Selasa R60 - Petang berenang di kolam UKM. Ramai pelajar buat latihan kerana khabarnya tak lama lagi ada lumba renang antara Komplek Siswa. Tak selesa hampir saja berlaku perlanggaran, susah nak kawal rentak renangan. Bagaiamanapun ada juga seronok kerana dapat cuba mengejar yang laju. Di penghujung, berlumba dengan Omar bagi jarak 50m dan 100m. Keputusan seri. Lepas renang, Omar kehilangan gogel jenama Arena (RM70) semasa mandi di bilik air. Sudah ada pencuri di UKM, jadi berhati-hatilah jangan ambil ringan.
Rabu B45L30 - Berbasikal pergi-balik ofis kemudian lari sekitar rumah.
Khamis R40 - Berenang di Presint 6, selesa tak ramai orang dan air pun bersih. Buat 1600m berterusan.
Jumaat B45L60 - Berbasikal pergi-balik ofis. Berlari sekitar rumah.
Sabtu R30L90 - Berlari sekitar Presint 6- PICC- Kelab Kuda Putrajaya. Berlari macam biasa, mungkin untuk Desaru nanti kadar denyutan jantung perlu dikekal 140 supaya dapat bertahan lama. Berenang di Presint 6 - 200+2x500. Terasa ada peningkatan dalam teknik berenang iaitu gaya 'total immersion'. Dapat merasa lebih efisen. 500m dalam 10 min tanpa 'struggle'. Kelajuan akan meningkat jika badan pada posisi mengiring, kurangkan meniarap.
Pandangan satelit Presint 6 dan kelab kuda presint 5.
Kemudahan sukan air di Presint 6. Tempat ini sesuai juga untuk triathlon. Boleh berenang di Tasik, kemudian berbasikal di jalan sekitar PICC dan berlari tepi tasik yang cukup nyaman.
Laluan joging. Berjoging waktu pagi tepi tasik memang seronok. Gradien suhu antara air dan darat menghasilkan bayu yang segar dan nyaman.
Tengahari gi kenduri kahwin anak Dr. Muhd Nor di Sg. Merab.
Ahad B216- Kayuh HOA-Genting Awana. Pagi ni kayuh secara solo dari HOA ke Awana Genting. Mulanya Faizal nak ikut tapi beliau terpaksa tangguh dulu rancangan mendaki Genting kerana kurang sihat. Mula berkayuh dari HOA 0811, jumpa ramai pengayuh seperti Eddy (anak Joo Ngan). Kumpulannya berkayuh ke Hot Spring. Kemudian jumpa kelompok ke Janda Baik (lupa dah namanya-pernah bantu beliau kemalangan dilanggar kereta hingga patah tulang punggung ketika berkayuh bersama kumpulan Joo Ngan). Sempat juga kayuh bersama pak cik dari Sg Petai, Pasir Putih (orang sekampung - lupa nak tanya nama). Rupanya Sg Petai tu ramai pakai urut termasuk bomoh patah. Aku beberapa kali juga ke Sg Petai bawa ayah gi berurut dengan Pak San.
Lepas minum, 1030 mula berkayuh ke puncak. Rancang hanya akan berkayuh 40 min mendaki kemudian menurun balik bagi melengkapkan 4 jam kayuhan hari ini. Jarak kayuhan lepas minum ialah 34.6km dalam masa 1 jam 48 min iaitu kelajuan purata 19km/jam. Cuaca hari ini memang cukup baik, hujan renyai di Goh Tong, kemudian kering dan redup serta dingin - suhu mungkin 20C.
Peta menunjukkan tempat aku buat pusingan balik iaitu simpang laluan sehala. Rasa tak bersedia ke puncak kali ni. Kira-kira 5km lagi ke puncak. Aku mendaki ikut laluan sehala menurun. Jika aku menerus kayuhan ikut kiri, aku kena sampai ke puncak baru boleh berpatah balik. Jumpa 2 pengayuh sedang menurun. Dengan wajah seronok, puas mereka menyapa. Setiba di selekoh aku berpatah balik. Rasa macam tak selamat, sebab kereta mungkin melanggar garis putih bila mengambil selekoh. Ketinggian pada selekoh ini ialah 1306m.
Pandangan Puncak Genting. Jumlah masa kayuhan pagi ini ialah 216 min untuk jarak 59.1km.
Jumlah latihan minggu ini R130B326L180 =10.60 (sasaran 8.83).
2 comments:
asm G,
Saya ada juga keinginan nak ikut bergatih ke Genting, tapi kena beli beskal yg sesuai la dulu..
Semoga tuan berjaya di Desaru nanti. InsyaAllah
waalaikum mussalam D,
terima kasih atas galakan semangat untuk ke desaru. insyaAllah saya akan tetap ke desaru walaupun tak dapat menamatkan. chalet pun dah tempah RM135 semalam. Seminggu sebelum ke desaru ni, latihan saya akan terganggu sedikit kerana ada mesyuarat di Tgnu pada 11/8/08. Alang-alang dah gi Tgnu eluk saya balik kg tengok ayah. Mungkin amik cuti 2/3 hari sebelum ke Tgnu.
Rasanya sebelum posa ni nak kena tawan genting dulu.
Post a Comment