Saturday, May 29, 2010

Kayuhan cuti Hari Wesak

Hari wesak (Jumaat)
Hanya berkayuh di sekitar UKM, masuk ladang sawit sementara menunggu kolam dibuka. Tak banyak latihan hari ini (kayuh dan berenang sekejap), walaupun jalan agak lengang terasa rugi pulak tak kayuh basikal jalan. Tapi hari ini cuaca agak panas. Tak selesa nak berenang lama.

Sabtu
Kayuh di Bukit Kiara. Lama tak kayuh di Kiara terasa tidak yakin dan cukup penat. Entahlah mungkin dah semakin berumur. Rasanya kena kembalikan stamina melalui kayuhan basikal jalan di kawasan berbukit. Genting Peras, Sempah pun dah lama tak pergi. Daki gunung pun lama tak buat. Itulah sebabnya penat semacam sehingga rasa tegang urat belakang lutut.

Profail kayuhan di Kiara walaupun pendek, laluan teknikal begini cukup memenatkan.

Ahad

Awal pagi hujan agak lebat. Haji Yazid sms supaya kayuhan dibatalkan. Bagaimanapun Bazli ingin teruskan juga selepas hujan reda. Katanya cuti begini susah nak dapat. Pada saya hujan tak ada masaalah asalkan tak ada kilat petir. Aku memang suka main hujan. Dengan basikal gunung tidak menjadi masaalah. Kalau basikal jalan, tayarnya agak nipis dan senang bocor bila jalan basah.Profail kayuhan pagi ini agak menarik, mendaki bukit dan menyusur tepi sungai.

Sunday, May 16, 2010

Denai Sg Long

Pagi ahad ikut beskal.com yang diketuai oleh MKA dan Nasrul berkayuh di denai Sg Long. Ramai juga yang ikut serta kebanyakannya dari sekitar Kajang, Bukit Mahkota, Bandar Baru Bangi dan seorang dari Shah Alam. Kayuhan bermula 0830 di Giant Prima Saujana dan tamat sekitar 1200.Merentasi Sg Sekamat (gambar disalin dari facebook album Achik)
Melalui denai tunggal (gambar disalin dari facebook album Achik)
Bergambar dengan kumpulan beskal.com di puncak Bukit Sg Long
Jarak laluan =16km

Profail yang agak mencabar, pendakian yang panjang.

Monday, May 10, 2010

Semuga Allah memberkati kamu berdua

Dari Anas r.a. "Sesungguhnya Nabi s.a.w mengucapkan selamat kepada Abdur Rahman bin Auf r.a. ketika ia mengabarkan bahawa ia telah menikah : Baarakal laahu lak -Semuga Allah memberi berkah kepadamu" (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Makruh mengucapkan selamat kepada orang yang baru nikah dengan kalimat: Semoga berbahagia dan banyak anak.

(dipetik dari terjemahan kitab Al-Azkar karangan Imam Nawawi).

Alhamdulillah pada Jumaat 22 Jamadil Awal 1431 (7 Mei 2010) lebih kurang jam 9:30 malam, anak perempuan sulong aku (Sakinah) telah aku nikahkan dengan jejaka pilihannya (Fairuz) dari Kuala Kelawang. Kuala Kelawang merupakan antara destinasi utama basikal jalan. Setiap tahun sekurang-kurang sekali aku akan berkayuh ke sana. Pengantin berinai sebelum malam nikah.
Ketibaan rombongan pengantin lelaki untuk majlis pernikahan.
Jurunikah Bandar Baru Bangi, Tuan Syed Othman membacakan khutbah nikah.
Akad nikah (ijab oleh wali dan qabul oleh pengantin)
Pengantin perempuan bersama suami serta ibu dan bapa mertua. Mulai saat ini terlepas satu tanggung aku sebagai wali.
Pengantin bersama ayah, abang, adik dan anak saudara. Pengantin bersama keluarga adik lelaki ku.
Pengantin bersama sebahagian keluarga sebelah perempuan. Alhamdulillah semua adik beradik ku dapat hadir walaupun mereka datang dari jauh, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Ia satu perhimpunan keluarga yang besar.
Rakan basikal gunung dan jalan juga turut hadir termasuk Ar. Zamani dan Pak Ibrahim.

Bersama sepupu (Datuk Prof Dr Nik Anuar - profesor sejarah) dan adik ipar.

Mebuka hadiah. Alhamdulillah hadiah ini sedikit sebanyak membantu urusan keluarga pengantin baru.
Mudah-mudahan 3 lagi anak dara ku akan bertemu jodoh bila tiba masanya nanti.

Alhamdulillah dengan majlis perkahwinan ini, kami dapat berkumpul bersama keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dan seterusnya memupuk silaturrahim.