Thursday, October 25, 2007

Semenyih-Kg Chennah/Sg Mahang, Nilai



Sabtu 27/10/07- Kayuh basikal jalan.
Laluan: Masjid Semenyih-Tekala-Genting Peras-Kg. Chennah dan balik.
Jarak: ~90km
Masa mula: 7:30 pagi di simpang lampu isyarat, depan masjid semenyih.
Sarapan: Nasi lemak sambal spesial jam 8:00 pagi di Kg Pasir.
Peserta yang dah bersetuju ikut: Zamani, Azhar n Pauzi.

Ahad 28/10/07 - Kayuh basikal bukit bersama kumpulan Nilai di Sg. Mahang. Tapi sayang selepas aku kehilangan telefon bimbit, aku tidak menghubungi lagi dengan kumpulan ini.

5 comments:

Anonymous said...

Hari ini kami berempat kayuh. Azhar, Zamani, Anuar n Pauzi. Zamani kayuh sampai Peras kemudian balik ke Setapak kerana ada jamuan raya. Kami bertiga meneruskan kayuhan ke Kg Chennah dan berhenti minum. Masa balik kami minumlagi sekali di Tekala. Jarak pergi-balik agak mencabar 100km. Letih dan seronok!!!. Ramai juga yang kayuh hari ini ada triatlet yang kayuh dari BT 14 ke Kelawang.

Anonymous said...

dr manyak besh oo....
kaki mau ikut tp beskal bukit blum siap..

abuomar said...

Faizal,
Minggu lepas tu kami kayuh guna road bike dari Semenyih ke Kg Chennah pergi-balik sejauh 100km bukannya beskal bukit. Ahad lepas kami kayuh di Sg Mahang, Nilai menggunakan beskal bukit. Ahad akan datang ni belum tentu lagi nak kayuh ke mana, ada yang ajak kayuh di Janda Baik ikut laluan ke Kg Chennah tapi saya tak ikut sebab ada jemputan kenduri kawin. Saya bercadang sekurang-kurangnya sekali seminggu main beskal bukit.
Cuti Depavali nanti ada geng Kajang, Nilai dan Jomkayuh ajak kayuh MTB di Kajang Perdana sebelah Penjara.

Anonymous said...

doc pasne kalu ader activity wekend doc kasi pose dekat blog...insyalah kalu x der paper saya nak join

abuomar said...

InsyaAllah