Monday, June 30, 2008

Kenyir Triathlon

Keputusan Triathlon Kenyir 10 teratas keseluruhan. Data dari Triathlon Malaysia aku susun semula. Kimberly Yap memang kuat mengatasi kaum lelaki. Kapas-Marang swimathon tempoh hari pun beliau no. 1. Dia laju dalam acara renang.
Bagi acara renang aku berada pada kedudukan 68, basikal no. 112 dan berlari no. 96. Kedudukan keseluruhan ialah 103. Jumlah penyertaan ialah 121 orang.
Bagi kategori >50 tahun, aku dapat no. 7, lebih kurang perlumbaan lepas saja. A Famosa aku dapat no. 6, Kapas-Marang aku dapat no. 8. Nampaknya memang susah nak dapat no. 3 teratas.

Isnin B45 R60 - Gatih gi-kelik ofis
Malam gi bereney kat presint 16. Asalnya nak bereney di presint 6 tapi kolam ditutup hari ini dan besuk. Untuk memenuhi rancangan latihan terpaksa jugalah bereney di kolam presint 16. Tak seronok bereney di sini, kolam kecik dan ramai orang, lampu pun malap tak jelas laluan (mungkin sesuai untuk berasmara dana), asyik nak berlanggar saja.

Selasa B45R40L60 - gatih gi-kelik ofis, petang bereney di UKM dan malam berjalan laju dengan langkah pendek selama 1 jam bersama isteri.

Rabu L60 -hungga sekitar rumah
Dunia idea, pemikiran dan cadangan lebih luas daripada sempadan daerah kepartian. Mengapakah mereka selalu berfikir, jika awak tidak menyertai kami, bererti awak menentang kami? Pemikiran sebeginilah yang diamalkan oleh pemerintah-pemerintah yang kejam sepanjang sejarah. Lalu ramai yang hukum tanpa dosa yang dilakukan. Sama seperti golongan jumud di negara ini yang menuduh sesiapa yang tidak beramal cara melayu, maka dia wahabi. Walaupun yang dituduh itu tidak tahu pun apa itu wahabi. Memfardukan kesempitan akal kita ke atas orang lain adalah kezaliman, dan bertindak atas kesempitan itu adalah kekejaman (Mufti Perlis)

Khamis 28 J'akhir - Rehat

Jumaat R30L60 - hungga sekitar rumah, malam bereney di UNITEN (200, 2x500, 2x100).

Sabtu - Awal pagi berkereta (RM220 petrol + RM63.40 tol) ke Kenyir Lake Resort (RM210 harga tawaran, harga biasa RM280) bersama isteri dan 2 anak dan mendaftar triathlon (RM60). Rancangan awal nak menginap di Kuala Berang tetapi rumah rehat kerajaan tak dijumpai dan tak dapat dihubungi, talipon tak berjawab.
Ikan cantik di kolam depan lobi hotel

'Carbo loading dinner' - semuanya kelaparan menunggu makanan. Makanan semuanya sedap. Agak ramai peserta tahun ni sekitar 300 berbanding tahun lepas hanya 150 orang.

Ahad R36B106L75 - Kali pertama bertriathlon di Kenyir, nak merasa bereney di empangan kenyir yang jernih airnya. Tapi tak sejernih air di Pulau Kapas dan Desaru. Jarak penglihatan sekitar 1m sahaja. Baru lepas bereney, 36 min agak perlahan berbanding A Famosa (35min). Malang tak berbau, rantai basikal putus. Rantai putus ketika sedang berkayuh bersama Neil Anthony Smith (226) dan Brian Ng (402). Rasanya Neil kena tukar tiub kemudian dia mengejar kembali. Aku tumpang cucuk angin belakang dia. Memang seronok sebab badannya besar. Terpaksa menolak sejauh 4km, berkaki ayam. Jika berpandukan pada masa kayuh Neil dan Brian, aku kerugian 20 min. Agak kecewa tapi apa nak buat dah rezeki macam tu. Rantai ni pun beli yang terpakai (jenis Dura Ace) dibeli sejak 3 tahun lalu. Bagaimanpun ia dah banyak berjasa, pergi Kelantan (450km), panjat genting 3 kali, Lembah Kelawang (130km) 3 kali dan kira hampir sepenuh masa digunakan. Sepatutnya kena cek dulu. Nampaknya dah boleh agak berapa lama rantai boleh bertahan.

Dahlah tu tertinggal helmet. Tu beli helmet kat Kuala Berang, besar dan berat. Masa diambil untuk berbasikal (termasuk menolak) ialah 106 min.
Akhirnya dapat juga menamatkan acara traithlon, alhamdulillah. Berlari/berjalan pun agak perlahan dari dulu, iaitu 75min. Memang Kenyir triathlon agak mencabar kerana jalan berbukit-bukit.
Bergambar bersama orang besi, Azwar.

Laluan basikal - pergi balik 38.6km
Bereney 2 pusingan 1.5km dan berlari 2 pusingan (garis kuning) 8km.

Bernard Chandran, pereka fesyen terkenal pun masuk triathlon.

Jumlah R166 B196 L255=10.28 (sasaran 9.58).

Ucapan terima kasih kepada Omar yang mengambil gambar dan anak isteri yang memberi sokongan dan bantuan.

7 comments:

Anonymous said...

Tiap tahun saya ke t.kenyir tp bukan masuk triathlon...tak larat weyyy!!! tapi masuk acara MTB kat situ ajer...

3 tahun...mmg dah expired rantai tu,tambah lagi buat kayuhan sampai bribu km...lenkali buat spare just for race...everything termasuk lah helmetnya sekali...hehehe!!!

abuomar said...

Terima kasih atas nasihat pokcik. Mungkin satu hari nak cuba juga masuk MTB kenyir. Saya mmg suka triathlon ni, saya suka berenang dan basikal. Tapi berlari saya masih belum dapat seronoknya, banyak sakit.
Betul kata pokcik kena buat 'check list' dan periksa basikal sebelum masuk lumba. Dulu saya pernah bocor tayar masa lumba lepas tu saya buat spare rim. Satu set rim/tayar untuk lumba dan satu lagi untuk latihan. Rasanya kena bawa juga spanar rantai. Sebelum putus sebenarnya ada tanda (susah masuk gear) dan bunyi semasa tukar gear.

Tok Ketua said...

Pasal kelalaian nie mmg lah satu perkara lumrah tapi kita biasa nya ambik mudah. Contoh terbaru menimpa peserta dari kelab MSO Lumut...pada Jumaat lepas (11hb. Julai) kelab MTB saya kat Kelantan ada menganjurkan xc race di litar Chempaka...masa tu kedudukan dia no.3 masuk lap kelima,dia tolak basikal keluar gelanggang...saya tanya apasal? Tiub bocor!!! tiub bocor tu biasak lah tapi dia gak beritahu,mmg tiub yang dia pakai nie dah ditampal...makna nya dia pakai tiub lama dan tak patut digunakan untuk pertandingan...itu lah,kecuaian biasak nya kita ambil mudah tapi kesan nya...amat merugikan kita sekali...

Abuomar nie org kelate ko?

abuomar said...

saya memang ore kelate, asal dari kg saring, pasir putih. tapi lama dah keje kat bangi sejak 1981.
sesekali balik juga kg. mcm mana sy nak join kel mtb? boleh bagi contact no. ke?

Tok Ketua said...

Kecil tapak tangan...nyiru saya tadahkan. Nak joint KMH senang ajer...masuk website kita di http://www.kmh.mizuonline.com kat situ ader borang nya,donload ajer!!!
Buat masa skrg,saya adalah presiden nya. Kita ada sorang wakil kat Freeride Malaysia yang main kat Kiara dan menyertai Kiara Domnation untuk tahun nie...dan kami adalah kelab pertama dari Kelantan yang hantar wakil masa MTB International Challenge dalam acara downhill kat sana tempuhari...!!!

Tok Ketua said...

Kalau Abuomar nak tahu...Razani Hussain pemenang no.3 kategori national tu adalah pemilik kedai beskal Razani Probike kat jln. peng. chepa. Ada juga geng KMH yang beli beskal melalui dia dan kalau tanya pasal KMH,dia pun tahu.
Masa kita buat xc race baru2 nie kita tak benarkan dia masuk,sebab kalau dia masuk...veteran lain tak nak masuk...hehehe!!!

abuomar said...

pokcik,
terima kasih atas pelawaan. insyaAllah kalau ada cuti panjang saya kelik kelantan bolehlah kayuh sama KMH.
sy memang kenal razani, sy pernah beli barang basikal dan servis basikal kedai dia. dia memang golongan elit, tak terkejar saya.