Sunday, August 12, 2007

Kayuhan ke Puncak Genting (bahagian akhir)

Alhamdulillah hari ini tercapai juga hasrat kami untuk kayuh ke puncak genting dengan selamat. Semuanya 7 orang yang ikut serta, terima kasih atas kesediaan untuk kayuh bersama. Mereka ialah Faizal, Nasuha, Yahya, Jack, Amir dan Zali. Selepas sarapan dan buang air, kami mula kayuh dari Genting Sempah lebih kurang jam 0845.
Peta laluan ke Genting Highland
Profil ketinggian dari Genting Sempah ke Goh Tong Jaya. Agak mencabar juga di permulaan.
Faizal, Nasuha, Zali, Jack, Yahaya dan aku sampai ke Goh Tong Jaya. Kami tiba di Goh Tong disambut hujan renyai dan jalan mungkin agak licin. Agak malang bagi Amir, beliau terjatuh semasa mendaki dan beliau berhasrat juga untuk meneruskan tapi kawan menasihatkan agar beliau berpatah balik. Khabarnya tiada kecederaan serius, cuma mungkin sakit belakang atau pinggang yang memerlukan urutan tradisi.


Hanya Faizal, Nasuha dan aku meneruskan kayuhan. Lebihkurang 1.5km sebelum puncak, kami berhenti sekejap kerana tayar depan basikal Faizal bocor tercocok serpihan kaca.

1.5km terakhir sebelum puncak, kayuhan agak mencabar kerana jalan lebih curam, aku banyak guna teknik S untuk meringankan kayuhan. Kadang2 susah juga sebab banyak kereta. Hampir setiap 5 saat ada sahaja kereta/bas yang lalu. Bunyi deruman kadang2 menggusarkan takut mereka tergesel dengan kami yang sudah kepenatan mengayuh.
Kami sampai ke puncak iaitu depan Resort hotel dan berehat sekejap sambil makan buah kurma dan tin bersama air kosong. Mahal air kat sini sebotol 1.5 liter berharga RM4.50. Ada jurugambar berminat mengambil gambar GPS aku. Ramai mat motor (superbike) melepak kat sini. Biasalah mereka akan hisap rokok dengan kopi atau teh tarik, berbeza dengan kami yang hanya minum air kosong dan makan buah-buahan.

Faizal dan Nasuha beraksi dengan latar belakang kereta kabel dan kabus tebal.

Menuruni Genting dengan kelajuan purata 20km/jam. Aku tak berani laju walaupun agak boleh menang dengan kelajuan kereta pada kebanyakan selekoh. Banyak brek digunakan.
Data-data kayuhan
Jarak dari Genting Sempah ke Goh Tong ialah 10.7km, kelajuan kayuhanku 7km/jam, masa diambil 1.5jam
Jarak dari Goh Tong ke Puncak ialah 9.2km (7.8km+1.4km), kelajuan kayuhanku 6km/jam + (3km/jam), masa 1.75jam (1.25jam + 28minit).
Kelajuan minimum: 3km/jam
Kelajuan maksimum: >40km/jam.
Jarak pergi-balik: 40km.
Kedudukan keseluruhan: No. 1 -Faizal, No. 2 - Nasuha dan aku dapat no.3. Mungkin 3 orang ini saja yang berkayuh ke puncak genting hari ini.

8 comments:

Anonymous said...

tanks doc rescue bg pinjam tube kat saya...pasne kita g gng dato plak utk edisi sblm puasa..

Anonymous said...

Laa matta tak bawak tiub ke, ne mesti nak kasi ringan beskal untuk
climb genting highland hahaha,
Lain kali buat persediaan dengan secukupnya.Cuba tengok Pauzi dia
siap bawak complete set untuk berkayuh.Walaubagaimana pun well done you all guy's sebab dah tawan
genting highland.

Anonymous said...

bukan x bwk tiub la bro...tp tiub yg bwk tu pecah sbb lama x guna.hehehhe

Chief Kutu said...

Dr Atomicman,
Mengucap tahniah kepada semua kerana dapat "menawan" Genting !
Memang mencabar but great satisfaction bila sampai ke atas...

Panther

abuomar said...

tima kasih atas komen semua. mmg satu kepuasan n keseronokan bila sampai ke puncak. terdapat kesakitan sementara pada pinggang n belakang semasa buat pendakian. tapi yang penting aku boleh bongkok belakang sehingga boleh menyentuh hujung kaki selepas kayuh ke puncak genting. badan terasa lebih lembut dan kenyal.

abuomar said...

Panther,
Kita cadang lepas raya nanti nak mendaki sekali lagi ke puncak genting. Nak jadikan genting sebagai destinasi terpilih.

yipwt said...

wow...what a climb up! Impressive feat...

abuomar said...

thank you. my first climb to Genting was in 2003 from batang kali. i used mtb at that time. you can start with mtb if u are not confidence on ur strength. it is safer but a bit slow.