
Main wau adalah antara permainan utama di musim panas selepas musim menuai. Setiap tahun akan ada pertandingan wau di Kelantan. Kadang-kadang kita membiarkan wau terus melayang di awan tinggi dari petang hingga pagi. Jika tak bernasib baik wau jatuh dan tersangkut di pokok.
Sekarang nak main wau pun agak susah, tidak ada padang. Antara tempat yang berdekatan rumahku ialah di Putrajaya (Presint 2 dan 4) dan Dataran Nilai. Tempat agak luas dan berangin.
1 comment:
Salam, nak tanya. Mana nak dapatkan wau yang mcmni ye?
Post a Comment