Tuesday, September 9, 2008

Kedutaan Pakistan

Semalam aku ke kedutaan Pakistan, Jalan Ampang (tak jauh dari KLCC) untuk mendapatkan visa. Aku kena pergi Pakistan pada 4/10/08 nanti untuk tempoh seminggu. Nasib baik jugalah ada kawan sepejabat Suhairy ikut sama. Agak risau juga nak pergi, memandangkan politik Pakistan masih belum stabil. Seronok pun ada. Kami pergi atas biaya Bangsa-Bangsa Bersatu. Bagaimanapun kena tunggu 'security clearance' dari Bangsa-Bangsa Bersatu.
Kedutaan Pakistan cukup mesra dengan pemegang paspot Malaysia. Mereka dahulukan kami sebagai tetamu mereka. Mudah untuk mendapat visa, ada paspot sah untuk lebih 6 bulan, isi borang, gambar 2 keping, surat sokongan/jemputan, bayar RM50. Mohon pagi, petang dah boleh ambik.

Nota: Rancangan ke Pakistan terpaksa ditangguhkan ke suatu masa yang tidak pasti selepas kejadian letupan bom di hotel Marriot, Islamabad tempoh hari.

9 comments:

Wan A. Hadi (one.D) said...

Waaah.. tuan terbang lagi nampaknya. Kalini sebagai expert ke?

Saya perhatikan diPakistan masih ramai lagi yg pakai "basikal unta". Boleh lah tuan cuba2, tapi hati2 sikit. Maklumlah tidak sama nge tempat kita.

was-salam

Anonymous said...

Nak kata pakar tu tak lah sangat, lebih kepada pertukaran saintis. Mereka dapat projek bantuan IAEA. Hari tu mereka melawat makmal kami dan suka dengan projek suhairy iaitu pengimbas ultrasonik. Tu dia panggil, kawe ni kira teman suhairy dan cerita hal-hal umum ultrasonik, suhairy lah yg lebih terperinci. Lepas tu hujung bulan 10 mereka mari sini pulak. Demo ada peta GPS Pakistan ke, Islambad?.
G

Wan A. Hadi (one.D) said...

Mapset seluruh dunia boleh di download dari URL berikut:

http://garminmapsearch.com/?l=ms

selepas itu tuan boleh cantum semua mapset untuk dijadikan gmapsupp.img [yang boleh dibaca oleh Garmin GPS set seperti 60csx] menggunakan software "img2GPS" yang boleh didownload dari malsingmap forum di:

http://www.malsingmaps.com/wiki/index.php/Using_IMG2GPS

selamat mencuba

Anonymous said...

terima kasih uncle D
G

Wan A. Hadi (one.D) said...

G,
Kalau nak attend 'tutorial' lagu mana nak buat gmapsupp.img fail untuk kegunaan GPS Garmin dari mapset bulihlah dtg opis kawe esok. Bila2 masa tapi phone dulu lah.

abuomar said...

D,
maaf baru buka pagi ni. kawe posa tahun ni agak letih sikit tak tau kenapa, adakah iman sudah menurun, atau kurang gatih atau usia sudah lanjut. masa terawih ngantuk balik rumah tidur awal. komputer kat rumah tak buka kecuali hari minggu.
terima kasih atas pelawaan D untuk bagi tutorial. nanti kawe telefon dulu bila nak gi.

abuomar said...

D,
Terima kasih banyak atas tutorial yang diberikan tengahari tadi. Banyak kawe belajar dari demo ttg GPS.

mohdhaslanr said...

salam
wahh pakistan..Pakistan di area mana tu?
kalau ada masa jgn lupa pergi melawat murree hill (lebih kurang sejam drive dari Islamabad) atau mangla dam (lebih kurang 3 jam drive dari Islamabad) kalau tak sempat ke tempat tersebut cuba lah ke Masjid Faisal .. masjid yg cantik terletak di kaki bukit .. bukit ini (lupa dah namanya) pun agak cantik utk di lawati .. jgn lupa jalan jalan ke Rawalphindi, bandar kembar Islamabad lebih kurang 30 minit drive je
peta islamabad atau pakistan boleh di beli di sebuah kedai buku Syed BookStore di Islamabad..di situ macam macam buku boelh di beli
wasalam

abuomar said...

salam mohdhaslan,
terima kasih atas komen. saya akan ke Islamabad. insyaAllah saya akan tanya hos di Pakistan, kalau ada peluang saya akan melawat ke tempat yang dinyatakan. yang peliknya saya dah puas cari peta lengkap GPS Islamabad melalui internet tapi belum jumpa.