Monday, July 5, 2010

Bekam

Hadis Ibnu Buhainah r.a:
Nabi s.a.w pernah berbekam di bahagian tengah kepala ketika baginda berada di sebuah tempat untuk menuju ke Kota Mekah, baginda dalam keadaan berihram
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 2088

Hadis Anas bin Malik r.a:
Anas bin Malik r.a pernah ditanya tentang hasil berbekam, maka beliau berkata: Rasulullah s.a.w pernah berbekam dan yang membekam baginda adalah Abu Taibah. Baginda memerintahkan agar Abu Taibah diberi dua gantang makanan dan memberitahu kepada keluarganya, bahawa mereka membebaskan pajaknya. Kemudian baginda bersabda: Sebaik-baik perubatan yang kamu guna untuk berubat adalah berbekam atau berbekam adalah ubat yang paling baik bagimu
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 2952

Hadis Jabir bin Abdullah r.a:
Diriwayatkan daripada Aasim bin Umar Ibnu Qatadah katanya: Sesungguhnya Jabir bin Abdullah menjenguk Al-Muqanna' yang sedang sakit kepala, kemudian berkata: Aku tidak akan pulang sebelum engkau mahu berbekam, kerana aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di samping berbekam itu ada pengubatnya
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 4085

Semua hadis sahih muslim di atas dipetik dari http://www.al-islam.com/mal/

Hasil dari cerita rakan-rakan, aku terfikir juga untuk mencuba berbekam. Cerita bekam ni dah lama, cuma aku agak takut untuk mencubanya. Oleh kerana aku asyik rasa berat kepala bila bangun tidur walaupun telah cukup bersenam, maka aku ingin mencuba perubatan berbekam.Peta lokasi Pusat Rawatan Bekam al-Yakin di Taman Prima Saujana, Kajang.
3 hari selepas berbekam

Selepas 5 hari.

2 comments:

zmah said...

Terkejut n takut juga tengok gambar ni...http://zmah-ceritaku.blogspot.com

abuomar said...

Memang mula2 tengok rasa agak seram. Tapi tak ada apa, tak sakit pun. Rasa berat di belakang kepala telah lega selepas berbekam.