Sunday, November 3, 2013

Nusajaya Triathlon

Bagi kategori veteran, peserta mula dilepaskan pada 0939. Aku mula kayuh 1016 dan berlari 1158 dan tamat pada sekitar 1315. Renang + transisi sekitar 35 min. Berkayuh 1 jam 42 min dan berlari 1 jam 13 min. Itulah masa terbaik aku mampu buat 3 jam 36 min. Rasanya aku menduduki tempat ke 4 (terakhir bagi kategori 55+). Masa renang dapat no. 2, kayuh no.3 dan lari no. 4. Susah nak kalahkan 3 peserta veteran ni, semuanya badan dengan BMI yang cukup baik. Rasanya berat badan memberi kesan besar.



3 comments:

Joe Radzif said...

No.4 tu dah kira podium tu bang...

tahniah

abuomar said...

Tak, podium 1-3 saja. Peserta kategori saya 55+ hanya 4 orang saja.

abuomar said...

Kali ini semasa berlari terasa cukup penat. Panas terik separuh laluan tanpa pokok, berlari atas jalan tar. Semasa latihan saya biasa mulakan lari awal pagi, diikuti kayuh dan akhir sekali renang. Renang tengah panas taklah sesiksa berlari tengah panas.