8-13 Apr
Isnin - rehat/puasa B (30)
Selasa - L (30) Joging sekitar rumah, kecederaan kaki semakin pulih.
Rabu - R (76) Renang tanpa rehat dengan rentak sederhana kuak dada dan bebas sejauh 3km = 2.36km/jam di UKM (1730-1846).
Khamis - B (45) L (30)
Jumaat - Bertolak ke Marang, Terengganu.
Bertolak seawal jam 6:45 pgi dari Bangi bagi mengelakkan kesesakan melepasi KL untuk ke pantai timur. Tiba di Marang 1230, makan tengahari di Marang Water front nasi lauk ikan goreng. Kalau ke pantai timur ni makanan pilihan aku ialah ikan, sotong. Makanan laut di sini semuanya segar2. Daging atau ayam bukan lagi pilihan. Lepas tu solat jumaat di masjid berdekatan. Di Marang tahu sajalah kawasan Tn Guru Hj Hadi, masjid merata-rata, senang nak solat. Makanan kat Marang pun murah tidak seperti Kuala Terengganu atau Kemaman. Lepas solat baru cari tempat penginapan. Dapat menginap di Marang Guest House, chalet berdinding kayu dengan bayaran hanya RM60, berhawa dingin dan ada TV. Terus tidur sampai asar. Lepas asar pergi jalan2 kat jeti tengok orang ramai memancing sambil merenung pulau kapas. Dalam hati terfikir, eh sayup juga kelihatan dan hati mula berdebar dan terfikir boleh ke aku berenang ahad pagi ni.



Sabtu - Daftar swimathon.
Jam 0900 mula mendaftar untuk kategori lebih 50th dengan bayaran RM50. Bayaran ini termasuk tambang bot ke pulau kapas, makan malam, sarapan pagi, sekeping power bar perisa pisang, topi TMT2008, dll. T-shirt diberi setelah menamatkan renangan. Kira berpatutanlah bayarannya. Lepas daftar, jam 0945 menaiki bot ke pulau kapas, hanya 10 min dengan bot laju. Kemudian daftar masuk Duta Puri Chalet dengan bayaran RM140. Tengahari kawan ajak renang buat 'water confident' sambil melihat ikan berwarna warni, gamat, batu karang. Petang 1630 taklimat keselamatan diberikan oleh pihak polis marin dan Mr Chan. Beberapa tip diberikan supaya kita tidak tersasar dibawa arus. Cuaca agak panas petang tu, bimbang takut sakit kepala. Minum air banyak-banyak. Jam 1900 makan malam sepuasnya. Lepas isyak terus tidur. Jam 0:00 tersedar banyak nyamuk yang memasuki melalui pintu bilik air. Pasang ubat nyamuk kemudian boleh tidur lena. 

Ahad - R (159) - Kapas/Marang
Bangun 0500 solat tahajud minta doa keselamatan. Jam 0530 pergi sarapan. Tak ramai yang sarapan, yang pro tak kelihatan, rasanya mereka tak sarapan, mungkin mereka ambil power bar dan minum sahaja. Selepas buang air sepuasnya, mandi dan solat subuh. Jam 0630 daftar masuk swimathon dan tulis nombor di badan. Ada kawan tu asyik pi bilik air sakit perut, mungkin berdebar kot. 
Jam 0725 taklimat akhir diberikan oleh Mr Chan. Jam 0735 cabaran bermula. 2 bot marin, 2 Jet ski, 50 kayak dan sebuah helikopter mengawasi perenang. Seramai 196 peserta dari 11 negara mula berenang merentasi laut terbuka sejauh 6.5km.
Terdapat 2 pelampung sebagai tanda arah. Aku melepasi pelampung pertama selepas 1/2 jam dan selepas 1 jam melepasi pelampung ke 2. Selepas pelampung ke 2 ni pandangan aku agak kurang jelas mana arah mahu dituju. Pesanan Mr Chan ialah tuju pada bot marin. Tapi aku tak pasti mana satu. Aku cuba ikut kelompok perenang. Nampak seorang Mat Salleh ke kiri dan ke kanan. Mulanya nak gunakan dia sebagai panduan tapi nampaknya bahaya ni takut aku tersasar sama. Aku ikut kelompok Cina dan Melayu. Mereka ni muda-muda mata mungkin terang, banyak guna kuak dada, jadi ini orang boleh dipercayai walaupun sedikit perlahan tak apa. Ada ketika aku berenang seorang tetapi kemudiannya ada kelompok datang lalu aku pun mengikut kelompok ini (drafting) rasa lebih selamat dan hilang gayat. Agak lama selepas pelampung ke 2 baru nampak bot marin, rasa lega-arah dah betul. Semakin yakin dan mula memecut dengan gaya bebas apabila 3 belon di udara (tanda titik penamat) jelas kelihatan, bagaimanapun sesekali kena perlahankan juga, tangan terasa lenguh.
Di pertengahan pemandangan laut yang tak kelihatan lagi dasarnya cukup menarik. Seperti pandangan langit waktu malam gelap di langit tanpa awan dengan bintang berkerlipan. Terdapat kerlipan biru (kutu air) dan ada ketika terpaksa meredah kutu berwarna putih yang pedih dan gatal. Bagaimanapun pedih dan gatal tu hanya sementara saja. Terserempak juga beberapa obor2 tapi nasib sempat mengelak.
Tepat jam 1014 aku tiba di garis penamat, dalam keadaan terhuyung hayang (mabuk laut) aku berjalan naik ke darat, seronok tak terkira seorang awet tolong sarungkan T-shirt penamat dan di gerbang si adik pula kalungkan medal penamat di leher. Puas!!!, mungkin tahun depan datang lagi.
Aku sasarkan 200 minit tapi alhamdulillah dapat 159 minit. Masa layak ialah 4 jam. Rasanya lebih laju berenang di laut (2.45km/jam) berbanding di kolam aku hanya mampu buat 2.36km/jam untuk jarak 3km.
Terima kasih kepada kawan yang memberi semangat, tunjuk ajar, pandangan dan idea. Mereka ialah Bazli, Omar, Rashin, Ibrahim, Solihin, Matta, Wan, Mr Chan, Azwar dan lain-lain aku lupa nak sebut. Bagaimanapun nasihat ku kepada yang sukakan apa2 jenis sukan agar mematuhi ajaran agama. Aku perhatikan ramai yang lalai. Matalamat tidak menghalalkan cara. Solat 5 waktu kena jaga, pergaulan lelaki perempuan kena jaga, supaya selain berjaya dalam sukan, sihat jasmani, kita juga ingin berjaya dunia dan akhirat. Kepuasan tiada penghujungnya jika sekadar menurut hawa nafsu. Akhirat kekal abadi dan ianya lebih baik dari dunia.
"Dan tiadalah kehidupan dunia itu kecuali hanya permainan dan lagha (hiburan yang melalaikan) dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka apakah kamu tidak berfikir? (maksud al-an'aam 32) "
Kira2 jam 1230 bertolak pulang ke Pasir Putih. Tiba jam 1530 di Pasir Putih. Cuaca agak panas petang ni suhu sekitar 36C. Cadang nak tidur tapi tak dapat lena. Bagaimanapun malam dapat tidur lena dan kepenatan kembali pulih.
Keputusan swimathon boleh dicapai di http://www.triathlonmalaysia.com/
Untuk kategori 50 tahun dan ke atas,

Kedudukan keseluruhan aku ialah no. 107 dari 156 yang berjaya menamatkan renangan dalam tempoh kurang dari 4 jam.
Jumlah R (235) B (75) L (60) = 6.16 (sasaran 5.50)