Monday, October 8, 2018

Perhentian Island Challenge 2018

6 Okt 2018 telah berlangsungnya acara renang air terbuka (OWS) di Pulau Perhentian Besar anjuran Swimon bagi siri ke-5. Ada 2 acara iaitu 16km pusing pulau dan 4km dari Teluk Pauh ke Pantai Penyu (pergi-balik). Aku hanya mampu untuk 4km sahaja.

Alhamdulillah berjaya menamatkan renangan dalam masa 1 jam 30 minit. Menjadi juara bagi kategori umur 60 tahun dan ke atas. Tak sangka aku menjadi juara pada usia 61 tahun.

Mungkin eluk juga aku kongsi pengalaman renang ku. Aku mula renang ketika masih kecil mungkin sekitar umur 6 tahun lagi. Tanpa belajar dengan sesiapa, sekadar mandi lubuk bersama rakan-rakan sebaya. Semasa kecil hampir setiap hari aku ke lubuk tak jauh dari rumah. Lubuk tersebut nama Lubuk Dalam. Memang ada tempat agak dalam. Kami menyelam ke dalam lubuk (sekarang orang panggil free diving) untuk mengambil tanah liat buat mainan burung seruling/serunai. Banyak patung tanah liat yang dihasilkan. Ada ketika ayah ambil tanah liat yang aku kumpul untuk buat tayammum. Kami juga main terjun dari jambatan (gertak). Semuanya tiru kawan-kawan. Ada kawan-kawan yang hebat terjun dari dahan pokok getah yang agak tinggi tapi aku tak berani menirunya. Kami juga main kejar-kejar. Kepada yang lemah kesian jugak terpaksa mengejar untuk tempoh yang agak lama. Untuk mengelak dari dikesan kadang2 kami keruhkan air. Masa tu tiada goggle. Melihat terus dalam air. Lepas main air semua mata merah2. Teknik renang kampung walaupun tak laju tetapi water confidence sudah ada. Antara nama2 renang kampung ialah renang katak, renang itik dan gaya bebas.

Aku meminati renang semula setelah agak tua (umur 40an). Semasa berkursus seminggu ISO 9001 pada tahun 1999 di Port Dickson, aku sempat belajar beberapa tip renang moden dengan penceramah yang juga seorang  juru terbang dari New Zealand. Dia beritau berenang kayuh tangan satu persatu. Dia suruh beli video renang dan belajar dari situ. Video pertama aku beli ialah dalam bahasa China yang mengejar semua teknik kuak dada, lentang, gaya bebas dan kupu2. Tapi aku lebih meminati gaya bebas. Kira-kira 6 bulan juga aku tengok dan kaji video tersebut. Seterusnya ada kawan basikal (Rashin) yang tertengok video teknik Total Immersion lalu dimaklumkan kepadaku. Aku cuba menirunya.

Pada tahun 2008 merupakan renang air terbuka Kapas-Marang pertama aku buat melalui latihan sendiri. Masa tu agak takut-takut, cukupkah latihan. Tanya Mr Chan cukup ke latihan 3km di kolam untuk renang laut 6.5km. Dia kata cukup. Aku pun tawakkal dan masa tu air laut pun jernih dan kebetulan dapat renang bersama satu kumpulan yang hampir sama kelajuan. Alhamdulillah masa agak baik 2jam 45 min.

Yang paling terkini ialah teknik Adam Walker yang diberitau oleh Cikgu Bazli (guru renang). Aku perhati video pendeknya yang membandingkan teknik biasa flat dengan hip rotation.

Untuk cabaran Perhentian, aku telah berlatih bersama Armee/Hairul (perenang Selat Melaka). Sebulan sebelum cabaran Perhentian beliau mengajak berenang kolam jarak jauh sekali seminggu. Minggu pertama kami buat 4km, kedua 5km dan ketiga 3km. Alhamdulillah latihan begini telah meningkatkan keupayaan kami. Kami tidak suka teknik drill.


Berikut ialah pencapaian bagi tahun 2018,

Acara Kedudukan
1st Port Dickson 2
2nd Putrajaya 4
3rd Port Dickson 3
4th Bukit Merah 3
5th Perhentian 1

Bersama Saiful dan Izam
Rekod jam Apple 3
Bersama Armee (Hairul) rakan latihan
Masa resmi

1 comment:

Ray Norman said...

A powerful share, I just given this onto a colleague who was doing somewhat evaluation on this. And he in truth bought me breakfast as a result of I found it for him.. smile. So let me reword that: Thnx for the deal with! However yeah Thnkx for spending the time to discuss this, I really feel strongly about it and love studying extra on this topic. If potential, as you turn into expertise, would you mind updating your weblog with extra details? It's highly useful for me. Large thumb up for this weblog put up! mgm online casino