Thursday, January 27, 2011

Tan Sri kayuh


Aku gembira melihat muka depan surat khabar Utusan hari ini. Gambar Tan Sri Samsudin berkayuh untuk menghadiri mesyuarat. Bila aku berkayuh ke ofis pada peringkat awal dulu, ramai rakan ofis memberi komen negatif. Bahaya, berhabuk, tak sesuai Malaysia panas bukan seperti England, sejuk. Aku akui memang bahaya sebab pemandu Malaysia cukup gelojoh dan tergesa serta tidak menghurmati yang lemah (pengayuh, pejalan kaki). Bila orang besar bagi contoh tauladan begini kesannya besar kepada masyarakat. Diharap rakyat berfikiran lebih matang dan bijak, sukakan hijau, kebersihan alam sekitar dan bersenam. Skrin besar depan UKM pun memaparkan iklan belajar berkayuh. Sesuatu yang positif tentang basikal. Biarlah berbasikal menjadi budaya oarang kita. Panas, hujan sebenarnya tidak menghalang untuk berbasikal. Sistem imunisasi bertambah baik - terkena hujan tidak akan menyebabkan demam bagi yang biasa berbasikal.

No comments: