Ahad 3/6/07 - Minggu ini aku tak dapat kayuh basikal, kena balik kampung untuk majlis aqiqah. Sekarang ini musim cuti sekolah dan ramai yang mengambil peluang untuk buat bermacam-macam kenduri, kenduri kahwin, aqiqah, solat hajat dan sebagainya. Di Kelantan suasana cuti sekolah agak meriah, jalan-jalan sibuk, khabarnya di Kota Baru jalan-jalan semuanya sesak dengan kenderaan. Ramai yang mampu beli kereta. Penoreh pun pergi menoreh dengan proton Saga.
Di Kelantan, kenduri aqiqah dimulakan dengan program mencukur jambul, bacaan selawat, doa dan tahlil dan seterusnya makan gulai kambing. Gulai kambing di Kelantan sedap kerana adanya buah Ara yang dimasukkan dalam gulai kari kambing. Sekarang buah Ara masih ada. Kali ini kami impot dari Gua Musang. Pokok ini biasanya tumbuh kat tepi sungai.
Dua ekor kambing jantan yang cukup umur dilapah untuk tujuan kenduri aqiqah. Antara teknik melapah yang saya pelajari kali ini ialah menggunakan pam basikal bagi memudahkan penanggalan kulit.
Semasa balik kampung aku sempat berehat di tepi Jeram Besu (tak jauh dari Kuala Lipis) bagi menghilang mengantuk.
Kali ini aku balik kampung dengan motosikal, Naza Blade 250cc. Gambar atas ni ialah pemandangan di Bukit 7. Aku berehat seketika dan buat regangan bagi menghilangkan mengantuk. Kopi jantan dikatakan baik untuk menghilang. Aku telah cuba dan ianya nampak berkesan.
No comments:
Post a Comment