Monday, March 23, 2009

Gunung Tebu

Khamis 19/3 aku bercuti balik kampung untuk menghadiri kenduri aqiqah menyambut kelahiran anak saudara. Tiba di kampung, jiran depan rumah ayah pula jemput makan kenduri kahwin anaknya.
Lepas sembahyang jumaat, majlis cukur jambul dijalankan, diikuti dengan selawat ke atas Nabi saw. Lebih dua hari berturut-turut makan daging dan kambing. Di Kelantan bulan Rabiul awal (juga dikenali bulan Maulud), kenduri dan program selawat cukup meriah.

Sabtu 21/3 aku berkesempatan mendaki sebahagian jejak ke Gunung Tebu, Lata Belatan, Jabi. Yang menariknya sungai Lata Belatan ni cukup jernih airnya hingga nampak ke dasar. Di tempat yang agak dalam, airnya kelihatan berwarna kehijauan. Airnya sejuk dan menyegarkan. Selain itu dalam hutan akan kedengaran riuh sekali bunyi riang2, iaitu binatang yang sama terdapat di pulau Manukan, Sabah. Mungkin kehadiran binatang ini ada kaitan dengan pencemaran. Di kawasan yang agak tercemar seperti gunung Nuang, Angsi bunyi ini tiada kedengaran. Aku bersama adik ipar dan anak2 saudara hanya sempat mendaki sehingga 3.5km sahaja. Untuk sampai ke puncak perlu mendaki sejauh 7km.
Adik ipar Nik Khairul dan anak Nik Najmi dan Nik Naim. Tak boleh lama-lama kerana Najmi kena masuk asrama petangnya.
Banyak pokok-pokok balak di sini.

Hanya sampai di sini saja kami sempat sampai. Ada 4.5km lagi untuk ke puncak. InsyaAllah lain kali kami datang lagi.
Laluan jejak di sini, bersih, kering berpasir dan tak ada pacat.

Air sungai yang cukup jernih.



Jeram di sini ada tempat yang bahaya untuk mandi. Khabar 2 budak telah mati lemas di sini tersangkut dalam terowong air bawah batu. Kena-kena hati, pihak Renjer ada meletakkan tanda amaran larangan mandi.
Profail mendaki dan menurun sebahagian gunung tebu.
Peta ke Gunung Tebu yang berhampiran pekan Jabi.
Pagi Ahad 22/3 sebelum bertolak ke Kuala Terengganu aku sempat berkayuh ke Jeram Linang melalui jalan kampung dan batas taliair. Basikal cukup baik untuk mengembara seluruh pelusok kampung, asalkan ada masa.

6 comments:

zulhassan said...

tak bawa balik tongkat ali ke bang?

kat G,tebu tongkat ali berlambak janji rajin cari mesti dapat. Walaupun tak pernah pergi tapi member yang pergi bila balik mesti bawa balik kayu tu.

abuomar said...

salam,
mungkin lah kot. tapi saya ni buta tentang nama-nama pokok.
sekali lagi tahniahlah kerana telah berjaya mendapat title ironman. bukan senang tu. tengok badan hitam solid.

Wan A. Hadi (one.D) said...

Salam,

Kawe kena gi tempat ni. June nanti nak amik cuti panjang sekali lagi. Minta tracklog.

t.kasih

abuomar said...

salam,
nanti kawe e-mailkan tracklog. paling tidak mandi kat lata belatan, airnya bersih dan segar.

dintahan said...

Memang menarik...teringat pengalaman semasa mendaki pada tahun 1992...airnya masih tak berubah cantik dan nyaman...sejuk terutama di atas puncak..

abuomar said...

Terima kasih komen. Saya belum sampai puncak lagi. Berapa jam boleh tiba di puncak?