Sunday, February 25, 2007
Denai Ulu Beranang
Pesta Basikal Putrajaya 2007
Tuesday, February 20, 2007
Pakaian Malaysia bagi atlet Muslim

Sejak diperkenalkan oleh pelari muda Bahrain (Ruqaya) semasa sukan Asia Doha pada disember 2006, kerajaan Kelantan menawarkan untuk menaja pakaian sukan wanita Muslim kepada atlet. Demikianlah berita hari ini dalam Islam On line.
Malaysian Attire for Muslim Athletes
(IslamOnline.net & News Agencies) http://www.islamonline.net/English/index.shtml
KUALA LUMPUR —Malaysia's northern state of Kelantan has offered to sponsor an Islamic attire for Malaysian women taking part in the upcoming Malaysian Games.
"The sports attire will be an alternative to the ones worn by Muslim athletes presently," State Women, Youth and Sports Committee chairman Abdul Patah Mahmood was quoted as saying by the Bernama news agency.
Ladang Elmina
Bandar Teknologi Kajang
Saturday, February 17, 2007
Meredah hutan Pangson

Pagi ini 17 feb 07, kami sekeluarga telah meredah hutan Pangson, Hulu Langat. 0900 selepas mendaftar nama di pejabat hutan kami mula berjalan ke arah laluan menuju ke Gunung Nuang. Laluan agak lecah dengan hujan renyai-renyai. Kami tiba di dataran Lolo sekitar jam 1100. Berehat sambil makan tamar dan sandwich sardin dan air kosong. Benar seperti kata rakan saya yang pernah datang ke sini. Sampah sarap merata-rata. kami jumpa bekas botol minuman 100+, air mineral, bekas-bekas biskut, plastik pembungkus Mami, kotak rokok dll. Sayang sekali orang kita memang suka mengembara dan berkelah atau berkhemah dalam hutan tetapi tidak ingin mengekalkan kecantikan tempat yang yang dilawati. Mereka bersusah payah semasa mendaki membawa berbagai bekalan kemudian sisa bekalan itu dibuang dengan mudah di merata laluan. Inilah antara kata luahan kesal dari kawan saya yang pernah melawat Gunung Nuang;
"gunung nuang dulu just like my second home...tp sekarang penuh sampah :-( "
Begitulah sikap masyarakat Malaysia. Saya hanya mampu menurunkan satu beg sampah. Saya terkenangkan masa lalu semasa saya menjalani latihan sambil kerja di Australia pada sekitar tahun 1982. Di hari minggu biasanya cik gu saya mengajak berjalan di dalam semak (bush walk). Kami bawa bekalan masing-masing dan setiap orang akan bawa satu beg plastik untuk isi sisa-sisa untuk dibawa balik. Di sana merokok di dalam semak sangat dilarang. Jadi tidak ada siapa yang merokok. Hutan mereka cukup sensitif dengan api dan mudah terbakar. Jadi semak-semak mereka bersih tak ada sampah sebab semuanya bertanggung jawab untuk menjaga kebersihan hutan mereka.
Jam 1130 kami bertolak turun dan sampai di kaki gunung jam 1300. Lebihkurang 2 jam mendaki dan 1.5 jam menurun.
Thursday, February 15, 2007
Gambar
Wednesday, February 14, 2007
Bike Trails

Ini ialah laluan MTB kat Kuala Kubu Baru yang baru saya lawati pada 11/2/07 bersama kelab basikal PCC. Gambar satelit menunjukkan masih tebal hutannya. Tapi sebenarnya banyak dah gondol natijah dari pembangunan. Pk1 ialah puncak tertinggi. Rr1 ialah tempat kami berehat di tepi sungai. Kebanyakan sungai masih lagi bersih dan tiada pencemaran yang ketara.
Basikal Gunung
Aku suka main basikal dan berenang. Aku ada basikal gunung dan basikal jalan. Mula aktif berbasikal sejak 2003. Aku pernah kayuh ke puncak genting highland (3X), ke Melaka (2X), ke Kelantan (1X) dll.
Setelah aku beli GPS (beli kat singapore - tak mahal sangat dari beli kat malaysia, tapi kalo ader problem, kene gi singapore balik lah~! huh) aku semakin meminati basikal gunung. Dengan GPS perjalanan menjadi mudah, ketakutan berkurangan (takut sesat~) ya lah, GPS ini menunjukkan kedudukan kita dan juga GPS ini merekodkan segala pergerakan kita (kalo ON lah, kalo OFF or takder BATT, tatau jugak kat maner kiter ader), jadi kalau kita merasakan diri kita tersesat, boleh lah kita mencari jalan pulang dengan berpatah balik berpandukan kepada GPS ini. GPS ini memudahkan, kita juga dapat membantu orang lain dengan memberi rekod yang terdapat dalam GPS kita melalui internet atau TEPON puN BolEH! bagi jer koordinat dier, pandai2 lah dier cari dalam GPS dier.
Makanya ini adalah pertama kali aku mereka blog sendiri dengan beberapa bantuan dari orang yang terdekat, tujuan utama HANYAlah untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan, gambar, kenangan, mendapat maklum balas dari segi pengalaman, pengetahuan, gambar, kenangan (cam ulang balik jerk? takper la.. msg sampaikan????) Jadinya kalau ada salah dan silap, harap dimaafkan dan tegur la sikit-sikit maner2 yang tak best.

Subscribe to:
Posts (Atom)