiga RM70/kg, keempat RM40/kg dan kanan sekali RM35/kg. Aku beli 100g setiap jenis untuk merasa perbezaan.
27 ramadan, aku berkayuh selama 1/2 jam ke sekitar Mutiara Bangi, mendaki puncak tertinggi tempat pencawang elektrik. Dari situ aku mengambil gambar tangki air (atas) dan sebuah banglo cantik (bawah).
Sebuah banglo di lengkapi kolam renang. Tapi kolam ini tak sesuai untuk bersenam, sekadar berendam bolehlah.

Malam lepas tarawih, berkayuh ke Kg. Dato Abu Bakar Baginda dengan Uncle D (~20km). Uncle D dah banyak meningkat terutama ketika pendakian.

28 ramadan : pagi kayuh ke Sg. Merab kira-kira 1 jam.

Burung cantik yang jinak sekitar ladang lembu/ayam tepi Sg Langat depan UKM.

29 ramadan pagi - berkayuh sekitar Sg. Langat (garis kuning peta di bawah) - kira-kira 13km. Selain sampah seperti yang disebutkan sebelum ini, banyak tahi lembu sepanjang tepi sungai. Sesiapa yang nakkan baja tahi lembu bolehlah menyusuri sungai langat ini. Ada beberapa ekor anjing tapi tak garang dan melarikan diri bila melihat kita. Ada jambatan besi merentasi sungai yang ditutup tapi boleh dilalui oleh pejalan kaki atau pengayuh basikal yang menghubungkan seksyen 4 dan 5. Alangkah baiknya jika laluan tepi sungai ini dijadikan laluan joging atau berbasikal. Kena beritahu Dato Hasan Nawawi (MPKj) atau ajak dia berkayuh ke sini supaya dia tahu betapa pencemaran sungai dilakukan tanpa belas kesihan.

30 ramadan - pagi berkayuh menyusuri Sg. Langat hingga ke Sg. Semenyih sejauh 26km (2jam). Laluan ini telah diperkenalkan oleh Uncle D. Semasa balik cadang nak menyusur sebelah tebing satu lagi, tapi terpaksa dibatalkan kerana sampai di satu perkampungan Cina (aku namakan banglo anjing), kelompok anjing yang banyak (lebih 10 ekor) tak mampu untuk ditembusi.

Persimpangan Sg Langat (kiri) dan Sg Semenyih (kanan).

Kelihatan sekelompok sampah yang dibuang oleh pembuang sampah amatur.
Kelompok sampah yang agak banyak dibuang oleh pembuang sampah profesional.

Begitulah kayuh terakhir aku di bulan puasa tahun ini. Dalam perjalanan pulang, aku singgah beli lemang sedap (simpang Teras Jernang) sebanyak 3 batang dan kemudian diikat pada palang atas basikal. Memang sedap lemang kat situ (lihat peta), pernah disyorkan oleh Dr. Huda (pakar hadis) semasa kami berkunjung raya ke rumahnya pada raya tahun lepas.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF, ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SAYA. InsyaAllah ramadan tahun depan jumpa lagi.

7 comments:

Beskal Chap Ayam said...

Assalamualaikum D

Apa kabar D ,Diantara blog yg paling membina untuk kesihatan.

Thanks D.

abuomar said...

Waalaikum mussalam,
Alhamdulillah sihat. Ramai yang belum menghayati pentingnya bersenam untuk kesihatan. Kat TV semalam pun cerita ttg senaman. Senaman perlu dibuat 3-5 kali seminggu. Kurang pun tak eluk, lebih pun tak eluk. Sederhana! Bulan posa disaran bersenam sebelah petang sebelum berbuka atau malam selepas tarawih.
Maaf saya bukan D, tapi orang biasa panggil G. uncle D ialah kawan sorang lagi yg teror fotografi dan baiki kereta, DIY.
uncle G...

Beskal Chap Ayam said...

oppp sorry master G hehe

A. H. WAN [uncle.D] said...

G,
Suatu ketika dulu [sebelum ditimbus untuk pembangunan Bangi Perdana] terdapat banyak tasik di sebelah Sungai Langat tu. Sekitar pertengahan tahun 80'an saya sekeluarga selalu pergi picnic dan main RC off road disitu. Masa tu anak2 belum bersekolah lagi...

Kini terdapat aktiviti 'menambak' dengan sampah sarap disepanjang trail tepian Sungai Langat . apa kejadah ni..!.

abuomar said...

Uncle D,
Rasanya sungai di Selangor semuanya sudah tercemar. Jika sungai yang melalui kawasan perumahan atau industri keadaanya samalah macam Sungai Langat. Air jernih hanya boleh dilihat di hulu sungai, contohnya Hulu Langat. Tidak seperti di luar negara seperti Sg. Rhine di Jerman, airnya jernih dan terjaga.

i-see-china said...

Your blog is very beautiful

earthblog said...

Your blog is very beautiful