Pagi ini 17 feb 07, kami sekeluarga telah meredah hutan Pangson, Hulu Langat. 0900 selepas mendaftar nama di pejabat hutan kami mula berjalan ke arah laluan menuju ke Gunung Nuang. Laluan agak lecah dengan hujan renyai-renyai. Kami tiba di dataran Lolo sekitar jam 1100. Berehat sambil makan tamar dan sandwich sardin dan air kosong. Benar seperti kata rakan saya yang pernah datang ke sini. Sampah sarap merata-rata. kami jumpa bekas botol minuman 100+, air mineral, bekas-bekas biskut, plastik pembungkus Mami, kotak rokok dll. Sayang sekali orang kita memang suka mengembara dan berkelah atau berkhemah dalam hutan tetapi tidak ingin mengekalkan kecantikan tempat yang yang dilawati. Mereka bersusah payah semasa mendaki membawa berbagai bekalan kemudian sisa bekalan itu dibuang dengan mudah di merata laluan. Inilah antara kata luahan kesal dari kawan saya yang pernah melawat Gunung Nuang;
"gunung nuang dulu just like my second home...tp sekarang penuh sampah :-( "
Begitulah sikap masyarakat Malaysia. Saya hanya mampu menurunkan satu beg sampah. Saya terkenangkan masa lalu semasa saya menjalani latihan sambil kerja di Australia pada sekitar tahun 1982. Di hari minggu biasanya cik gu saya mengajak berjalan di dalam semak (bush walk). Kami bawa bekalan masing-masing dan setiap orang akan bawa satu beg plastik untuk isi sisa-sisa untuk dibawa balik. Di sana merokok di dalam semak sangat dilarang. Jadi tidak ada siapa yang merokok. Hutan mereka cukup sensitif dengan api dan mudah terbakar. Jadi semak-semak mereka bersih tak ada sampah sebab semuanya bertanggung jawab untuk menjaga kebersihan hutan mereka.
Jam 1130 kami bertolak turun dan sampai di kaki gunung jam 1300. Lebihkurang 2 jam mendaki dan 1.5 jam menurun.
4 comments:
ish ish ish.. mmg tak patut.. mak bapak derang tak ajar ke jgn buang sampah merate2???
kata-kata ulama' : an-nazafatu minal-iman
Sampah seperti plastik dari jenis hidrokarbon merbahaya kepada hidupan. Ia dikategori sebagai racun dan jika termasuk ke dalam badan kita boleh mengundang penyakit seperti kanser. Jika kita membuang sampah jenis ini merata-rata lalu kemudiannya ia mengalir ke dalam sungai yang seterusnya ke laut. Plastik yang terlarut ini akan dimakan oleh ikan yang kemudiannya dimakan manusia yang membuang sampah tadi atau manusia lain. Jika kita membuang di tempat tadahan air seperti Gunung Nuang atau sekitar, ia akan lebih merbahaya kerana air tersebut yang tercemar dengan kimia plastiklah yang akan diminum oleh manusia sekitar Langat.
Tidak kah kita boleh katakan kepada pembuang sampah ini telah melakukan dosa?
dia orang ni memang tak pikir punya orang tapi eloklah kita organise satu hari kita pegi buat clean up sikit
Saya memang merancang untuk mendaki Nuang 2 kali sebulan (sabtu). Mungkin Jabatan Hutan boleh letak papan tanda melarang pengunjung Nuang supaya jangan membuang sampah, meminta pengunjung membawa turun segala sisa masing-masing terutamanya yang tidak "biodegradable". Yang saya tahu Persatuan Kembara Negara ada juga buat program mengutip sampah, tetapi yang buang sampah lebih ramai dari yang kutip. Malah di satu tempat sekitar Dataran Lolo ada tempat membakar sampah. Sepatutnya tempat itu tak patut diadakan kerana ianya menggalakkan orang ramai buang sampah di situ.
InsyaAllah kita boleh rancang satu masa untuk ke sana beriadah sambil kutip sampah spt cadangan sdr nasa.
Post a Comment