Sunday, March 20, 2011

Tomsk, Siberia

Minggu lepas (14-18 April) aku berpeluang melawat Tomsk Polytechnic University di Siberia. Suhu di sana sekitar -10C cukup melemahkan. Bagi penduduk Tomsk tahun ini musim sejuk yang terpanas. Tahun-tahun sebelumnya suhu ialah -40C. Pakaianku yang tidak begitu sesuai dengan cuaca bersalji menghadkan pergerakan aku. Jika joging aku hanya boleh bertahan 30 min sahaja di luar, jika tidak 20 min pun sudah menyeksakan. Sepanjang seminggu aku hanya nampak 2 orang menunggang basikal dengan tayar berbunga tebal. Tak sempat nak ambil gambar kerana hendak mengeluarkn kamera dari poket pun mengambil masa. Khabarnya agak bahaya menunggang basikal atas jalan bersalji.
Peta Tomsk sekitar tempat penginapan (TPU hostel) yang boleh dicapai melalui jalan kaki
Makanan halal (restoran Uzbek) dengan harga RM60 di lapangan terbang Domodedovo, Moscow
Restoran Uzbek di Tomsk. Dengan harga di atas kita boleh makan 5 orang di restoran ini. Jadi kalau ke Tomsk inilah tempat makan halal yang murah. Satu lagi restoran Habibi.
Surau di lapangan terbang Moscow yang tak dibuka pun. Kami sembahyang depan pintu (aman tiada orang lalu lalang)
Masjid Putih di Tomsk dibina pada tahun 1914.
Masjid Merah di Tomsk
Rumah kayu senget depan masjid Putih
Bangunan Institut NDT
Dataran Peringatan Perang 1941-1945
Kucing Russia rumah Prof. Vavilov
Dataran Lenin
Ukiran duit 1 ruble (= RM0.1) di Dataran Lenin
Ukiran bangunan kayu semacam bangunan lama di Terengganu
Lapangan terbang Dubai ialah tempat transit utama bagi penerbangan Timur-Barat. Aku beli minyak wangi Arab (Oud dan Misk), buah kurma, kopi Arab dan kacang2. Barang lain nampaknya tiada yang lebih murah dari Malaysia. Laluan kami ke Tomsk ialah KL-Dubai-Moscow-Tomsk agak jauh (16 jam terbang). Khabarnya jika ikut Beijing boleh jimat 8 jam.

5 comments:

Biking said...

Dear Webmaster,

I came across your blog recently. I wanted to ask if you would please consider placing a link to my website called Biking.com?  

It is a resource for anything and everything bicycling, cycling and trail riding.

If you think it would be of use to your visitors, would you please consider adding a link to my website on your page.

http://www.biking.com Biking.com - the complete biking resource.

Please let me know if you have any questions.

Thanks!

Harry Roger
Biking.com
www.biking.com
harry.roger10@gmail.com

apis said...

assalamualaikum. saya hafiz nak minta nasihat dari encik. saya ada dapat tawaran untuk menjalankn aktiviti di tomsk pada 1.8.2012.. boleh tak saya nak mintak nasihat daripada encik berkenaan dengan suasana disana ataupun ape2 yang berkenaan di tomsk... terima kasih

ni adalah emel saya : hafiz.utm@gmail.com

abuomar said...

Waalaikum mussalam,
Di sana cuaca sentiasa sejuk, suhu di bawah tahap beku. Ramai juga orang Islam di sana, tapi kebanyakan mereka tidak boleh berbahasa Inggeris.

apis said...

kalau macam tu, makanan halal senang dapat lah ..untuk flight ke sana laluan mana yang paling murah?

abuomar said...

InsyaAllah ramai muslim di sana. Sy tak pasti laluan paling murah, kena buat carian internet. Dulu sy ikut laluan jauh. Ke Moscow kemudian ke timur semula ke Tomsk. Mungkin jika melalui China lebih dekat.