Isnin - Rehat/puasa
Selasa - R (40 min) petang berenang di Pusat Akuatik, Bukit Jalil (1800~1840). Mula masuk kolam sejuk bukan main lagi, maklumlah kolam berbumbung. Airnya segar tak bau klorin, rambut tak keras. Lepas renang tengok atlet berenang. Mereka buat pernafasan panjang sehingga 8 atau 10 kayuhan.
Pemandangan menarik dari tol sg. besi di waktu senja.Malam pergi berurut kaki yang cedera di rumah Abang (adik?) Taufik di Jalan 6 kaki, Beranang. Rasa macam ada perbezaan, katanya urat sekitar buku lali terperosok ke dalam.
Peta Jalan 6 kaki, Beranang
Tempat sakit akibat berlari (kaki kanan)
Rabu - B (25 min) kayuh ke pejabat.
Petang ni hujan cukup lebat, guruh berdentum dan kilat sambar. Keadaan ini belarutan hingga ke isyak. Pergi juga ke Bukit Jalil untuk berenang tapi tak dibenarkan kilat merbahayakan walaupun kolam tertutup. Melihatkan hujan, guruh dan kilat tidak menunjukkan keredaan maka aku tak tunggu lama terus balik. Lagi pun teringat kuliah Dr Ismail yang perlu dihadiri selepas maghrib. Hari ini hanya sempat berbasikal 25 minit sahaja iaitu ke pejabat pagi tadi. Banyak minit juga nak kena ganti ni.
Khamis - B (45 min) R (75 min) Kayuh pergi balik pejabat. Berenang di kolam UKM bersama Solihin dan Bazli. Bazli berenang 4k hari ni. Katanya dia sudah hampir yakin berenang merentasi laut dari Pulau Kapas ke Marang.
Jumaat - R (45 min) Renang bersama Omar di UKM. Buat kuak dada, sedikit lentang dan kupu2 dan gaya bebas dengan berlainan teknik pernafasan, 3, 5 dan 7 kayuhan. Tak ramai orang, ramai yang ingatkan hari ni akan hujan dan guruh kilat. Rupanya lepas jam 5:30ptg cuaca tenang dan segar lepas hujan. Air kolam pun tak sejuk sangat, suam dan selesa.
Sabtu - R (75 min) L (30 min) Renang (0745-0900) di UKM dengan Bazli, kemudian berlari (1000-1030 ) sekitar rumah.
Ahad - B (120 min) L (30 min) R (30 min). Basikal gunung bersama Wan (0700-1000) di sekitar perkampungan orang asli Sg. Merab. Setelah 27 tahun tinggal di Bangi, ini pertama kali aku sampai ke perkampungan orang asli Sg. Merab. Inilah baiknya bermain basikal, banyak tempat, lurah, lorong kita boleh sampai. Kami menyusur Sg. Langat, jumpa orang2 memancing dan menjala. Kata Wan, Sg Langat ni suatu ketika dulu banyak udang galah. Ada orang boleh kaya, dapat beli tanah sekitar Teras Jernang, hasil menjual udang galah. Tapi sekarang tidak lagi, air pun sentiasa keruh tak pernah jernih. Dapat berkayuh ringan sejauh 36km, kebanyakannya rata.
1000-1030: Berlari sekitar perumahan.

Jumlah latihan minggu ini - R 235 B 190 L 60 = 8.08 (sasaran 7.50 jam). Alhamdulillah kecederaan pada tumit semakin pulih, berkesan jugak urutan Abang Taufik.
Layang-layang di udara. Cuaca agak dan angin pun begitu kuat.
Wau jenis 'Stunt kite'. Permainan wau jenis ni agak teknikal tetapi menyeronokkan, menggunakan kedua2 tangan untuk mengawal.
Inilah restoran Kak Su yang dikatakan menjana pendapatan bersih RM15K sebulan hanya dengan menjual laksa. Pulut udang kedainya pun sedap juga.
Kedai Emas Kelantan di Kuala Perlis. Kedai emas Kelantan ni kira ada di seluruh negara. Kat Kajang pun ada, walaupun kedainya kecik saja tapi mereka masih boleh bertahan. Saya pernah buat cincin kat kedai emas Kelantan di Bangi dan pernah timbang rambut anak yang dicukur selepas 7 hari lahir - bagi tujuan membuat penilaian harga perak dengan rambut seberat tu. Selain aqiqah, kita disunatkan menderma kepada orang miskin sebanyak harga perak seberat rambut anak 7 hari lahir. Tak banyak lebih kurang RM30 saja.
Buat larian atas trek sebanyak 8 pusingan (3.4km) selama 22 minit (9km/j). Lepas tu jalan balik (penyejukan) ke rumah (15min). 
Pandangan dari satelit sekitar pelabuhan Sutera di Kota Kinabalu. Kelihatan pulau-pulau berdekatan, Pulau Gaya, Sapi. Manukan, Mamutik dan Slug. Juga kelihatan tumbuhan laut, iaitu batu karang. Airnya masih jernih dan kelihatan begitu banyak ikan-ikan di jeti.
Pemandangan dari pantai Sutera. Kelihatan pulau-pulau yang eluk untuk dilawati, hanya 15 min dengan bot. Tapi aku tidak berkesempatan. InsyaAllah jika berpeluang lain kali aku ingin bersnorkling.
Puncak Kinabalu dapat dilihat dari pelabuhan Sutera ketika petang baru lepas hujan.
Pandangan satelit ditumpukan pada pelabuhan Sutera. Kelihatan 3 kolam renang: Pacific sutera, Kelab golf (saiz olimpik) dan Magellan sutera.
Pokok teratai di taman kolam belakang Pacific Sutera.
Pandangan waktu senja di tepi laut depan hotel Le Meridien, KK berhampiran pasar malam.
Batu karang banyak membiak sekitar jeti. Kelihatan batu karang hitam macam jarum dikatakan bahaya untuk perenang.