Friday, November 27, 2009
Selamat Hari Raya Eidul adha
Jumaat 10 Zulhijjah 1430: Selamat Hari Raya semua. Mana mau kayuh? Lepas jumaat berkayuh basikal jalan ke Nilai. Buat satu pusingan. Bangi-Jenderam-Salak Tinggi-Nilai-Bukit Mahkota-Bangi=54km. Rasanya sebulan juga aku tak kayuh basikal jalan.
Omar tolong ambil gambar. Kami bertemu di Nilai 1 untuk makan aiskrim sedap.
Sunday, November 22, 2009
KL MTB Carnival

Sunday, November 15, 2009
TTDI
Sunday, November 8, 2009
Cabaran M2M2009-Gunung Bujang

Ahad 20 Zulkaedah: Alhamdulillah hari ini aku telah berjaya menamatkan cabaran M2M 2009 di Gunung Bujang Melaka, Kampar, Perak. Jumlah jarak perjalanan ialah 21km. Halaju perjalanan 3km/jam, tempuh 7 jam 35 min (pergi-balik). Degup jantung 130-140.
2.5 jam pertama aku mengekalkan degup 130-140, tapi kemudiannya semakin letih dan malas dan inginkan rehat (degup 100). Semasa menurun kebanyakan degup 120 sahaja. Garmin forruner 405 hanya sempat merekod data sehingga 6 jam sahaja. Kuasa bateri pada paras 80% semasa awal permulaan tidak cukup untuk tempoh aktiviti - mungkin jika dicas penuh ianya mencapai tempoh 8 jam.
Peserta cabaran ini dikategorikan kepada lelaki terbuka, wanita terbuka, lelaki dan wanita IPTA/IPTS, lelaki dan wanita media. Kumpulan media hanya perlu sampai ke CP1 (sekitar kebun durian jeram Batu Berangkai, 300m dari aras laut). IPT wanita ke CP2 (kem Lebah pada ketinggian 1010m). Untuk tiba ke kem Lebah ni pun cukup mencabar. Wanita terbuka dan lelaki IPT perlu tiba di CP3 (Permatang, 1160m). Hanya lelaki terbuka perlu sampai ke puncak (1255m). Aku tiada pilihan kena masuk kategori lelaki terbuka, terpaksa bersaing dengan orang muda dan kuat. Rasanya no. 1 dan 3 dimenangi oleh orang negro. Komando tempatan no. 2. Itu pun saingan agak kuat antara no. 2 dan 3. Aku peserta terakhir yang berjaya menamatkan cabaran. Tiba di garisan penamat sewaktu upacara penyampaian hadiah. Bagaimanapun sijil kosong ditulis sendiri nama dan acara diberi beserta air mineral 2 botol dan 100+ 1 tin. Terima kasih penganjur atas hadiah dan ucapan tahniah dan jemputan untuk turut serta di masa akan datang. Bayaran RM30 sudah lebih dari berbaloi. Selain itu dapat T-shirt dan powerbar.

Peserta lelaki terbuka dilepaskan dari Komplek Rakan Muda, Kampar jam 0803 yang beberapa minit kemudian diikuti perserta lain.
Jeram dengan air yang jernih di Batu Berangkai. Anak dan isteri tidak mendaftar cabaran tapi ikut berjalan sehingga CP1 dan menikmati kedamaian jeram Batu Berangkai.
Batu hampar yang besar. Mungkin ini juga sempena nama batu berangkai.
Terjumpa awek yang sama-sama menyahut cabaran M2M tak jauh dari kem Lebah.
Bergambar bersama pihak penganjur di CP3 (Permatang), kira-kira 1/2jam lagi untuk sampai ke puncak.
Puncak gunung Bujang Melaka pada ketinggian 1255m dari aras laut. Tiba di puncak jam 1153 (masa luput 1200). Bekalan - 2 liter air mineral, 20 biji kurma, sekeping Garman dan 1 powerbar. Minuman/makanan pemulihan - 1 tin 100+, segelas cincau, 1 gelas air pemulihan powerbar, segelas pepsi dan set dinner plate KFC. Kecederaan - sedikit calar pada betis terlanggar kayu. Alhamdulillah. Hutan semacam ubat buatku, dengan lumpur herba asli, air sungai bermineral dan bauan aroma hutan yang cukup mesra dengan badan manusia.


Thursday, November 5, 2009
Gadget Latihan
Sdr Ridwan bertanyakan gadget yang aku gunakan semasa latihan. Aku telah beli 2 peralatan GPS untuk tujuan latihan. Yang pertama model Garmin 60CSx yang biasa digunakan untuk berkayuh basikal gunung semasa memasuki hutan sebagai panduan arah tuju dan profail ketinggian. Selain itu aku gunakan juga mendaki gunung seperti Nuang, Angsi, Datuk, hutan Janda baik dll. Juga aku pernah gunakan semasa mengembara di UK, Sepanyol, Bali, Jakarta, Bandung, Selatan Thai. Ianya cukup berguna dan seronok menggunakannya.
Contoh jejak Sg. Pusu, Gombak yang direkodkan dengan CSx60. Sg Pusu antara jejak yang panjang. Sg Pusu ialah jejak yang cukup panjang yang boleh sampai ke Kemensah dan seterusnya ke Sg Congkak. Aku pernah buat cubaan dari Sg Congkak ke Kemensah tapi hanya mampu separuh jalan saja, terlalu banyak pacat dan kebanyakan jejak hampir tertutup dengan semak dan jarang dipakai sekalipun orang asli. Begitu juga pernah ku cuba dari Kemensah menghala ke Congkak. Itu pun separuh jalan. Pacat besar berjalur hijau tidak mampu aku meredahnya. Takut pun ada.
Yang terbaru aku beli jam Garmin Forrunner 405 (https://buy.garmin.com/shop/shop.do?cID=142&pID=11039 ). Ianya boleh digunakan untuk latihan kayuh dan joging. Dilengkapi dengan monitor degup jantung, ianya dapat mengawal rentak larian atau kayuhan.

Sunday, November 1, 2009
Kayuhan Nuang

Subscribe to:
Posts (Atom)