Saturday, August 24, 2013
Sunday, July 7, 2013
Triathlon Antarabangsa PD 07072013
Meletak basikal se awal jam 0630
Kategori veteran
Gambar disalin dari fb Nik Fahusnaza
Gambar disalin dari fb Nik Fahusnaza
Tahniah along pertama kali masuk triathlon
Bagi kategori lelaki >50, kali ini dapat no. 46 dari 50 dan 762 keseluruhan (dari 972)
Anak saudara (along) MOhd Azmi Shari dapat no. 114 kategori lelaki 16-29 dan 560 keseluruhan. Tahniah along.
Pemenang keseluruhan ialah seorang wanita
Friday, June 28, 2013
Kayuhan sekitar Pantai Klebang
Jalan kampong
Belakang Klebang Beach resort
Pantai buatan
Restoran Kemboja
Kumpulan Bangau bersantai di persimpangan sungai
Kayuhan kampong (kuning) kebanyakan menyusuri sungai-sungai sekitar
Kumpulan Bangau bersantai di persimpangan sungai
Kayuhan kampong (kuning) kebanyakan menyusuri sungai-sungai sekitar
Pantai Klebang sebelah masjid Kg Asam
Pemandangan dari hotel Holiday Inn. Kerja penambakan laut masih berjalan.
Saturday, June 22, 2013
PD TriEAThlon
Gambar dipetik dari FB Jom TRIATHLON 2013
Renang 500m x 3 = 30min, Kayuh 40km=90min dan joging 4km=30min. Ini latihan persediaan untuk triathlon pada 7 Julai nanti. Lama tak kayuh basikal jalan, terasa tegang juga urat saraf. Terima kasih Tadonamo atas penganjuran ini. Berenang di laut memang menyegarkan, tetapi perlu kawan sebagai teman. Berenang seorang terasa gayat dan takut. Semuga banyak lagi penganjuran renang di laut. Laut tidak seperti di kolam, ianya tidak sama, arus dan ombak berubah2 mengikut masa. Tiada masaalah kesesakan seperti kolam. Kolam presint 6 sentiasa sesak kecuali sesi tengahari. Sunday, June 16, 2013
Renangan Air Terbuka (Open water)
Mengikuti acara renangan air-terbuka di pantai Cahaya, Port Dickson yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Akuatik Putrajaya dan Berenang Itu Best (BIB). Cuaca pagi ini agak redup dan berangin serta sedikit berombak. Dismaping itu juga mendaftar untuk kursus renang kaedah Total Immersion (TI).
Sunday, May 26, 2013
Jambori Basikal UiTM Jengka
Alhamdulillah selesai jambori sejauh 40km merentasi kebun sawit dan getah serta hutan simpan sekitar UiTM. Laluan agak licin di beberapa tempat. Masa terbaik aku ialah 2 jam 45 min. dengan kedudukan no 26 veteran dan no 296 keseluruhan. Penyertaan tak begitu ramai sekitar 500 peserta sahaja.
Penganjuran cukup baik; makan dan minum mencukupi, tanda arah yang jelas. Tahniah kepada penganjur.
Penganjuran cukup baik; makan dan minum mencukupi, tanda arah yang jelas. Tahniah kepada penganjur.
Bersedia untuk kayuh
Basuh basikal dengan bantuan Bomba
Tahniah along, walaupun pertama kali masuk jamboree tapi telah meninggalkan 1 jam paklong di belakang
Thursday, May 23, 2013
Basikal Baru
Sabtu lepas (19 Mei 2013), aku telah beli sebuah basikal seluruh muka bumi (all terrain)
29" berjenama Charge, model Cooker Ti buatan Taiwan, rekabentuk England http://chargebikes.com/products/cooker-ti/

Gambar diambil oleh Omar MP
Gambar diambil oleh mekanik Wan Suhaimi
Gambar diambil oleh Azlisham (penjual).
Terasa sedikit kelainan mengayuh basikal 29" berbanding dengan 26" atau 27"(basikal jalan). Ini kerangka saiz terkecil yang ada, iaitu 15" (small). Kedudukan tempat duduk agak sedikit rendah dengan hendal. Semasa mula-mula kayuh terasa agak gayat disebabkan kedudukannya agak tinggi dari paras tanah.
Ia meluncur laju dan lancar semasa menurun dan pemegang hendal terasa sedikit berat bila mengambil selekoh. Manakala semasa pendakian, terasa sedikit berat tetapi lebih mudah diimbang. Basikal ini mempunyai 2 gear depan dan 10 gear belakang. Apabila menurun kita akan terasa ingin guna gear yang berat manakala bila mendaki akan menggunakan gear yang ringan. Perbezaan pertukaran gear yang besar ini akan menyebabkan ketegangan kepada otot kaki dan paha.
Ia memerlukan lebih masa untuk membiasakan gear yang optimum agar kayuhan menjadi seragam dan lancar.
Subscribe to:
Posts (Atom)















































