Bagi acara renang aku berada pada kedudukan 68, basikal no. 112 dan berlari no. 96. Kedudukan keseluruhan ialah 103. Jumlah penyertaan ialah 121 orang.
Isnin B45 R60 - Gatih gi-kelik ofis
Malam gi bereney kat presint 16. Asalnya nak bereney di presint 6 tapi kolam ditutup hari ini dan besuk. Untuk memenuhi rancangan latihan terpaksa jugalah bereney di kolam presint 16. Tak seronok bereney di sini, kolam kecik dan ramai orang, lampu pun malap tak jelas laluan (mungkin sesuai untuk berasmara dana), asyik nak berlanggar saja.
Selasa B45R40L60 - gatih gi-kelik ofis, petang bereney di UKM dan malam berjalan laju dengan langkah pendek selama 1 jam bersama isteri.
Rabu L60 -hungga sekitar rumah
Dunia idea, pemikiran dan cadangan lebih luas daripada sempadan daerah kepartian. Mengapakah mereka selalu berfikir, jika awak tidak menyertai kami, bererti awak menentang kami? Pemikiran sebeginilah yang diamalkan oleh pemerintah-pemerintah yang kejam sepanjang sejarah. Lalu ramai yang hukum tanpa dosa yang dilakukan. Sama seperti golongan jumud di negara ini yang menuduh sesiapa yang tidak beramal cara melayu, maka dia wahabi. Walaupun yang dituduh itu tidak tahu pun apa itu wahabi. Memfardukan kesempitan akal kita ke atas orang lain adalah kezaliman, dan bertindak atas kesempitan itu adalah kekejaman (Mufti Perlis)
Khamis 28 J'akhir - Rehat
Jumaat R30L60 - hungga sekitar rumah, malam bereney di UNITEN (200, 2x500, 2x100).
Sabtu - Awal pagi berkereta (RM220 petrol + RM63.40 tol) ke Kenyir Lake Resort (RM210 harga tawaran, harga biasa RM280) bersama isteri dan 2 anak dan mendaftar triathlon (RM60). Rancangan awal nak menginap di Kuala Berang tetapi rumah rehat kerajaan tak dijumpai dan tak dapat dihubungi, talipon tak berjawab.
Ikan cantik di kolam depan lobi hotel
'Carbo loading dinner' - semuanya kelaparan menunggu makanan. Makanan semuanya sedap. Agak ramai peserta tahun ni sekitar 300 berbanding tahun lepas hanya 150 orang.Ahad R36B106L75 - Kali pertama bertriathlon di Kenyir, nak merasa bereney di empangan kenyir yang jernih airnya. Tapi tak sejernih air di Pulau Kapas dan Desaru. Jarak penglihatan sekitar 1m sahaja.
Dahlah tu tertinggal helmet. Tu beli helmet kat Kuala Berang, besar dan berat. Masa diambil untuk berbasikal (termasuk menolak) ialah 106 min.
Laluan basikal - pergi balik 38.6km
Bereney 2 pusingan 1.5km dan berlari 2 pusingan (garis kuning) 8km.Jumlah R166 B196 L255=10.28 (sasaran 9.58).
Ucapan terima kasih kepada Omar yang mengambil gambar dan anak isteri yang memberi sokongan dan bantuan.
















Ucapan Penutup oleh Pengerusi Panel, YBhg Datuk Dr. Daud Mohamad, Ketua Pengarah Nuklear Malaysia.
Jumaat B (30) R (40). Selepas pulang dari Pan Pacific, KLIA aku rehat dengan tidur sepuasnya lepas solat Jumaat sehingga Asar. Lepas asar berkayuh ke UKM untuk berenang. Renang - 1 x100, 3x500 dan 1x100. Terasa lega sikit dapat berkayuh di luar dan berenang di kolam jarak olimpik.
Sabtu L 60 B90. Berjalan 40 min lari 20min di Stadium Bangi bersama isteri. Kayuh ke Taman Universiti dengan anak (Omar).


