Sunday, July 24, 2011

Triathlon PD 2011


Mula renang 0751, tamat renang 0822. Pelepasan dibuat secara berperingkat. Dimulakan dengan 1000 (0735) diikuti setiap 5 min 2000+(0740), 3000+(0745) dan akhir sekali 4000+(0750). Aku dilepaskan bersama orang-orang tua (50+) dan wanita serta 'relay'. Nombor 4026. Tahun ini jarak renang sebenar agak pendek, sekitar 200m lebih pendek dari biasa kerana air laut surut.
Mula berkayuh, ambil masa 7 min pakai baju, seluar, stokin dan kasut.
Cuba kawal tenaga semasa kayuh. Banyak cucuk angin orang muda.
Tamat kayuh 0947. Walaupun dah cuba simpan tenaga masa renang dan kayuh, tapi bila lari entah kenapa aku cukup lemah, ada ketika kena jalan jugak, tak ada tenaga. Banyak tenaga digunakan untuk angkat dan hayun kaki.
Tamat jam 1103. Catatan masa penganjur ialah 3 jam 24 min (rasanya jam ini diset masa pelepasan pertama. Catatan masa aku ialah 3 jam 12 min. Pencapaian lebih baik dari ATM. Bagaiamanapun masa berlari terpaksa berjalan juga.

6 comments:

Mat_Yoe said...

Salam...

Tahniah kepada abg zi dapat finish race. kalau saya masuk mungkin habis renang terus flat-out takde nak gatih, stamina takde... :)

abuomar said...

Waalaikum mussalam,
Terima kasih. Lepas renang masih OK, banyak guna tangan, kaki simpan untuk kayuh dan lari. Kayuh pun OK, banyak cucuk angin orang muda. Tapi paling tak larat ialah masa lari. Tak larat nak angkat kaki. Kadang2 jalan jah.

Suzie said...

a'kum doc abuomar. tahniah sbb dpt habiskn tri pd 2011.

20 july 8:10pg motor sy terbalik di highway mex. kaki kanan sy kena hempap dgn sy punya sport bike.

21 july 5:00 ptg kaki kiri sy dah disimen. fibula kiri fractured.

mc dari 20~28 july. 23 & 24 julai hr tu tak hadir renang di pd

1. sy dah survey helmet basikal paling murah. harganya lebih kurang rm240 di bandar utama. soalan sy adalah helmet perlu beli ikut saiz ke atau lazimnya one size fits all?

2. sy nk tny doc ada tak basikal 2nd hand yg nk dijual dgn harga yg sy mampu beli? insyaallah dlm ms lepas raya.

3. sy dah survey acara2 tri lain di sekitar lembah klang.
a. tri pd
b. tri atm di tj keling
c. tri afamosa di ayer keroh (not every year)
d. tri tmn tasik titiwangsa (not every year)

btw acara lain selepas ini (not tri) antaranya adalah putrajaya night marathon (ada 42, 21 & 10 km) & kliuc run. sy browse di atmtriathlon.com

ini sy guna id bini sy. waiting a favourable reply from you tq doc abuomar. rgds 019-276-5277

abuomar said...

Waalaikum mussalam,
terima kasih. simpati atas kemalangan sdr.
1- helmet mmg ada saiz S, M, L. sy pakai saiz L jenis Giro, murah je sekitar RM100++.
2- ada, cuba cari kat bicycle buy & sell, sy pakai basikal proton - dulu ada jualan murah tapi skrg rasanya dah tak ada. antara jenama yg sy suka ialah trek, cannondale, giant.
3- 24 sep ada desaru triathlon. sy tak ikut rasanya sy rancang nak masuk Langkawi international MTB bulan 10 nanti.
4- tinggal kat mana? sy di Bangi. hp: 0193800155

azlinawati aka ben said...

tahniah...sy pun belum tentu mampu buat mcm doc..hehehe

abuomar said...

orang kuat lari mesti boleh. nak menang mungkin kena banyak latihan.