Saturday, January 29, 2011

LTdL Banting-Tampin

Pagi ini kayuh solo ke Bagan Lalang, jumpa kumpulan pelapis MSN buat latihan ikut mereka menumpang angin hingga ke Bagan Lalang. Mereka berpatah balik kerana cukup 70km. Jadi nya pergi-balik mereka buat 140km dari Bukit Jalil ke Bagan Lalang. Seronok dapat tumpang angin, hampir tercicir di bukit de Palma. Kebetulan lampu isyarat kat simpang merah jadi mereka terpaksa berhenti, dapatlah aku masuk pelaton. Semuanya muda-muda sedang tunggu SPM, buat latihan dapatlah duit poket RM300 sebulan.
Aku meneruskan kayuhan solo ke Morib seterusnya tiba di Banting 1045. Tunggu tengok LTdL di tanda zero km dan sempatlah ambil beberapa gambar menggunakan Olympus u Tough.
Pasukan pelapis MSN. Laju juga dia orang tarik kekal kelajuan lebih 35km/jam.
Paya bakau di pantai Kg Batu Laut. Tak tau kenapa semuanya mati
Peserta LTdL mula memecut dari kedudukan 0km.

No comments: