Monday, June 9, 2008

PTK6-minggu 2

Isnin
R30B20L20 -Petang ni buat ketiga-tiga acara. Renang dan lari di luar. Berkayuh atas 'trainer' dalam gim.
Pagi ni agak mencabar, kena buat 'public speaking' bagi kursus PTK. Bernasib baik juga dapat pilih tajuk 'healthy lifestyle'. Tajuk ini berkaitan dengan kehidupanku sehari. Di permulaan persembahan agak gementar juga mungkin denyutan jantung sekitar 140 sebab tak fasih berbahasa inggeris. Lebih berdebar lagi daripada kat masa nak mula berenang dari Pulau Kapas ke pantai Kelulut (6.5km) pada April lalu. Antara poin yang aku persembahkan ialah;
  1. buat senaman - perlahan lama (endurance) dan selangi dengan laju (interval). semasa bersenam sentiasa perhatikan kemampuan badan kita (listen to your body)
  2. makan makanan yang sihat - lebihkan makanan semulajadi tanpa kimia.
  3. kekalkan jisim badan dalam julat yang sesuai, terutama BMI jangan melebihi 30 - berdasarkan peraturan Petronas Carigali untuk pekerja di pelantar minyak
  4. gembirakan diri anda - kawal emosi, kemarahan terutama bila umur mencapai tahap menapos
  5. sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas, potong/trim segala bulu-bulu di mana berpatutan, kerap mandi.
  6. berhenti minum arak atau menghisap rokok. merokok boleh merosakkan paru-paru dan jantung. paru2 menjadi lebih keras dan tidak kenyal bagi perokok. aku bagi contoh mungkin punca kematian mengejut rakan triathlon kita di PD tahun lepas ialah kerana arwah kuat merokok. keputusan autopsi ke atas beliau khabar berpunca dari jantung.
  7. kurang mengambil anti-biotik atau penyah sakit kerana bahan ini boleh merosakkan buah pinggang
  8. buat pemeriksaan doktor secara berkala (sekali setahun)- bagi umur lebih 40 tahun pemeriksaan tahunan diperlukan supaya kita dapat mengesan paras gula, tekanan darah, kolestrol lebih awal sebelum dipaksa mengambil ubat
  9. tingkatkan daya ingatan melalui pembacaan dan pembelajaran berterusan
  10. bergaul dengan orang baik2 atau orang alim
  11. selain latihan fizikal, latihan kerohanian juga diperlukan seperti meditasi (bukan Islam) dan solat bagi orang Islam.

Kesimpulannya gaya hidup sihat ialah sihat jasmani dan rohani. Seimbangkan kehidupan kita, perihatin kepada diri sendiri, isteri/suami, anak-anak, kaum keluarga dan jiran tetangga.

Selasa L30. Lari pagi-pagi selama 20 min selepas berjalan 10 min. Rasa malas hari ni nak bersenam. Tak bersemangat, lagi terasa lama dah tak dapat kayuh basikal atas jalan. Kayuh atas 'trainer' tak seronok.

Rabu L30R20B40. Pagi berlari dan berenang.

Hari ini kena buat pembentangan individu (10 min) dan soal jawab (20min) dengan tajuk penggunaan teknologi nuklear dalam industri petroleum. Antara cabaran utama ialah keselamatan sinaran. Orang awam tidak yakin dengan tahap keselamatan sinaran.

Petang berbasikal di sekitar rumah. Pulang ke rumah sekejap bagi melepaskan tegangan selepas buat pembentangan.

Khamis R30. Pagi renang di kolam.

Hari ni kami kena buat pembentangan kumpulan. Ada 2 kumpulan saja. Tajuk kumpulan 1 membincangkan masaalah pemanasan global. Aku dalam kumpulan 2 kena bentangkan topik bertajuk kesan bekalan makanan dan minyak ke atas pembangunan negara. Setiap kumpulan ada 4 orang. Masa pembentangan ialah 30 min dan soal jawab 15 min. Kami bagikan setiap orang bentang selama 7 min. supaya setiap ahli kumpulan memberikan pandangan masing-masing. Aku memilih untuk membincangkan masaalah tenaga. Sumber tenaga umumnya boleh dibagikan kepada 3 jenis; tenaga boleh dibaharui, tenaga bahan fosil dan tenga nuklear. Tenaga boleh dibaharui menyumbang 18% keperluan tenaga dunia. Sumber tenaga ini ialah dari hidroelektrik (15%), biojisim (cth kayu api), suria, biobahan api (sumber tumbuhan), tanah kambus (gas metana), angin dan ombak. Hidroelektrik memerlukan tanah yang luas dan mengubah sistem alam semulajadi. Ada juga kebaikan pembinaan empangan ini, selain untuk bekalan air ia juga boleh digunakan untuk sukan air, cth triathlon, lumba perahu. Empangan Kenyir mengadakan sukan triathlon setiap tahun. Biojisim banyak digunakan di India dan China tapi pembakaran menghasilkan gas karbon dioksida yang memberi kesan kepada pemanasan global. Tenaga suria memang banyak, tapi untuk mendapatkannya memerlukan kos yang tinggi, kos panel suria dan kawasan tanah yang luas. Sumber biobahan api walaupun mesra alam tetapi penggunaannya memberi kesan kepada sumber makanan dunia. Tanah yang kecil dan kesuburannya akan merosot nampaknya tidak begitu sesuai untuk Malaysia. Sumber tenaga tanah kambus dan tempat rawatan najis mungkin boleh dikaji. Angin dan ombak tidak juga sesuai di Malaysia kerana kita mempunyai kelajuan angin (2km/jam) yang tidak mencukupi untuk memutar turbin. Begitu juga ombak, ombak kita tidak cukup besar untuk menghasilkan tenaga yang efektif. Jika diperhatikan ombak laut kita pun tak mampu untuk menggerakkan papan luncur (surfing).

Sumber bahan fosil boleh didapati dari arang batu, minyak dan gas. Sumber fosil menyumbangkan 68% tenaga dunia. Sumber ini juga menyumbang kepada peningkatan suhu dunia melalui pembebasan gas karbon monoksida. Sumber ini dijangka semakin pupus. Walaupun rizab minyak kita pada asalnya boleh bertahan untuk tempoh 20 tahun dan gas 100 tahun, tapi anggaran ini tidak lagi tepat. Kita akan kehabisan sumber ini dengan lebih cepat. Kita menggunakan semua jenis bahan fosil, bagaimanapun arang batu dan minyak diimpot. Khabarnya minyak kita tidak digunakan untuk kegunaan tempatan tetapi diekspot. Manakala gas pula, hanya penjana elektrik jenis baru menggunakannya. Gas juga kebanyakannya diekspot ke Jepun. Khabar yang boleh dipercayai mengatakan perjanjian penjualan gas dengan Jepun lebih menguntungkan Jepun. Begitulah sikap kita orang Malaysia cukup lembut dan banyak mengalah. Harapan kita Allah sahaja dapat membantu kita. Mungkin kita rugi di satu ketika dan untung di ketika lain. Rezeki semuanya dari Allah.

Sumber tenaga nuklear pula menyumbang 15% dari tenaga dunia. Teknologi sedang berkembang dimana tenaga nuklear telah dipelagaikan; ada mini reaktor dan sel hidrogen yang boleh dipakai untuk kegunaan rumah atau menggerakkan kenderaan. Teknologi ini juga mesra alam, tidak memerlukan ruang tanah yang besar. Walaupun dulu keselamatan dari bahaya sinaran bahan radioaktif diragui, tetapi dengan teknologi terkini bahaya ini telah banyak dapat dikurangkan. Loji nuklear lebih selamat dari mereka yang bekerja sebagai nelayan laut dalam, pelombong arang batu, industri pembinaan, pembuatan logam dan kayu. Bagaimanapun bahan api nuklear perlu diimpot. Bumi kita tidak mempunyai cukup bahan radioaktif Uranium dan Plutonium. Kita mempunyai pilihan untuk membeli dari Amerika, Kanada, China, Rusia atau Iran (jika boleh).

Semua tenaga di atas tidak mengambil kira tenaga manusia. Setiap orang berupaya menghasil kuasa 100 Watt. Untuk menjimatkan bahan penggunaan fosil itu, penggunaan basikal ke pejabat amat praktikal. Jika berkereta ke pejabat proton satria neo auto 1.6 aku menggunakan 10 liter petrol untuk setiap 100km. Paling kurang aku akan membelanjakan RM5 setiap hari hanya untuk ke pejabat, belum termasuk keluar makan. Pejabat aku mempunyai kakitangan lebih kurang 700 orang, hanya 2 orang sahaja (termasuk aku) menggunakan basikal ke pejabat. Katakan 400 orang tinggal sekitar Bandar Baru Bangi, Bangi, Sg Merab, Teras Jernang bermakna RM2000 setiap hari digunakan untuk membakar bahan api fosil.

Ucapan Penutup oleh Pengerusi Panel, YBhg Datuk Dr. Daud Mohamad, Ketua Pengarah Nuklear Malaysia.

Petang aku bejalan-jalan ambil angin luar sekitar KLIA Green Park tak jauh dari landasan, tengok kapal terbang berlepas bagi tujuan melepas tegangan dan kepenatan berkursus dan berbincang yang sudah hampir 2 minggu berturut-turut termasuk sabtu dan ahad, siang dan malam tanpa rehat. Terasa sunyi sepi jiwa ku hari ini -tidak bersemangat, mungkin kepenatan agaknya. Jumaat B (30) R (40). Selepas pulang dari Pan Pacific, KLIA aku rehat dengan tidur sepuasnya lepas solat Jumaat sehingga Asar. Lepas asar berkayuh ke UKM untuk berenang. Renang - 1 x100, 3x500 dan 1x100. Terasa lega sikit dapat berkayuh di luar dan berenang di kolam jarak olimpik.
Sabtu L 60 B90. Berjalan 40 min lari 20min di Stadium Bangi bersama isteri. Kayuh ke Taman Universiti dengan anak (Omar).


Tengahari gi kenduri kahwin anak En. Ibrahim Martibi di Kajang Utama. Puas juga mencari rumahnya kerana terdapat kesilapan dalam peta GPS, jalan 2/5 telah dinamakan sebagai J Tenteram 3.

Ahad B120 R30. Berkayuh dari rumah-teras jernang-bangi lama-sg kembong-jalan 6kaki-kuala pajam-batang benar-nilai-bukit mahkota-bangi lama-rumah (50km). Pemandangan menarik melalui kampung jalan 6' dan kuala pajam, dapat melegakan kepanasan pagi ini.


Malam gi berenang kat Precint 6. Buat 1x100, 1x1000, 1x100 (30min).

Jumlah R150 B300 L140 = 9.83 (sasaran 9.00)

3 comments:

Wan A. Hadi (one.D) said...

Mudah2an G lulus PTK6 dgn cemerlang...isyaAllah.

Sabtu 14Jun dah balik rumah ke?. Saya nak pinjam hi-pressure air pump untuk memantapkan air-shock... ke sekitar 180psi.

abuomar said...

Terima kasih doa tuan tu.
Jumaat lagi dah balik. Sabtu ada kat rumah. Jemputlah datang bila2. Eluknya petang lah. SMS dulu 013-3809631.

Wan A. Hadi (one.D) said...

OK, Saya datang ptg sebab belah pagi nak gi aerobic di Bangi Walk. Tengahari gi shoping.. Sudah tentu belah pagi tuan pun nak layan ketagihan bergatih atau bereney, maklumlah dah 2 minggu tinggal beskal dan kolam saiz olympik di UNI-10 tu...