Sunday, October 25, 2009

Sg Pening lagi

Ahad 6 Zulkaedah.
Setelah lebih 2 bulan tak berkayuh jauh, hari ni baru berpeluang ikut PCC berkayuh di Sg Pening. 3 jam berkayuh untuk jarak 29km, meredah hutan, kebun getah dan sawit. 1 jam pertama cukup penat kerana jantung belum biasa dengan kadar yang tinggi. Ikut PCC ni seronok kerana pengayuh terdiri dari berbagai tahap. Sementara menunggu rakan yang perlahan kita boleh berehat dan ambik nafas. Semasa berkayuh kebanyakan kadar denyut ialah 150 iaitu 80%. Denai Sg Pening ni memang memenatkan, banyak mendaki dan jika menurun memerlukan tumpuan yang penuh dalam mengawal basikal. Inilah denai yang paling aku suka dan cukup mencabar. Cuaca yang redup dan lembap cukup sesuai dengan diriku.
Menunggu rakan. Tak jauh dari Nirwana. Selepas Nirwana, laluan ke Kuari sudah mudah sebelum tiba ke tempat mula di Kajang Perdana.

Sabtu 5 Zulkaedah,
Sabtu tak dapat berkayuh kerana depan rumah buat kenduri menyambut menantu. Sebagai jiran kenalah tolong bantu. Walaupun begitu awal pagi 0648-748 sempat joging dari rumah ke stadium dan balik. Berpeluh basah juga walaupun 1 jam joging pada kadar denyut jantung 80%.

Sunday, October 11, 2009

Syawwal 1430 yang berkat

Syawwal tahun ini merupakan syawwal yang paling sibuk buat diriku. Sibuk dengan urusan keluarga dan kerja. Dalam kesibukan begitu masih sempat juga berkayuh, joging dan berenang tapi dengan intensiti yang cukup rendah. Antara cabaran bulan ini ialah joging dari Colmar ke Taman Jepun di Bukit Tinggi dan berkayuh dari Colmar ke bawah dan naik semula.
Bulan ini genap umurku 53 tahun 7 bulan mengikut tahun hijrah (kiraan masa edaran bulan)
dan 52 tahun mengikut masehi (kiraan masa edaran matahari).

Hari ini 22 Syawwal 1430 ialah saat yang gembira buat kami kerana anak kedua selamat digraduankan di UIAM, Gombak. Tahniah Syazana.
Kami mengambil cuti sempena penganugerahan ijazah anak di Colmar, Bukit Tinggi. Tempatnya sejuk macam Genting Highland.Sekadar tengok je lah kereta-kereta sport ni yang membuat perlumbaan di Bukit Tinggi pada sabtu lepas. Sampai mati tak terbeli aku.

Saat gembira kami juga pada 14 Syawwal, anak pertama telah selamat ditunangkan dengan jejaka pilihannya. InsyaAllah tahun depan kahwin.

Tahniah Sakinah
Rundingan merisik dan pertunangan diadakan.
Hadiah-hadiah ringkas dari pihak lelaki.