Friday, March 27, 2009

Kayuhan sekitar K. Tgnu


Lepas bercuti di kampung, aku berpeluang mengikuti kursus pengurusan kualiti bagi auditor dalaman iaitu ISO9001:2008, ISO17025, ISO13485, ISO19001 dari 23-27 Mac. Setiap pagi dan petang bila kelapangan aku akan berkayuh atau joging atau berenang. Kayuhan hanya terhad sekitar Kuala Terengganu. Joging di tepi pantai. Berenang di hotel dan laut.
Profail Bukit Besar, bandar KT. Agak curam, tak mampu aku kayuh tanpa henti. Kena tolak kira-kira 3/4 pendakian.
Pemandangan bandar KT awal pagi dari Bukit Besar.
Di pagi lain aku berkayuh ke Pulau Wan Man, melihat masjid mini dan masjid Crystal yang terkenal tu. Ini masjid rekabentuk masjid al-Aqsa di Palestin.
Masjid Crystal yang cantik.
Pandangan awal pagi di tebing kuala sungai.
Hari ini aku sempat sembahyang Jumaat di masjid biru tak jauh dari hotel Grand Continental tempat aku menginap/berkursus. Kali pertama aku melihat khutbah jumaat disampaikan bersama alat bantu visual. Cukup menarik khutbahnya, ringkas dan padat dan yang penting tidak mengantuk.
Garis hijau ialah laluan basikal dan joging yang sempat aku buat 5 hari berada di KT. Petang ni aku berenang di laut bersama-sama budak-budak kampung. Banyak sungguh anak udang di sini. Mulanya aku rasa takut ingatkan anak ikan yang menggigit kakiku. Setelah bertanyakan budak tempatan barulah rasa lega.

4 comments:

Perlis Power said...

Salam, banyak dah berubah Bandaraya Kuala Terengganu...berhijrah dr Trg balik kpg dah dekat 7 thn. 4 & 5 April ada ride ke Betong (Thailand) dr Sungai Petani. Boleh tengok blog...

abuomar said...

Salam Ari,
Masih banyak tempat menarik di Tgnu yang belum dihayati, contohnya Rantau Abang, pandangannya menarik dengan hutan pokok renek. Seperti Marang, K. Tgnu pun banyak masjid dan surau.

Menarik tu kayuh ke Betong. Tapi dah banyak outstation, jadi tak dapat nak join.

Wan A. Hadi (one.D) said...

Salam G,
Tuan boleh resubmit tracklog ke Pulau "Wang Mang" untuk Malfreemaps. Tracklog dlm peta yg saya buat dulu mungkin kurang tepat kerana ketika itu jalan tar belum siap 100%, lagipun saya buat tracking sambil berjalan kaki saja.

Saya kesitu pada awal tahun lepas semasa Agong [Tg Mizan] buat perasmian walaupun belum siap sepenuhnya.

wasasalam

abuomar said...

Track demo tu dah OK. cuma ada jalan kampong boleh shortcut ke pulau wan Man. Nanti kawe hantar demo tracklog tu. Selain tu banyak penambakan laut dilakukan di kuala sungai. peta KT sudah berubah. Laut dan sungai jadi darat.