Cuti Hari Pekerja dihabiskan dengan aktiviti renang dan kayuh. Zaman telah berubah, dulu aku banyak jalan-jalan ke komplek beli belah atau berkunjung ke rumah saudara mara atau balik kampung. Bila dah berumur, anak dah besar panjang, masing-masing dengan hal masing-masing, maka kita yang dah tua ni mencari aktiviti sendiri dengan bermain basikal, masuk hutan dsbnya. Bagaimanapun hari ini ada jemputan kahwin, kena balik awal.
Pada hari pekerja (Jumaat) aku berkayuh sekitar rumah dan berenang, Sabtu kayuh basikal jalan (80km) dan Ahad berkayuh basikal gunung (29km).
Hari ini sekali lagi aku berkayuh ke Sg Pening bersama Ameer dan Rebeca (kawan ameer). Agak mencabar kali ini 2 bukit perlu didaki, laluan tunggal dan laluan lebar. Menurun melalui laluan tunggal cukup menyeronokkan, mengawal brek dan keseimbangan.

Dua bukit berjaya ditawan. Jarak kayuhan ialah 29km untuk tempoh kira-kira 4jam. Di awal pagi agak lembap dan seekor pacat sempat menikmati darahku sebagai sarapan paginya. Dalam perjalanan pulang, agak terkejut juga aku terserempak dengan seekur burung
Merak. Ekor tak berapa panjang, mungkin Merak jantan. Tak sempat nak ambil gambar, walaupun tak boleh terbang, laju juga ia menyelinap masuk semak.

Garis kuning ialah kayuhan hari ini. Laluan basikal Sg Pening ni memang cukup panjang. Tepuk dada tanya selera, pilih saja mana laluan nak diikut. Nak kayuh sampai petang pun boleh kalau larat.

Pandangan menarik dari bukit ke 2. Kumpulan motosikal scrambler pun bermain di laluan lebar ini. Bimbang juga kami bila mereka lalu, mana tau kot terbebas, naya kita.

Rebeca masih boleh tersenyum menolak basikal ketika pendakian. Kata Ameer dia ni kuat berlari, walaupun kurang cekap berbasikal.

MTB = Mari Tolak Basikal.

Comel Rebeca ni, masih belum kahwin tapi sudah ada 'boyfriend'. Tak leh kacau.
Sabtu sempat berkayuh basikal jalan dengan Ibrahim, Dr K dan Folizan. Ibrahim dan Folizan buat kayuhan persediaan untuk berkayuh ke Krabi, Thailand minggu depan bersama kumpulan Malakoff.

Folizan mencucuk angin belakang Dr K. Ibrahim jauh di depan meninggalkan kami. Masih mantap kayuhan Pak Brahim. Dr. K cukup bertenaga di bukit yang tidak disukai Folizan.

Lepas berkayuh sempat ambil gambar kumbang menikmati madu bunga pokok Inai tepi rumah.

Pandangan sebelah malam di pusat rekreasi sukan air Presint 6. Sebelum renang amik gambar dulu.