Sunday, May 27, 2007
Kem Lolo, Nuang
Sabtu 26/6/07 - Sekali lagi saya ke sana. Ini dah kali ke 4. Kali ini lebih ramai kawan yang ikut serta. Kali ini juga saya duduk lebih lama di kem Lolo, sambil makan dan mandi. Air jeramnya sejuk tetapi menyegarkan.
Kawan kita ni patut dicontohi. Beliau membawa pulang bungkusan makanan dan sisa.
Friday, May 18, 2007
Gambar 1960an
Tok Janggut
Rahimidin zahari
Kuharung sungai
Kususur bukit tujuh gua yang silam
Aku murba perkasa
Kau tuduh penderhaka celaka?
Aku tak pandai berselindung
dengan kepang dan senandung
Suaraku tak mungkin semerdu seruling
Aku tak rela tanah darahku diinjak dijajah
Aku tak rela hasil bumiku dicantas dipulas
Aku tak rela bangsaku dipandirkadukkan
Aku tak rela islam agamaku disendatemehkan
Tok janggut haji mat hasan namaku
Tujuh lapis langit terpikul di bahu
Tujuh lapis bumi tercengkam di kaki
Aku pulang dari tanah makkah yang putih dan suci
Ingin ku lihat tanah darahku tanpa dijajah
Kubaca jamaluddin al afghani
Kuhafal reformis Muhammad abduh
Dan kugenggam ideology rasyid redha
Tok janggut haji mat hasan namaku
Anak kelantan kelahiran pasir putih
Kampung saring mahupun jeram
adalah padang permainanku
adalah gelanggang silat
tempat kau memperlimaukan diri
Aku pulang siap sedia sebagai lelaki anak jantan perkasa
Aku siap sedia menitiskan darah ke ranting cempaka
Ini tanah darahku tak kurela kau kikis habis
Kuoleng mangkuk mimpi para tirani
Inilah nafasku
Angin bergegas menyebarkan tandus
Dan nah!
Darah matahariku akan terpercik
Ke tanah pasir putih
Rintih angin taufan sedialah kau akanku amuk
Kugetus jantung hatiku
Kalaupun aku mati di tangan bangsaku
Aku mati sebagai pembela sejati
Mutiara tetap mutiara
Meskipun terpendam di perut tiram
Jauh pada dasar lautan
Wednesday, May 16, 2007
Aurat Wanita

Sesekali eluk kita selingkan sedikit cerita kita dengan hal agama. Berikut ialah apa yang saya sempat catit semasa mengikuti kuliah Dr. Huda Mohsin di masjid Sg. Merab (Isnin malam). Beliau ialah pensyarah UKM dalam jurusan hadis. Mudah-mudahan boleh faham. Saya dah simpan lama dalam buku kecil saya. Jadi saya fikir eluk disebarkan, tak banyak sedikit pun jadilah. Silap salah harap dimaafkan.
Surah an-nur 31: walyadhribna bikhumurahunna.. yang bermaksud dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepal mereka..
[31] Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Perintah hendaklah dia menutup leher baju. Mereka melabuhkan jilbah (selindang besar) ke atas badan mereka.
Hadis – mendedah muka – ada sahabat wanita mendedah mukanya.
Tudung bukan lambang tetapi kehendak agama dari al-quran tidak seperti salib.

Tuesday, May 15, 2007
Tempat pelupusan sampah di kem Lolo
Wednesday, May 2, 2007
Tempat riadah di Perlis
Bukit Kubu
Bila balik ke rumah mertua di Kangar, saya juga akan bersenam di waktu awal pagi atau petang. Untuk berenang kita boleh gunakan kemudahan kolam renang di Stadium Kangar, bayaran masuk cuma RM2 sahaja. Waktu penggunaan ialah jam 1600 hingga 1900. Saya juga pernah berbasikal jalan ke Wang Kelian dan ke Ladang Tebu (70km pergi-balik dari Kangar). Saya belum cuba lagi basikal bukit, tapi khabarnya ada beberapa laluan menarik di sekitar bukit bersempadan Thailand. Saya ada kawan dari persatuan MTB Perlis iaitu En. Mohd Fikri Ismail (guru Sekolah Menengah Teknik, Kangar) dan En Azman Abdullah (jurutera KTM). En. Fikri ni kira kaki MTB juga dan pernah mengembara ke China melalui Thailand, Vietnam, Kemboja dan Laos serta beberapa tempat lain termasuk Taman Negara, Brunei, Sabah dan Sarawak. En Azman pula veteran yang aktif bersukan 'triathlon'.
Di Bukit Kubu, Bukit Cenderwasih dan Bukit Ayer terdapat lalun untuk berjalan atau berlari. Kalau ingin berjalan bersama MB Perlis pergilah ke Bukit Ayer setiap hujung minggu. Minuman dan makanan ringan disediakan secara percuma.
Rentas Desa
Biasanya setiap kali pulang kampung, aku tidak melepaskan peluang untuk berlari atau berjalan sekitar kampung. Sekitar kampung ku (Kg. Saring) ada sawah padi dan kebun getah. Ada beberapa tempat perkelahan berdekatan seperti Jeram Pasu, Pantai Bisikan Bayu, Pantai Melawi dan Bukit Keluang. Semua tempat ini menarik untuk dikunjungi tetapi ramai yang tidak menghargai anugerah Tuhan ini. Sampah sarap seperti plastik dsbnya bersepah merata-rata. Di pantai Bukit Keluang kita dapat lihat sebuah pulau berhampiran, mungkin boleh dibuat acara 'swimathon' atau 'triathlon'. Kalau ke pantai saya akan mengambil peluang berlari di tepi pantai tanpa bersepatu.
Subscribe to:
Posts (Atom)