Pada awal ramadhan aku hampir tidak berkayuh, dan aku dapati badan ku sangat letih dan mengantuk, lalu kemudiannya aku mula berkayuh pergi-balik pejabat. Rupa-rupanya bila melahu (idle), degup jantung terlalu perlahan mungkin bawah 60 denyut/minit menyebabkan kita rasa malas olehkerana aliran darah yang perlahan. Jadi kayuhan dan joging perlu diteruskan walaupun berpuasa.
17 ramadan ialah cuti Nuzul Qur'an (diturunkan al-Qur'an) bagi Selangor dan beberapa negeri lain. Awal pagi berkayuh tepi Sungai Langat, depan UKM. Suasana pagi agak nyaman. Jumpa lembu dan kerbau baru bangun tidur. Terdapat juga perumahan kongsi pendatang Indonesia. Yang agak sedih tebing sungai dijadikan tempat pembuangan sampah.


19 Ramadan: 11 mlm kayuh basikal bersama kumpulan dari kedai basikal Bike Xtrem ( N2 58.412 E101 46.283). Bazli yang menjemput aku kayuh sama setelah beliau membeli basikal dari kedai tersebut. Inilah kali pertama aku kayuh pada sebelah malam di bulan puasa. Mulanya agak berat nak ikut sebab aku tak biasa tidur lewat malam. Jam 1 pagi baru dapat tidur, nyenyak tidur kul 530 pagi bangun sahur, sempat makan sebiji kurma dan 2 cawan air kosong sahaja.
Kayuhan bermula dan berakhir di Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8. Awal-awal lagi mereka dah pecut, maklumlah orang muda. Aku cuma mengikut dari belakang saja, seronok juga. Walaupun sebulan tak buat henjutan ke degupan jantung maksimum tapi rasa masih selesa dan badan pun terasa ringan, mungkin kesan dari sebab berpuasa. Lebih 1 jam juga kami berkayuh untuk jarak 20km. Sejak itu hampir setiap hari aku kekal berkayuh pergi-balik ke pejabat.
Pemandangan menarik matahari naik jam 0720 dari puncak bukit kat pejabat.
Ini ialah 5 jenis kurma Madinah yang dijual di depan pasaraya Bintang (dulunya Warta). Paling kiri ialah kurma termahal Ajwa (RM150/kg), kedua RM100/kg, ketiga RM70/kg, keempat RM40/kg dan kanan sekali RM35/kg. Aku beli 100g setiap jenis untuk merasa perbezaan.
27 ramadan, aku berkayuh selama 1/2 jam ke sekitar Mutiara Bangi, mendaki puncak tertinggi tempat pencawang elektrik. Dari situ aku mengambil gambar tangki air (atas) dan sebuah banglo cantik (bawah).
Sebuah banglo di lengkapi kolam renang. Tapi kolam ini tak sesuai untuk bersenam, sekadar berendam bolehlah.
Malam lepas tarawih, berkayuh ke Kg. Dato Abu Bakar Baginda dengan Uncle D (~20km). Uncle D dah banyak meningkat terutama ketika pendakian.
28 ramadan : pagi kayuh ke Sg. Merab kira-kira 1 jam.



30 ramadan - pagi berkayuh menyusuri Sg. Langat hingga ke Sg. Semenyih sejauh 26km (2jam). Laluan ini telah diperkenalkan oleh Uncle D. Semasa balik cadang nak menyusur sebelah tebing satu lagi, tapi terpaksa dibatalkan kerana sampai di satu perkampungan Cina (aku namakan banglo anjing), kelompok anjing yang banyak (lebih 10 ekor) tak mampu untuk ditembusi.



Kelihatan sekelompok sampah yang dibuang oleh pembuang sampah amatur.
Kelompok sampah yang agak banyak dibuang oleh pembuang sampah profesional.
Begitulah kayuh terakhir aku di bulan puasa tahun ini. Dalam perjalanan pulang, aku singgah beli lemang sedap (simpang Teras Jernang) sebanyak 3 batang dan kemudian diikat pada palang atas basikal. Memang sedap lemang kat situ (lihat peta), pernah disyorkan oleh Dr. Huda (pakar hadis) semasa kami berkunjung raya ke rumahnya pada raya tahun lepas.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF, ZAHIR DAN BATIN KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG SAYA. InsyaAllah ramadan tahun depan jumpa lagi.