Monday, March 25, 2013

Swimathon Kapas-Kelulut 2013

Alhamdulillah dengan izin Allah selamat aku menamatkan cabaran berenang di laut sejauh 6.5km yang bermula dari Pulau Kapas dan tamat di Pantai Kelulut, Marang, Terengganu dengan catatan masa 3 jam 40 minit. Ini merupakan renangan kali kedua setelah agak lama berehat. Pertama kali aku berenang di sini pada tahun 2008. Catatan masa kali ini lambat 1 jam dari dulu.







Keputusan ini sama dengan keputusan ATM triathlon 2011. Aku dapat no. 22 dengan catatan masa yang hampir sama bagi kategori veteran.

Thursday, March 7, 2013

Berbekam lagi...

Setelah lebih 6 bulan aku berbekam lagi pada ahad lepas 3 Mac di Darul Irsyad, seksyen 4 tambahan, Bandar Baru Bangi. Ini sebagai usaha untuk menjauhkan penyakit-penyakit berat yang mungkin tidak tertanggung oleh diriku. Ya Allah jauhilah aku dari segala dugaan dan ujian yang berat. "Berilah kami kebahagian di dunia dan akhirat dan jauhilah dari azab api neraka".

Sunday, February 24, 2013

Jamboree Parit Jawa

Laluan Jamboree Parit Jawa, 48km. Kebanyakan laluan adalah rata, ada beberapa bukit kecil yang boleh dikayuh. Melalui kampung, kebun sawit, durian dan getah. Tahniah kepada penganjur kerana kawalan jalan yang baik dan tanda yang mencukupi. Makan dan minum juga cukup selesa sepanjang laluan; pisang, minuman isotonik dan air mineral. Makan tengahari nasi ambe, sirap dan air mineral.
Program ini telah mendapat liputan akhbar utusan malaysia. 
Gambar disalin dari fb Parit Jawa Jamboree

Sunday, February 17, 2013

Renang di laut

Menyertai program renang di pantai yang dianjurkan oleh BIB dan Aquaputra.








Gambar diambil oleh Omar M P

Tuesday, February 12, 2013

Cuti Tahun Baru Cina

Bulan lepas dan bulan ini banyak cuti umum. Bagaimanapun aku tidak kemana-mana. Malas nak berjalan musim perayaan. Tentu jalan sesak, lebih baik tinggal di rumah dan berjalan sekitarnya.

Selasa: Rehat, basuh dan minyakkan basikal
Isnin: Renang di Pantai Cahaya, Port Dickson bersama Cikgu Bazli, Azmi, Sabki dan Hanif sejuah 3km dalam tempuh 100 min. Oleh kerana lama tak buat renangan untuk tempuh yang lama, lengan terasa cukup melenguhkan.


Ahad: Joging dan renang di Presint 6


Sabtu: Kayuh sekitar Taman Dahlia. Semalam kayuh dari ofis ke rumah melalui jalan denai Sg Buah, Nilai Spring dan keluar ke jalanraya di Desa Vista.
 Denai Tunggal belakang Taman Dahlia



Kawasan rumah boleh juga joging pergi-balik. Turun-naik bukit selama 30 minit sudah cukup untuk mengeluarkan peluh.

Monday, January 28, 2013

Aktiviti cuti maulud dan thaipusam

Isnin: Berenang di pantai cahaya, Port Dickson bersama Cik gu Bazli dan rakan-rakan renang.


Ahad: kayuh bersama Zamani Supartin dan Abdul Razak Jaafar. Mula kayuh dari Salak melalui Jenderam hulu, Bangi, UKM, Jalan Reko, Kajang Utama, Semenyih, Broga. Tiba di Broga tayar basikal bocor. Zamani dan Razak meneruskan kayuhan ke Lenggeng. Terpaksa telefon anak untuk mengambil. Sementara menunggu, aku tolak daro Broga ke Universiti Notingham. Jadi hari ini kayuh 1jam 30 min dan tolak basikal 40 min.

Sabtu: Kayuh basikal gunung dari rumah melalui Kg Giching, Bandar Baru Salak Tinggi. Tiba di Taman Dalia jumpa Sham Amri ajak dia masuk  ladang sawit sebelah bukit 360 menuju ke Jenderam Hulu. Minum sekejap. Sambung kayuh ke ladang sawit sebelah Nilai Spring Golf dan keluar di Nilai.


Jumaat: Joging di Taman Awam Nilai.

Khamis: Renang di Pantai Cahaya Port Dickson selama 2 jam bersama Bazli, Sabki, Azmi, dll.
Gambar disalin dari fb cikgu bazli
Gambar disalin dari fb cikgu bazli

Friday, January 25, 2013

Taman Awam Nilai

Awal pagi hujan. Kira-kira jam 9 hujan pun reda. Aku berjoging di Taman Awam Nilai selama 1 jam. Hari ini genap usia ku 57 tahun hijrah.