Syawwal tahun ini merupakan syawwal yang paling sibuk buat diriku. Sibuk dengan urusan keluarga dan kerja. Dalam kesibukan begitu masih sempat juga berkayuh, joging dan berenang tapi dengan intensiti yang cukup rendah.

Antara cabaran bulan ini ialah joging dari Colmar ke Taman Jepun di Bukit Tinggi dan berkayuh dari Colmar ke bawah dan naik semula.

Bulan ini genap umurku 53 tahun 7 bulan mengikut tahun hijrah (kiraan masa edaran bulan)

dan 52 tahun mengikut masehi (kiraan masa edaran matahari).
Hari ini 22 Syawwal 1430 ialah saat yang gembira buat kami kerana anak kedua selamat digraduankan di UIAM, Gombak. Tahniah Syazana.
Kami mengambil cuti sempena penganugerahan ijazah anak di Colmar, Bukit Tinggi. Tempatnya sejuk macam Genting Highland.
Sekadar tengok je lah kereta-kereta sport ni yang membuat perlumbaan di Bukit Tinggi pada sabtu lepas. Sampai mati tak terbeli aku.
Saat gembira kami juga pada 14 Syawwal, anak pertama telah selamat ditunangkan dengan jejaka pilihannya. InsyaAllah tahun depan kahwin.

Tahniah Sakinah

Rundingan merisik dan pertunangan diadakan.

Hadiah-hadiah ringkas dari pihak lelaki.