Laporan akhbar Utusan
Ahad 17/6/07 - Penganjur Triathlon Malaysia menjemput semua peminat sukan ini untuk menyertai raptai ini secara percuma. Aku tidak melepaskan peluang ini untuk berenang di laut sambil diawasi penganjur. Terima kasih diucapkan. Aku hanya buat dua acara iaitu berenang sejauh 1.5km dan berbasikal 40km. Kali ini kami berenang bermula di luar kawasan jeti Marina dan memasuki jeti dan keluar balik. Semasa berenang di laut terbuka ombak agak kuat dan agak susah untuk berenang dan hampir tertelan air masin pada peringkat permulaan. Walaupun ianya hanya raptai tapi mendapat liputan TV3, NTV7 dan Utusan.
2 comments:
Masuk Tri PD tahun ni? Wahh, tabik la.
Saya ada angan2/cita2 nak masuk Tri tapi kena tunggu dulu. Tahun ni belum ada kemampuan lagi.
Cuba lihat website ni. Very informative:
http://runtri.blogspot.com/2007/05/how-to-train-for-triathlon-your-first.html
Sebenarnya saya telah mula masuk triathlon pada tahun 2005 iaitu di PD dan Desaru. Masuk tu buat jarak 'sprint' saja. Tahun 2006 saya tak masuk kerana ada program lain tapi raptai kat PD saya pi 2x. Cadang tahun ni nak masuk PD tapi tarikh 22 Julai tak sesuai bagi saya kali ini. InsyaAllah tahun depan masuk. Nak ikut kategori lebih 50th. Nak ke Desaru atau lain tempat rasanya agak susah, sebabnya masa dan duit agak terhad. Terima kasih atas maklumat.
Post a Comment