Sunday, February 7, 2010

Putrajaya Night Marathon


Alhamdulillah baru sekejap tadi aku berjaya menghabiskan larian 'half marathon' di Putrajaya. Peserta marathon dilepaskan jam 2000 dan peserta half-marathon dilepaskan jam 2030. Aku berjaya menamatkan dalam tempoh 3 minit kurang 3 jam. Aku kekalkan degup jantung pada sekitar 140-150. Purata degup 145 degup per minit. Selepas 1 jam terasa seronok berlari tapi 1 jam terakhir lutut kiri mula terasa sakit. Ada ketika rasa malas, rasa nak berjalan sahaja, tapi dikuatkan juga semangat dengan buat langkah panjang perlahan dan badan membongkok ke depan.

3 jam berlari sudah cukup seksa bagi ku apatah nak masuk marathon 42km. Tidak seperti berbasikal 8 jam pun tiada masaalah. Renang pun tidak seseksa lari, tapi takut dan gayat pula berada di tengah laut.

18 comments:

Ridwan said...

Salam Dr. Pauzi, tahniah kerana dapat menamatkan larian half marathon. Saya fikir memang berat utk berlari selama tiga jam tanpa henti..

Benbaz said...

Salam Dr.
Tahniah coz berjaya tamatkan larian.
Kata tak training? tapi bleh habis. Power tu...

abuomar said...

Waalaikum mussalam Ridwan,
Terima kasih. Orang lain berlari 3 jam dah dapat 42km, tapi saya dapat separuh saja. Memang cukup terseksa terutama selepas 2jam. Lutut dan tumit cukup berbisa macam nak pecah.

abuomar said...

Waalaikum mussalam Benbaz,
Terima kasih. Tahniah juga buat anda. Masa awak 2 jam 22 minit tu cukup baik. 30 minit saya di belakang. Memang bulan lepas dan bulan ini saya kurang latihan purata 30 min sehari sahaja. Kebanyakan latihan ialah basikal. Lari agak kurang. Otot lari dan basikal tak sama. Jantung saya masih bertenaga tetapi lutut dan kaki cukup sakit.

zulhassan said...

tahniah bang. Saya memang setuju berenang 7km lagi senang dari lari .. :D

abuomar said...

terima kasih. memang betul saya renang kat pulau kapas dulu cuma pedih bawah ketiak je. lepas tu tidur pun rasa lena. kulit pun rasa segar berendam air laut. bab lari ni malam tu saya tak dapat tidur hingga pagi, jari kaki sengal, lutut sengal, tumit sengal. ada orang komen kasut saya tak sesuai. tapi dah macam2 kasut saya beli adidas, new balance tak ada beza sangat. rasanya lari tak begitu ngam dengan saya atau mileage belum cukup.

azlinawati aka ben said...

Tahniah dr...saya banyak kali berenti..cramp.x cukup endurance la...padan muka saya.huhuhu...2j38m.

abuomar said...

Tahniah ke awak juga. Krem mungkin tak cukup 'supplement'. Saya makan 1 powerbar sebelum lari, kemudian bawa 2 powergel semasa lari. Selepas 8km amik powergel terasa bertenaga semula. 7km terakhir pula amik sekali lagi. Tiada masaalah krem tapi sengal lutut yang buat tak tahan.

Ajo said...

salam bang.. yg paling siksa tika last 2km before finishing line. Lalun boleh buat 'tawaf' instead terus sahaja. Masa ni betul2 terasa betol2 mental nye. Ini ada lah larian sulung half-mara saya. 2:42. Energizer masuk tak?? wassalam

abuomar said...

Salam Ajo,
Masa kat situ ada budak pompuan potong dengan larian anak. Saya dapat kejar dan potong dia dengan jalan langkah panjang saja. Seronok juga kejar mengejar ni. Kemudian ada Cina cakap ada 7 minit saja lagi nak cukup 3 jam. Dia ingatkan masa kelayakan 3 jam. Kami pun percepatkan larian.

Energizer tak masuk sebab cadang nak masuk Kenyir triathlon, tapi Kenyir pun mungkin terlepas sebab hotel dah penuh.

Unknown said...

syabas doc!

abuomar said...

Terima kasih. Rasanya badan makin bertenaga lepas lari malam tu. Renang kupu-kupu pun dah lebih mudah. Ada peningkatan teras 'core'. Kalau tak masuk kenyir, rasanya nak masuk energizer, 10km pun memadai.

Ridwan said...

ASWW Dr. Pauzi,
Kalau ada masa, saya berharap Dr. boleh buatkan satu rencana khas mengenai program latihan/training MTB yang terstruktur yang biasa Dr. jalankan. Program tsb dari mulai schedule, tools, excell format dan target capaian. Harapannya dengan training terstruktur ini, performance kayuhan (endurance&strenght) kita makin meningkat. Terima kasih sebelumnya..

abuomar said...

Ridwan,
Saya tiada program latihan khusus untuk MTB. Saya pernah ikut program yang saya cari dari internet untuk triathlon dan swimathon bagi beginner. Biasanya mereka ada keperluan latihan berbentuk jarak atau masa yang perlu dibuat dalam seminggu untuk tempuh tertentu sehinggalah ke hari pertandingan. Latihan secara umumnya berbentuk 'endurance' dan 'interval'. InsyaAllah kalau saya terjumpa khusus untuk MTB saya akan lapurkan.

coconutgrinder said...

tahniah DR pauzi...masih kuat lagi laa tu bole masuk half maraton...saya kalau 7.7k pun blom tentu larat nak habih....pulau kapas tahun nih masuk tak?

benbaz said...

Salam Dr.
Saya ada jumpa foto Dr. masa tengah berlari. Boleh semak kat snap-attack.com Cari page 206 kalau tak silap

abuomar said...

Coconutgrinder,
Terima kasih. Pulau Kapas? Tak yakin lah tahun ni. Tak ada latihan.

abuomar said...

Benbaz,
Terima kasih. Dah jumpa. Saya ciri ikut no. bib.