Friday, February 26, 2010

Kayuhan maulidurrasul

Allahumma salli'ala muhammad wa'ala ali muhammad.

Awal pagi berkayuh dari rumah ke Taman Warisan, Putrajaya. Kemudian kayuh bersama Ibrahim, Dr. K, Yazid dan rakan proton. Kayuhan melalui PICC, Limau Manis, Dewan Sri Endon, Shangrila. Kami berkayuh 2+ jam. Cuaca agak panas. Aku tertinggal jauh dan kepenatan terutama semasa pendakian. Limau Manis dan Shagrila ialah puncak -puncak tertinggi.
Peta kayuhan hari maulud. Degup jantung agak tinggi kerana mengejar kawan-kawan. Ini basikal Dr. K, cukup ringan 2X lebih ringan dari basikalku. Kebanyakan bahan yang digunakan ialah bahan termaju daripada komposit karbon termasuklah kerangka, rim, gandar. Harga dikhabar RM35k.

Hari ini juga genap umurku 54 tahun hijrah=52 tahun 4 bulan masihi.

Sabtu- joging di komplek sukan Bangi. Tak dapat kayuh kerana ada gotong royong kenduri kahwin jiran belakang rumah.
Borak-borak dengan jiran-jiran sementara menunggu majlis akad nikah. Banyak cerita politik dan cerita-cerita kehidupan. Alhamdulillah jiran-jiran kami agak terbuka - ada penyokong UMNO, ada penyokong PKR, PAS tapi boleh duduk semeja. Bila agak hangat, tukar topik. Zaman sudah berubah, ada kes walau sudah bercerai tapi masih duduk serumah. Sebabnya ialah masaalah perkongsian harta. Rumah dibeli secara kongsi pinjaman. Kalau dulu masaalah ini tidak timbul kerana harta kebanyakan dimiliki lelaki (kecuali N9). Zaman sekarang harta dimiliki bersama. Kuasa lelaki agak terhad, nak kahwin lebih pun dah susah. Kesian jugalah pada kaum hawa yang ramai tak dapat kahwin.

Ahad - Ibrahim ajak kayuh UKM-Bangi-Semenyih-LEKAS-Mantin-Beranang-Jalan 6'-Bangi-UKM. Ada juga ajakan kayuh basikal gunung di Sg Long tapi ajakan ini agak lewat. Layan siapa yang dulu. Peserta pagi ini ialah Ibrahim, Rashin, Nizam, Yazid, Zairi, Shakri, Manciocc, Cik gu dan kawannya, Won serta Hj Zamani.
Berhenti rehat di RnR Mantin, Lebuhraya Lekas.
Tempat kencing lelaki RnR Mantin agak lain dari yang biasa. Ada pili untuk buka/tutup siraman air.
Berhenti minum di pekan Mantin
Kayuhan pulang melalui jalan lama (Mantin-Beranang). Jarak kayuhan hari ini ialah 70km dengan kelajuan purata 28km/jam. Penat nak mengejar Hj Zamani.

6 comments:

Man CIOCC said...

Salam Doc,
Setakat ikut Hj. Zamani separuh jalan boleh le. Average dia je dah 35kph.
Sekali sekala bulihlah buat mcm semalam. Tiap2 minggu kalau sure pacah dada!
Kayuhan MANTAP yang menyentap!

benbaz said...

Salam.
Ye la..kesian kaum hawa yang tak dapat kahwin

abuomar said...

Wsm Man,
Kalau masih boleh bertahan bermakna OK tu. Lain kali ikut, tentu makin meningkat. Bila kita tahu dia kuat, biarkan dia tarik. Kita mengikut saja, simpan tenaga. Saya tertinggal di bukit, itu kelemahan saya. Kalau rata contohnya ke Bagan Lalang insyaAllah saya boleh ikut. Selain itu basikal juga memain peranan. Basikal ringan ada kelebihan di bukit.

abuomar said...

Benbaz,
Itu saya katakan zaman sudah berubah. Masuk Night race Cyberjaya 27/3/10?. Saya dah daftar bayar RM60 untuk lari 10km saja. Sekadar nak kekalkan berlari. 21km dah tak larat, cukup terseksa.

benbaz said...

Cyberjaya night marathon saya tak masuk coz reg time untuk 21k ngam2 pukul 7.30mlm. Waktu tak sesuai.

abuomar said...

Benbaz,
Ya, tak patut betul. Mereka tak perihatin orang Islam. Tak perasan saya. Ingat macam Putrajaya. Pada mulanya saya nak masuk Kenyir tri, tapi penginapan dah penuh.