Monday, March 9, 2009

Kayuhan Maulud

Sabtu, Ahad dan Isnin ialah cuti. Isnin cuti sambutan maulud (bahasa arab maulid). Maulud sebenarnya tidak wujud pada zaman Nabi saw dan sahabat. Sambutan harijadi bukannya tradisi Islam. Mungkin ini budaya orang barat. Kerana kehebatan orang barat, maka sambutan harijadi menjadi ikutan orang lain. Tarikh permulaan kalendar Islam pun tidak bermula dari kelahiran Nabi saw tetapi bermula dari penghijrahan Nabi saw dari Mekah ke Madinah (Dr. Maza).
Apa pun kita disuruh sentiasa berselawat ke atas Nabi saw. Satu selawat kita ke atas Nabi saw, Allah balaskan 10 kali selawat ke atas kita. Apa jua keadaan, waktu susah, sakit, takut, atau senang.

Makna secara umum selawat adalah jamak dari kalimat solat. Di segi bahasa pula, ia bererti doa, rahmat dari Allah, memberi berkah dan ibadat. Dalam pengertian yang lebih luas, berselawat kepada Nabi Muhammad bererti memperbesarkan, mengagungkan serta mendukung perjuangannya yang mulia, di samping melahirkan rasa syukur atas perutusannya yang menjadi rahmat seluruh alam ini, malah menambahkan keyakinan beramal dengan sunnahnya yang diredhai Allah.

Ketiga-tiga hari cuti ni aku habiskan dengan berkayuh secara solo basikal gunung (Trek EX5.5). Sabtu berkayuh di ladang sawit MPOB/ UKM, Bangi dan Kg Bahagia serta Jenderam. Trek ini tidak teknikal tetapi dikira memadai untuk latihan ringan. Teduh dan cantik pemandangan terutama di tasik sekitar Jenderam. Ada burung2 menarik untuk diperhati.
Profail berbukit di ladang sawit dan Kg Bahagia, rata di Jenderam dan berbukit di Sg Merab.
Peta kayuhan yang mengambil masa lebih kurang 2.5jam.

Hari Ahad aku berkayuh di trek teknikal Presint 5. Menggunakan pedal biasa (bukan jenis klip) memudahkan kayuhan. Sebelum ini (menggunakan pedal klip), aku kena tolak basikal kerana tidak yakin, takut jatuh. Tapi kali ini aku hanya turun basikal sekali sahaja semasa menurun (downhill) iaitu di kawasan batu-batan. Tidak ramai orang kali ini, mungkin ramai yang bercuti balik kampung.

Hari Isnin aku berkayuh di FRIM, kebetulan isteri ingin mencari pokok2 di Sg. Buluh. Profail bukit Steroid. Treknya tidak teknikal tetapi pendakian kira mencabar juga. Trek EX5.5 cukup selesa semasa pendakian. Gearnya mencukupi. Dengan kelajuan 1.2km/jam, basikal masih boleh diimbangi.
Tak kayuh lama hanya 1.5jam sahaja, kesian kat isteri tunggu lama pulak.
Pemandangan dari salah satu puncak bukit FRIM. Bukit digondol mungkin untuk projek baru. Penggunaan racun rumpai agak berleluasa di kawasan penanaman poko baru. Penggunaan racun rumpai banyak menghakis tanah dan tidak mesra alam. Tapi itulah kaedah orang zaman sekarang yang semakin malas untuk mengeluarkan lebih peluh.
Pandangan puncak. Jika diikut peta lama, kat sini ditanda sebagai 'Mango tree'. Tapi hari ini tak nampak pun pokoknya.
Inilah trek baru aku diletakkan atas bumbung van. Bukan senang nak menaikkan basikal ke atas bumbung dan menurunkannya. Kena bawa bangku. Kena hati2 dengan ketinggian. Tinggi van+ basikal ialah 3m.

Kepada rakan basikal jalan aku mohon maaf kerana lama dah tak ikut anda semua berkayuh. Aku masih fobia untuk berkayuh di jalan sibuk. Sejak tahun 2003 aku berkayuh, 3 kali aku digesel kereta. Kali pertama oleh lori Utusan, digesel kat handel, nasib tangan agak ke dalam jadi selamat dari geselan. Kali ke 2 aku terkejut juga dilanggar dari belakang oleh pemandu wanita. Kali ke 3 pula digesel. Cermin pembalik tepi sebelah kiri kereta proton saga baru terpelanting kena handel aku. Ini paling mengejutkan sebab badan kereta mengenai seluar aku. Bagaimanapun alhamdulillah semuanya selamat tiada apa-apa kecederaan. Aku jadi serba salah bila berkayuh di jalan sibuk. Nak ke tengah jalan, takut dilanggar dari belakang. Nak ke tepi walaupun di luar garis putih pula takut di gesel. Laluan dari Bangi ke PD atau ke Bagan Lalang sudah semakin sibuk sekarang, terlalu banyak kereta dan kebanyakan pemandu semuanya tak sabar, semua nak cepat.

6 comments:

Unknown said...

Salam, terimakasih atas panduan ke Spain tempohari, banyak manfaatnya.

abuomar said...

salam,
sama2, tentu seronok pergi spain. negara maju seronok berjalan, banyak yang menarik. cuma duit je lah.

Doc said...

Bab2 kena gesel ni memang menyeramkan. Saya dah lama pencen basikal (road & mtb), sekarang disebabkan berat badan dah naik, beli balik mtb utk kayuh disekitar rumah. Pernah jumpa saudara di Elmina dulu.

abuomar said...

Salam Doc,
Masih berkayuh lagi? Bagus tu. Jika rasa tak selamat di jalan, kita main off-road.

Doc said...

salam,
Baru mula balik, jadi terpaksalah kembali ke petak pertama semula. Tu pun kayuh mtb kat road dulu sebab fitness dah out. Seronok tengok tuan dapat istiqamah dalam berbasikal.

abuomar said...

Saya dah masuk kategori ketagih. Kalau tak kayuh rasa tak sedap, macam sesuatu yang kurang.