Monday, January 31, 2011
Sunday, January 30, 2011
LTdL Kuala Pilah-Jasin
Saturday, January 29, 2011
LTdL Banting-Tampin
Pagi ini kayuh solo ke Bagan Lalang, jumpa kumpulan pelapis MSN buat latihan ikut mereka menumpang angin hingga ke Bagan Lalang. Mereka berpatah balik kerana cukup 70km. Jadi nya pergi-balik mereka buat 140km dari Bukit Jalil ke Bagan Lalang. Seronok dapat tumpang angin, hampir tercicir di bukit de Palma. Kebetulan lampu isyarat kat simpang merah jadi mereka terpaksa berhenti, dapatlah aku masuk pelaton. Semuanya muda-muda sedang tunggu SPM, buat latihan dapatlah duit poket RM300 sebulan.
Aku meneruskan kayuhan solo ke Morib seterusnya tiba di Banting 1045. Tunggu tengok LTdL di tanda zero km dan sempatlah ambil beberapa gambar menggunakan Olympus u Tough.
Friday, January 28, 2011
LtdL Rawang-Putrajaya
Thursday, January 27, 2011
Tan Sri kayuh

Aku gembira melihat muka depan surat khabar Utusan hari ini. Gambar Tan Sri Samsudin berkayuh untuk menghadiri mesyuarat. Bila aku berkayuh ke ofis pada peringkat awal dulu, ramai rakan ofis memberi komen negatif. Bahaya, berhabuk, tak sesuai Malaysia panas bukan seperti England, sejuk. Aku akui memang bahaya sebab pemandu Malaysia cukup gelojoh dan tergesa serta tidak menghurmati yang lemah (pengayuh, pejalan kaki). Bila orang besar bagi contoh tauladan begini kesannya besar kepada masyarakat. Diharap rakyat berfikiran lebih matang dan bijak, sukakan hijau, kebersihan alam sekitar dan bersenam. Skrin besar depan UKM pun memaparkan iklan belajar berkayuh. Sesuatu yang positif tentang basikal. Biarlah berbasikal menjadi budaya oarang kita. Panas, hujan sebenarnya tidak menghalang untuk berbasikal. Sistem imunisasi bertambah baik - terkena hujan tidak akan menyebabkan demam bagi yang biasa berbasikal.
Sunday, January 23, 2011
Senaman Cuti Thaipusam
Wednesday, January 19, 2011
Joging Cherating
Sunday, January 16, 2011
Ride4GAZA
Sepatutnya pagi ini aku berkayuh bersama kumpulan Maplay di Letua 100 di Bukit Jelutong, tapi keadaan fizikal yang kurang sihat (demam malam) menyebabkan aku terpaksa batalkan hasrat tersebut. Maaf kepada Maplay terutama Sifu Zairi dan Pak Brahim. Bukan tak nak ikut, tapi kesihatan tidak mengizinkan. Bagaimanapun walau demam aku tak suka nak tidur banyak, malam tadi dah tidur panjang sejak maghrib. Dalam keadaan badan masih seram sejuk aku gagahi juga kayuh ke Putrajaya untuk menyertai kayuhan ringan (15km) bersama Ride4Gaza, kayuh sambil menderma.




Sunday, January 9, 2011
Bukit Jelutong



Subscribe to:
Posts (Atom)