Monday, July 28, 2008

Desaru 3

Isnin 24 Rajab - Rehat

Selasa - R60B90 : Kayuh pergi-balik pejabat dan sekitar Bangi, Sg. Merab dan Teras Jernang. Renang malam di Uniten 200, 300, 400, 500, 400, 300, 200m = 2100m. Agak ramai perenang selasa malam dan lampu pun agak kelam. Ada laman baru diperkenalkan oleh rakan pejabat iaitu laman dari seorang jurutera nuklear, yang menggunakan nama nakamora.

Rabu - R30B30: Berbasikal MTB ke Jalan Reko dan Kajang Utama B45 dan berenang di Presint 6 R38=1500m berterusan. Nampaknya lebih selesa berenang di Presint 6, bersih dan lampu pun terang serta tak ramai orang.

Khamis - B30L120: Ke Kuantan dengan Naza Blade 250 untuk lawatan lapangan berhubung Pemeriksaan Berdasarkan Risiko (RBI) dan Pengesan Ketebalan Ultrasonik di loji petrokimia. Menginap di MS Garden, Kuantan. Lama dah tak bermotosikal jarak jauh, harap-harap tak mengantuk. Kebetulan moto pun baru diservis - rantai, sproket, pam brek, 'head set' dan tayar depan baru ditukar. Untuk lebih selesa lagi sepatutnya penyerap hentak belakang perlu ditukar.
Bertolak jam0815 dari Bangi menuju ke Timur, ikut MRR2 - penat juga mencelah jalan yang sesak. Tiba di tol Gombak, berehat sekejap mata berair dan mengantuk. Kemudian meneruskan perjalanan mengikuti lebuhraya pantai timur. Berhenti rehat 2 kali sebelum tiba di Kuantan jam 1230. Dengan GPS hotel MS Garden dapat ditemui dengan mudah. Jarak perjalanan ialah 281km. Lama tak menunggang motor, terasa sakit punggung dan pinggang.

Lepas makan pergi hospital Tunku Afzan jumpa adik seorang doktor pakar darah (hematologi) . Minta dia cek darah aku, nak tengok kandungan hemoglobin, keadaan hati dan buah pinggang, nak tau talasemia jenis apa yang aku hidapi. Sebenarnya aku ada talasemia minor yang diwarisi. Khabarnya kes talasemia ni banyak di Kelantan dan Selatan Siam. Kebetulan aku berketurunan dar Patani. Tok aku, tok Abu Bakar berasal dari Patani yang berhijrah ke Kg. Merbol semasa zaman Tok Janggut lagi.
Petang 1615-1700 berjoging (L112) sekitar Kuantan, dari hotel mengikuti jalan pantai, melalui Taman Gelora, Kelab Golf, Kediaman Resmi Setiausaha Negeri hingga ke Mini Zoo Teruntum. Di Taman Gelora, ramai juga orang joging, kebanyakannya bangsa Cina dan India. Pantai di Taman Gelora
Kuning- laluan joging yang sempat aku buat.

Malam dapat makan percuma di rumah adik. Tidur awal kerana agak keletihan. Tapi joging dapat menghilang kelenguhan bermotosikal.

Jumaat - Rehat: Untuk masuk ke kilang Flexsys, beberapa taklimat dan ujian keselamatan perlu dilalui terlebih dahulu. Kilang Flexsys ialah kilang yang memproses sulfur untuk kegunaan pembuatan tayar dsbnya. Banyak kimia merbahaya dan mudah terbakar digunakan. Lepas lawatan di Flexsys, rakan Pengkalan Offshore belanja makan nasi Kandar di jalan lama menghala ke Pelabuhan Kuantan. Ramai orang makan di sini hinggakan terpaksa beratur. Aku makan nasi gulai kambing.
Lepas makan jumpa balik adik di hospital untuk tengok keputusan ujian darah dan ambil ubat untuk ayah. Alhamdulillah ujian darah tidak menunjukkan apa-apa penyakit pada hati dan buah pinggang. Cuma paras hemoglobin aku agak rendah tapi masih normal. Katanya ini normal bagi pengidap talasemia. Mungkin ini juga sebab aku susah nak menang lumba triathlon atau basikal.

1500 bertolak ke kampung di Pasir Putih. Bertembung dengan beberapa penunggang 'superbike'. Mereka menyapa mesra. Tengok motor mereka terasa ingin nak pakai superbike, tapi rasanya hasrat ni kena dikekangkan. Belanja besar. Banyak ikut laluan tepi pantai sebab tak sibuk. Singgah minum di pantai Kelulut- terkenangkan tempoh hari berenang Kapas-Kelulut. Kemudian ikut jalan pantai melalui Penarik, Kg. Raja dan Kuala Besut. Pantai Penarik agak cantik tapi tak ada orang mandi mungkin agak bahaya, ombak besar dan pantai yang curam. Tiba di Pasir Putih jam 2030, disambut hujan lebat. Perkampungan nelayan di Pantai Penarik yang menarik

Profil jalan yang rata sekitar 10m dari paras laut.

Sabtu - B180L20: Awal pagi berjalan dan berjoging sekitar kampung melalui kebun getah (L90). Tengahari bawa ayah gi berurut dengan Hj Pak San di Sg Petai. Laluan jalan kampung yang merentasi kebun getah. Jumpa 2 penoreh wanita. Yang lelaki buat apa, masih tidur?
Orang dulu-dulu suka tanam pokok sstor (manggis) sekitar rumahnya. Ini antara rumah lama yang masih ada pokok manggis. Banyak juga aku jumpa buah-buah yang gugur, teringin nak mengutipnya tapi tuan tak ada.

Wakaf Tuan Farrer, antara bangunan lama di Pasir Putih. Di Kelantan banyak terdapat wakaf iaitu tempat rehat bagi pejalan kaki. Setengahnya ada kemudahan telaga untuk mengambil air.
Lagi bangunan lama, iaitu deretan kedai di bandar Pasir Putih. Kebanyakannya sudah mula bertukar.
Jambu air depan rumahku yang sentiasa berbuah tak mengira musim, tapi ianya terbiar luruh begitu sahaja. Kalau di Pasar malam Bangi jambu ni dijual selonggok RM1.
Ayah aku sekarang solo setelah kematian ibu. Nak kahwin lagi tak ada orang hendak maklum dah tua dan lumpuh sebelah tangan sapa yang ndak. Sebagai teman, dia bela kucing dan ikan kkarin (ikan laga). Semua binatang peliharaan di letak di luar rumah. Kucing dan anak-anaknya makan nasi gaul ikan yang kami berikan. Perhatikan ibu hanya melihat anak-anaknya makan.
Setelah anak-anaknya kenyang barulah dia menghabiskan makanan sisa, begitulah pengorbanan seorang ibu.

Ahad - Rehat: Bertolak awal pagi (0810) ke KL melalui Machang, Kuala Krai, Gua Musang, Lipis, Raub dan Bentung. Gerai makan di R & R, Gua Musang. Aku minum kopi jantan bersama roti inti kacang. Tak nak makan banyak takut mengantuk.
Bergambar depan cermin dengan baju keselamatan khusus untuk menunggang motor. Ada perisai pada belakang, dada, bahu dan siku. Ianya ringan, sejuk dan rasanya lebih baik dari kulit. Seluar juga dilengkapi ciri-ciri keselamatan ada perisai pada lutut. Harga boleh tahan juga ~RM500 sepasang. Ini kira yang termurah yang aku boleh dapati di Komplek Pertama. Cuma kasut aku pakai kasut joging. Topi pula jenis 'full face' buatan Italy aku beli kat Kemaman dengan harga RM150. Cina kedai tu bagi harga murah sebab dia dah simpan lama kat kedai.
Inilah Naza Blade 250 semasa berhenti rehat di R & R GUa Musang. Cadang nak tukar penyerap hentak belakang yang dah berayun. Khabarnya harganya RM500. Boleh tahan juga rege barangnya walaupun motor ni belum masuk kategori 'superbike'.
Peta dan profil dari P. Puteh ke Bangi, sejauh 465km dalam masa 6jam 15min. Tiba jam 1430 di Bangi. Setelah 3 hari menunggang jarak jauh, badan pun semacam sudah biasa, tiada kesakitan seperti mula tiba di Kuantan hari pertama dahulu. Tapi lenguh di bahu masih ada.

Petang berkayuh basikal gunung sekitar rumah selama 30 min. bagi menghilang lenguh-lenguh bermotor. Memang ternyata berkayuh atau berjalan atau joging seperti urutan semulajadi.

Jumlah sasaran minggu ini R90B330L140=9.33
Jumlah latihan sebenar R98B165L205=7.80

Monday, July 21, 2008

Desaru (16-8-08)-4

Isnin (17 Rajab) - Rehat, kayuh dari ofis ke rumah, B20. Buat kayuhan gear ringan bagi melembutkan semula otot-otot yang tegang akibat aktiviti semalam.

Selasa R60 - Petang berenang di kolam UKM. Ramai pelajar buat latihan kerana khabarnya tak lama lagi ada lumba renang antara Komplek Siswa. Tak selesa hampir saja berlaku perlanggaran, susah nak kawal rentak renangan. Bagaiamanapun ada juga seronok kerana dapat cuba mengejar yang laju. Di penghujung, berlumba dengan Omar bagi jarak 50m dan 100m. Keputusan seri. Lepas renang, Omar kehilangan gogel jenama Arena (RM70) semasa mandi di bilik air. Sudah ada pencuri di UKM, jadi berhati-hatilah jangan ambil ringan.

Rabu B45L30 - Berbasikal pergi-balik ofis kemudian lari sekitar rumah.

Khamis R40 - Berenang di Presint 6, selesa tak ramai orang dan air pun bersih. Buat 1600m berterusan.

Jumaat B45L60 - Berbasikal pergi-balik ofis. Berlari sekitar rumah.

Sabtu R30L90 - Berlari sekitar Presint 6- PICC- Kelab Kuda Putrajaya. Berlari macam biasa, mungkin untuk Desaru nanti kadar denyutan jantung perlu dikekal 140 supaya dapat bertahan lama. Berenang di Presint 6 - 200+2x500. Terasa ada peningkatan dalam teknik berenang iaitu gaya 'total immersion'. Dapat merasa lebih efisen. 500m dalam 10 min tanpa 'struggle'. Kelajuan akan meningkat jika badan pada posisi mengiring, kurangkan meniarap.

Pandangan satelit Presint 6 dan kelab kuda presint 5.
Kemudahan sukan air di Presint 6. Tempat ini sesuai juga untuk triathlon. Boleh berenang di Tasik, kemudian berbasikal di jalan sekitar PICC dan berlari tepi tasik yang cukup nyaman.

Laluan joging. Berjoging waktu pagi tepi tasik memang seronok. Gradien suhu antara air dan darat menghasilkan bayu yang segar dan nyaman.

Tengahari gi kenduri kahwin anak Dr. Muhd Nor di Sg. Merab.

Ahad B216- Kayuh HOA-Genting Awana. Pagi ni kayuh secara solo dari HOA ke Awana Genting. Mulanya Faizal nak ikut tapi beliau terpaksa tangguh dulu rancangan mendaki Genting kerana kurang sihat. Mula berkayuh dari HOA 0811, jumpa ramai pengayuh seperti Eddy (anak Joo Ngan). Kumpulannya berkayuh ke Hot Spring. Kemudian jumpa kelompok ke Janda Baik (lupa dah namanya-pernah bantu beliau kemalangan dilanggar kereta hingga patah tulang punggung ketika berkayuh bersama kumpulan Joo Ngan). Sempat juga kayuh bersama pak cik dari Sg Petai, Pasir Putih (orang sekampung - lupa nak tanya nama). Rupanya Sg Petai tu ramai pakai urut termasuk bomoh patah. Aku beberapa kali juga ke Sg Petai bawa ayah gi berurut dengan Pak San.

Selepas Genting Sempah aku berkayuh solo. Berhenti rehat di Restoran Seri (Melayu), makan nasi lemak sambal sotong + segelas neslo + segelas air suam. Tak mahal cuma RM3.60. Profil pendakian dari HOA ke Goh Tong Jaya (24.5km). Halaju purata 13km/jam. Masa 1jam 48 min.
Lepas minum, 1030 mula berkayuh ke puncak. Rancang hanya akan berkayuh 40 min mendaki kemudian menurun balik bagi melengkapkan 4 jam kayuhan hari ini. Jarak kayuhan lepas minum ialah 34.6km dalam masa 1 jam 48 min iaitu kelajuan purata 19km/jam. Cuaca hari ini memang cukup baik, hujan renyai di Goh Tong, kemudian kering dan redup serta dingin - suhu mungkin 20C.
Peta menunjukkan tempat aku buat pusingan balik iaitu simpang laluan sehala. Rasa tak bersedia ke puncak kali ni. Kira-kira 5km lagi ke puncak. Aku mendaki ikut laluan sehala menurun. Jika aku menerus kayuhan ikut kiri, aku kena sampai ke puncak baru boleh berpatah balik. Jumpa 2 pengayuh sedang menurun. Dengan wajah seronok, puas mereka menyapa. Setiba di selekoh aku berpatah balik. Rasa macam tak selamat, sebab kereta mungkin melanggar garis putih bila mengambil selekoh. Ketinggian pada selekoh ini ialah 1306m.
Pandangan Puncak Genting. Jumlah masa kayuhan pagi ini ialah 216 min untuk jarak 59.1km.

Jumlah latihan minggu ini R130B326L180 =10.60 (sasaran 8.83).

Monday, July 14, 2008

Port Dickson Triathlon 20-7-08

Keputusan resmi triathlon PD, seperti yang dijangka aku dapat no. 19.
Peta PD triathlon. Berenang 1.5km, Basikal 42km dan lari 11km.

Medal penamat yang dikumpul tahun ini. Bermula dari kiri Kapas-Marang swimathon, A Famosa, Kenyir dan Port Dickson triathlon.

Tamat jam 11:34 pagi. Jumlah masa keseluruhan 3 jam 19 minit.


Bersama isteri yang menemani bersama anak perempuan, Surayya. Terima kasih Surayya kerana mengambil gambar, walaupun tak sihat. Kami sekeluarga sebenarnya baru lepas demam selsema.

Aku berlari dengan sangat perlahan, entahlah kenapa-mungkin kehabisan tenaga oleh kepanasan dan kepenatan berbasikal. Kat depan tu pak cik paling tua dalam triathlon PD tahun ini iaitu 71 tahun, baru lepas memotong aku. Masa yang diambil 1 jam 26 min untuk jarak 10km pada kedudukan no. 19 kategori 50an. Tak ada canlah nak terima hadiah, hadiah sampai no. 10 sahaja. Aku cukup terseksa bila berlari. Entahlah macam mana nak masuk Desaru half ironman nanti. Kena berlari 21km. Mampukah aku melakukannya.

Tamat acara basikal. Aku sempat mencucuk angin dengan orang muda (no. 412). Hampir 70% buat drafting, kemudian berkayuh sendirian kerana tak larat mengejar lagi. Kelajuan dicapai ialah 31km/jam untuk jarak 42km. Masa dibuat 1 jam 21 minit. Kedudukan 9 kategori 50an.

Mula berkayuh, memang sesak dan nampak berserabut PD triathlon, maklumlah 1000 peserta.

Lega baru melepasi renang. Sebelum berenang terasa juga takut, sebab tahun lepas ada seorang mati lemas. Memang semasa renang kemungkinan ditendang oleh perenang lain ada. Mukaku ditendang oleh perenang kuak dada sehingga tertanggal gogel. 32 minit berenang, lebih baik dari AFamosa dan Kenyir. Agak senang berenang di PD kerana ada pelampung penunjuk arah. Mengikut cacatan isteriku aku berada dalam kedudukan 7 bagi kategori 50an.

Perenang dilepaskan secara kelompok (6 pelepasan). Kelompok lelaki 50 ke atas dilepaskan bersama kelompok wanita. Sekitar 100-200 dilepaskan pada sesuatu masa. Dimulai 0800, kemudian setiap 5 minit, 0805, 0810, 0815. Kategori 50an bermulai 0815. 'Relay' ialah terakhir sekali. Sebelum renang, aku berdoa kepada Allah memohon keselematan. Dalam hati aku jelaskan matlamat aku masuk triathlon, bukan untuk menunjukkan kehebatan dan bukan untuk dibanggai sekadar untuk keseronokan. Aku harap perbuatanku ini bukan sesuatu yang sia-sia. Sebagai seorang muslim sesuatu pekerjaan itu bukan mengharapkan pujian manusia, tapi mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Bersukan adalah harus dalam Islam selagi adab dijaga, pergaulan lelaki-wanita dan menutup aurat. Kelihatan begitu ramai penyertaan di PD triathlon. Basikal aku no. 623. Bagi kategori 50 ke atas, terdapat 38 penyertaan.





Ahad, 20 Julai - PD tri: R32B81L84 (Masa yang dicatit dari kamera).

Inilah kakaknya, buat relay bersama bapanya. Beliau berenang dan berlari, bapanya berbasikal. Contoh atlet muslim yang memakai tudung dan pakaian renang menutup aurat.

Carbo-loading dinner dan taklimat oleh Mr Chan. Kelihatan triatlet muda 11 tahun dari Ipoh, Perak. Beliau dan kakaknya ialah perenang jarak jauh. Pernah berenang dari Pangkor ke Lumut, Langkawi ke Kuala Perlis (42km=14jam).

Pemandangan waktu senja dari PD marina (tingkat 11).
Menginap di PD World Marina dengan bayaran RM100 semalam bagi apartment 1 bilik tidur.


Sabtu - Rehat, bersih dan periksa basikal. tengahari ke PD.


Jumaat - B25L30: Berbasikal ke ofis. Ptg lari sekitar rumah.

Khamis - B45L30: Berbasikal pergi-balik ofis. Ptg lari sekitar rumah.

Rabu - B45R35L30: Berbasikal pergi-balik ofis. Ptg lari sekitar rumah. Malam berenang di Presint 6, 1500m berterusan-sesekali buat kejar mengejar dengan perenang lain.

Selasa - B20: Basikal dari ofis ke rumah. Petang, melawat rakan dari Sudan yang membuat pengajian sarjana di UKM. Tak sempat nak joging, malam tengok debat Anwar-Sabri dan ulasan di Astro Awani (saluran 501). Menarik kerana ia pertama kali sejak tahun 80an (era Mahathir) diadakan secara langsung di media TV. Masih terserlah kehebatan Anwar berdebat dengan susunan kata-kata yang jelas dan mudah difahami. Sabri dikatakan agak gementar.

Isnin, 10 Rejab -Rehat, baru pulih selsema.

Jumlah R67B216L176=7.65 (sasaran 5.00)

Monday, July 7, 2008

Desaru 6

Basikal untuk dijual, nak kurang kesesakan parkir kat rumah yang sempit ni. Sesuai untuk ke pasar dan ke surau untuk perjalanan sekitar bawah 5km. Ada 3 gear belakang (shimano). Sesiapa berminat boleh talipon 013-3809631 atau e-mail abuomar@streamyx.com

Isnin R63 - Berenang di UNITEN, buat 2x500 +1500

Selasa L45 - joging sekitar rumah

Rabu R42B45L30 - berkayuh ke ofis (25min). petang selepas hujan berkayuh road bike lagi 20min kemudian berjoging 30min. Rasa kurang sedap badan berair hidung. Malam lepas maghrib berenang (1.7km berterusan) di Presint 6. Jumpa Cipo, kawan lama berbasikal. Beliau sudah daftar Ironman 2009.

Khamis L120 - hari ini ambil cuti rehat, rasa macam nak selsema. Entah boleh joging lagi petang ni atau tidak. Malam joging dan berjalan mengelilingi Bandar Baru Bangi.
Jumaat - Rehat, demam

Sabtu - R30, demam. Oleh kerana ketagih malam pergi berenang juga ke Presint 6, buat ringan-ringan 2x500m.

Ahad B165 - Kayuh bersama Omar dan Faizal dari HOA ke Goh Tong Jaya pergi-balik (50km). 1jam 50 min untuk mendaki dan 50 min menurun. Perlahan je masa menurun tapi senang-senang boleh potong bas. Agak sejuk cuaca kat Goh Tong mungkin sekitar 22C. Lama dah tak kayuh bukit, terasa tegang urat belakang. Nampaknya selsema masih belum pulih juga. Jumlah R135 B210 L195=9.00 (sasaran 10.58)