Selasa B45L30 - Kayuh pergi-balik pejabat, nadi 30-40%
Rabu R30 L30 -Renang di UKM, 1x100+5x200 (kuak dada, bebas, kuak dada, bebas, kupu-kupu) nadi 50%. Lari dengan nadi 70%
Khamis (14 J'akhir) B15 - Rehat. Kayuh atas 'trainer' selama 15 min. hujan kat luar.
Jumaat R30B45 - Kayuh pergi-balik pejabat, renang 1x100 (kuak dada), 1x1000(bebas), 1x100(kuak dada) di Presint 6.
Sabtu B75R30L51 - Kayuh bersama Ibrahim, Folizan dll di Taman Warisan, Putrajaya kemudian sambung berenang di Presint 6 (2x500+1x100). Ibrahim ajak masuk malakoff dualthlon http://www.duathlonseries.com.my/ Mungkin ikut juga yang UKM tu.
Tengahari gi kenduri kahwin anak Hj Hamzah di dewan Tun Abdullah Mohd. Salleh, UKM.
Petang, lari sekitar rumah lepas hujan.
Ahad B320 - Berkayuh dengan basikal gunung ke Morib dan Kelanang bersama Pak Cik D. Mula berkayuh seawal 0635 pagi.
Tiba di Pantai Morib sekitar 0915. Kemudian menyusuri pantai ke utara menghala pantai Kelanang.
Pantai Kelanang dipenuhi hutan bakau.
Pak cik D sedang mengambil gambar pemandangan cantik hutan bakau.
Pak cik D bergaya dengan proton T-boltnya.
Hutan bakau yang cantik di pantai Kelanang.
Jambatan baru merentasi Sg. Langat, Banting. Tapi sayang sekali Sg Langat yang lebar ini keruh airnya macam teh tarik disebabkan pencemaran oleh kerakusan dan kejahilan manusia tentang penjagaan alam sekitar.
Berehat seketika di hentian bas
Agak banyak lori sepanjang perjalanan dari Dengkil-Banting. Bising, habuk dan panas yang terpaksa diharungi.
Berhenti minum air tebu di warung Jawa, Jenderam Hilir. Seketika kemudian hujan turun agak lebat, terpaksa tangguhkan kayuhan sehingga hujan berhenti. Tiba di rumah sekitar 1500.
Jarak kayuhan keseluruhan hari ini ialah 115km untuk tempoh 5 jam 20 min. Cerita lanjut boleh dicapai di AHW photography.
Jumlah R90 B535 L111=12.27 (sasaran 5.00).
9 comments:
B45L30 ?
basikal 45km, lari 30km?
G,
Kira confirm tu kita gi bergatih B240 [?] pada Ahad nanti.
Kalu ada dua tiga orang lagi mungkin meriah sikit, tapi jangan lah ramai sangat.
... saya rasa kita kena buat B300 kot kerana saya akan guna full suspension ATB seberat 14kg... slow dan kurang pickup...
yip,
bukan begitu, B45=basikal 45 min. L30=lari 30 min.
Latihan ini kira untuk beginner half ironman. kira boleh tamatkan saja. Latihannya hanya 7-10jam seminggu. Desaru 9 bermakna ada 9 minggu lagi untuk desaru triathlon.
Tahniah kerana telah berjaya mendaki genting, kira laju tu 3jam.
D,
240 min tu anggaran je. Bangi-Morib 50km. mungkin 2.5jam sehala dengan kelajuan mtb 20km/jam.
jangan risau kita kayuh suka-suka makan angin.
TQ banyak2 G kerana telah banyak memberi semangat dan tunjukajar dalam pembasikalan sehingga saya sudah boleh bergatih semula setelah 'ketinggalan' selama lebih dari 35 tahun.... latihan selama hampir 100hari yg lepas rasanya masih belum mencukupi, saya perlu banyak lagi membuat latihan jarak jauh melebihi 80km. wbp, saya rasa mungin belum mantap lagi untuk bergatih lebih dari 120km. Probably 80~100km is just right for an uncle like me.
OK gak gambar2 yang diambil dgn PDAphone tu. Gajet tu mmg sesuai utk dibawa semasa berbasikal. ringan. kalau terjatuh pun lensanya tidak mungkin akan patah atau rosak spt yg berlaku pada zoom lens d'SLR...he..heee
last but not least... t.k kerana belanja minum airtebu dan milo.
uncle D,
sy pun agak sedih juga lensa kamera uncle D terjatuh, boleh baiki balik ke? ttg belanja minum hal kecik saja. mungkin kalau uncle D nak lebih mencabar kita panjat genting pulak. tak jauh tapi mencabar 3jam berkayuh ke puncak. uncle D mmg kuat kat bukit.
mugkin lepas ni boleh buat ubahsuai sikit letak video cam yg murah2 kat helmet atau basikal.
sorry, yg tadi tersilap paste post untuk blog lain...
G,
Saya rasa masih lagi belum 'berani' nak panjat Genting, kena tunggu clock 2000km dulu dan banyok praktis mendaki slope sepanjang 2 atau 3km dulu... [kat mana ya?]
Macam mana kalau kita gi sekitar Tekala/Semenyih Dam?... saya rasa jarak round trip sekitar 80km sahaja... Ahad ni boleh?...
ttg ubahsuai video tu tidak susah, CCD kamera sebesar kelingking harganya sekitar RM100 sahaja, dan boleh disambungkan ke miniDV camera yg dibawa dlm backpack
untuk latihan bukit, kita kena main kat bukit. bagusnya selangor ni kita ada bukit dan pantai. untuk latihan drafting kita main ke pantai, ke morib/bagan lalang/pd. untuk bukit banyak tempat latihan bukit bt 14, genting peras, kelawang, lenggeng, mantin. semuanya tak jauh dari rumah kita. ahad ni kalau setuju kita ke empangan semenyih kemudian mendaki bkt bt 14 satu loop =70km saja. boleh berhenti minum kat sg. tekala dan bt 14.
Post a Comment