Sunday, April 26, 2009
Sg Pening
Ahad 26/4/09 saya, Faizal (Serdang) dan abang Nordin (Bkt Mahkota) berkayuh di Sg Pening. Mula berkayuh jam 0745 depan Tangki Air, Kajang Perdana (N2 59 43.2 E10148 55.6).
Laluan 'single track' yang cantik di kebanyakan pendakian. Agak mencabar, banyak tolak basikal.
Saturday, April 25, 2009
Hari Keluarga
Biasanya sekali seminggu aku lakukan latihan fizikal bersama keluarga. Satu hari lagi bersama rakan-rakan. Kira adil kan ! Hari ini kami ke Ulu Bendul untuk mendaki Angsi. Kami ikut laluan yang dekat. 2.5 jam mendaki dan 2jam menurun.
Beberapa spesis kulat yang dirakam

Spesis-spesis serangga
Lebah-lebah agak banyak di puncak, suka hinggap di badan yang berpeluh.
Kumbang
Semut-semut bekerja mencari makanan untuk Permaisurinya 
Ini pokok jarak yang boleh menghasilkan biofuel
Lumut-lumut menempel pada pokok mati
Ini pokok halau nyamok yang mungkin ditanam orang sepanjang laluan
Ini pokok yang aku suka amik gambar. Masa muda cantik tapi bila tua macam biasa saja.
Tiba di puncak, bertemu kumpulan dari Bukit Aman ingin buat latihan sebelum mendaki Kinabalu

Amaran kepada pengunjung agar tidak membuang sampah. 
Beberapa spesis kulat yang dirakam
Spesis-spesis serangga
Pemandangan bukit lain dari puncak Angsi. Cuaca terang dan agak panas hari ini.

Inilah latihan aku untuk bulan Rabiul akhir, purata 1.3 jam sehari.
Monday, April 20, 2009
KL race dan Kajang Tech Park
Friday, April 17, 2009
Jakarta-Bandung
11-17 April aku berpeluang ke Jakarta dan Bandung atas urusan kerja. Minggu ini kiranya tak dapatlah nak berkayuh, cuma dapatlah joging dan berenang untuk tempoh masa yang terhad.
Dari lapangan terbang Jakarta ke Kemang. Lebuhraya jalur lebar sudah banyak.
Ketika aku tiba di Jakarta Selatan, Indonesia baru saja selesai pilihanraya umum (pemilu).
Restoran bergerak
Kesesakan lalulintas di Tanah Abang.
Perjalanan ke Tangkuban Perahu.
Pandangan satelit sekitar Institut Teknologi Bandung. Perumahan begitu padat di luar ITB. Begitu jugalah di Jakarta, begitu padat dan sesak. Bagaimanapun tanahnya begitu subur. Tiada tanah lapang di Jawa. 
Sawah padi bertingkat di lereng bukit.
Warga Kemang, Jakarta Selatan menolak aktiviti maksiat


Sawah padi bertingkat di lereng bukit.
Subscribe to:
Posts (Atom)